nuffnang ads

Showing posts with label Yang Paling DUMBASS. Show all posts
Showing posts with label Yang Paling DUMBASS. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Kursus Di Universiti Yang Paling DUMBASS!!!

Entri ini adalah khas kepada budak-budak yang baru lepas SPM. Lepas ni mesti korang ada terpikir untuk sambung belajar bukan? Samada menyambung di IPTA, IPTS, Form 6 ataupun mana-mana institusi pengajian. Oh ya, sebelum itu, TAHNIAH kepada yang mendapat STRAIGHT A's!!! Harap dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan-akan datang juga supaya dapat berbakti dan berjasa kepda negara, bangsa dan agama kelak. Yang dapat result suam-suam kuku pun jangan berputus asa OK? Perjalanan anda masih jauh serta perlu diteruskan dan insyaallah peluang itu akan ada. Masing-masing punya rezeki sendiri.


Kepada sesiapa yang dah isi borang UPU dan rasa kursus-kursus yang ditawarkan tidak menarik perhatian anda, anda boleh terus skrol ke bawah dan melihat kursus di universiti yang agak pelik ini. Mungkin anda berminat mungkin tidak. Sekiranya anda berminat, pandai-pandai la cari jalan sendiri ye? Hehehehe... Malas nak cakap lebih-lebih, selera masing-masing. Rambut sahaja sama hitam, tapi hati lain-lain. Apa-apa pun ENJOY!!! =)

Sunday, November 18, 2012

Kostum Yang Paling DUMBASS

Lama da aku tak update post...huhu...bz habaq hang...So just scroll down and watch kostum-kostum yang berbajet rendah ini...ENJOY!!! :p







Tuesday, January 3, 2012

Pemain Bola & Iklan Komersial Yang Paling DUMBASS

Iklan komersial ini memang susah kita nak lihat di kaca televisyen anda dan pemain-pemain bola ini memang sangat berpotensi tinggi untuk menjadi duta yang terbaek bagi produk yang mereka wakili. Tahniah buat Luis Suarez, David Luiz dan Didier Drogba!!! LOL!!! =D




LUIS SUAREZ - IKLAN COLGATE







DAVID LUIZ - IKLAN PANTENE






DIDIER DROGBA - IKLAN OLAY 




p/s: kepada peminat-peminat diaorang jangan marah ea...

credit to ridzBORED

Tuesday, September 27, 2011

Game Lumba Lari Yang Paling DUMBASS!!

Run Baby Run!!!


QWOP memang antara game yang paling susah dimana kita perlu mengawal seorang atlet pelumba lari berlari di atas trek dengan mengawal anggota badannya. Hanya kekunci Q,W,O dan P sahaja yang diperlukan untuk mengawal pergerakkan atlet tersebut. Ianya dicipta oleh indipendet game developer Bennet Foddy pada tahun 2008.


Sunday, September 25, 2011

Cage Fighting Kids - Pertandingan Tinju Untuk Kanak-Kanak Seawal 8 Tahun Yang Paling DUMBASS

This is madness!

Apakah semua ini? Dimanakah ibu bapa mereka? Ini semua penderaan secara 'halus' oleh orang dewasa kepada kanak-kanak. Dang!




Sumber: Youtube via Asithappenslive

Saturday, September 10, 2011

Batmanning - Antara Trend Internet Terbaru Yang Paling DUMBASS

i don't wanna live in this planet anymore.

Yeah, dulu kita ada planking, owling, horsemanning, stocking dan antara yang terbaru ketika ini ialah Batmanning. Seriously, bagi aku, inilah trending yang paling dumbass yang pernah aku tengok. Nonsense at all! Fenomena internet terbaru ini menggayakan aksi ala-ala Batman dengan menggantungkan kaki anda dan kepala kebawah di tempat-tempat seperti pintu, almari, tembok dinding dan lain-lain tempat yang tidak masuk akal. 



Friday, September 9, 2011

Video Tiada Motif Yang Paling DUMBASS (NSFW)

why Japan, WHY?! 

I can't even describe this.. See it first, then YOU tell me what the heck is he doing that messed up moves..Dang!




Sumber: reddit via buzzfeed

Friday, August 26, 2011

Perlawanan Lampu Neon Di Jepun Yang Paling DUMBASS (NSFW)

This is madness!

Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara yang unik dan pelik. Tetapi perlawanan dengan menggunakan batang lampu kalimantang ini adalah antara yang paling pelik dan bodoh sekali pernah dilakukan. Dua orang lelaki gemuk memukul satu sama lain dengan menggunakan batang lampu kaca sehingga kedua-duanya berlumuran darah dan siapa yang paling lama bertahan, dikira menang.

Ianya pasti tidak akan mendapat tempat diseluruh dunia memandangkan ianya terlalu ganas tetapi di jepun, perlawanan ini begitu popular walaupun perlawanan itu hanya mengundang kesakitan dan jika lampu-lampu tersebut mempunyai cairan merkuri, pastinya boleh mengundang kematian kepada pesertanya. Perlawanan ini juga seperti gusti tetapi ianya melibatkan pendarahan dengan lebih banyak. tapi aku rasa, pesertanya pasti mendapat kepuasan apabila dapat memukul lawannya dengan kaca tersebut. Pernahkah anda semua memecahkan sebatang lampu kalimantang yang telah rosak ke lantai, dinding ataupun ke tiang? jika pernah, anda tahu perasaannya bagaimana!




Sunday, August 21, 2011

Video Muzik Pecah Mental Dari Jepun Yang Paling DUMBASS

my eyes, orrghhh, my eyes!!

Kalau korang dapat tengok video ini sampai habis tanpa sebarang reaksi, aku respek!



Sumber: youtube via smapfun

Friday, August 12, 2011

Man VS Wild Versi Video Game Yang Paling DUMBASS

"If you risk nothing you gain nothing". - Bear Grylls

Korang pernah tengok tak cerita Man VS Wild kat discovery channel? Ianya di host kan oleh Bear Grylls. Kenal tak mamat ni? Ala mamat ni la yang tunjuk ajar kat penonton-penonton bagaimana untuk survive dalam hutan, gurun dan sebagainya. Ni aku nak tunjuk kat korang sumua versi video game dia.





Thursday, August 11, 2011

Festival Berenang Di Atas Patung Seks Yang Paling DUMBASS (NSFW)

Ini tersangat tahi suci!

Lebih dari 800 peserta telah 'mendayung' patung seks diatas sungai Vuoska yang deras, 90 km dari St Petersburg, Rusia, ketika festival Buble Baba Challenge diadakan. Ianya adalah festival yang agak pelik tetapi popular di Rusia. Sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun keatas, tidak kira lelaki dan perempuan adalah dibenarkan untuk mengambil bahagian didalam perlumbaan ini. Apa yang mereka perlukan untuk berenang melalui sungai Vuoska yang deras itu hanyalah sebuah patung seks 'boleh tiup' yang diperbuat daripada plastik dan perlu bertahan di atas sungai itu sekurang-kurangnya dalam masa tiga minit lebih.

Festival ini diasas dan diorganisasikan oleh Dmitry Bulawinov pada tahun 2003 dan dijalankan pada setiap tahun dengan jayanya. Perkataan "Baba" adalah dari bahasa rusia yang bermaksud "wanita kampung", dan boleh juga digunakan didalam terma seks. Idea asal kepada perlumbaan pelik ini terbit dari mereka-mereka yang 'kegersangan' selepas berparti hingga mabuk dan menggunakan patung seks bagi melempiaskan nafsu mereka. Memandangkan patung seks yang kebiasaannya dibawa mereka yang 'keseorangan selamanya' ketika berkhemah, adalah sangat mudah untuk terapung didalam air, maka dari situ idea ini tercetus. Lihat sahajalah muka 'kegairahan' mereka-mereka yang menyertai perlumbaan ini dibawah. Sudah pasti menceritakan sepenuhnya sejarah penciptaan festival ini.



Wednesday, August 10, 2011

Majlis Perkahwinan Yang Paling DUMBASS

"My precious!!!"

Ini adalah majlis perkahwinan yang memang DUMBASS!!! Kuat sangat tengok movie sampai terpengaruh dengan filem Lord of the Rings. Entah macam mana la diaorang terfikir nak buat macam ni. Apa-apa pun enjoy!!!



p/s: agak-agak korang lepas ni style ape pulak yang orang barat ni nak buat??

Monday, August 8, 2011

Festival Lompat Bayi Yang Paling DUMBASS

"This Party Got Me Insane, So Jump! Jump! Jump! Jump!!" - Nelly Furtado

Festival Lompat Bayi atau dikenali sebagai El Colacho merupakan satu festival yang pelik dan berbahaya yang diadakan di sebuah kampung bernama Castrillo de Murcia, Sepanyol sejak tahun 1620. Tujuan festival ini diadakan adalah kononnya untuk mengusir roh jahat yang menganggu bayi mereka. Cara ia dilakukan adalah dengan meletakkan bayi yang berumur 1 tahun atau kebawah di atas tilam dan seorang dewasa yang memakai pakaian seperti setan akan melompat melepasi bayi itu. 

Selepas bayi tersebut selamat di lompati kemudian datang gadis-gadis untuk menaburi bayi tersebut dengan bunga. Orang dewasa yang berpakaian seperti setan itu mewakili roh jahat yang keluar dari tubuh bayi. Sementara itu, pemimpin umat Katolik sedunia, Paus Benedictus XVI secara terang-terangan melarang festival ini kerana ianya sangat berbahaya dan menodai perayaan Corpus Christi yang diadakan pada tarikh yang sama iaitu 6 Jun.


Saturday, August 6, 2011

Run For Your Lives - Acara Melarikan Diri Dari Zombie Yang Paling DUMBASS

What the?? why so serious guys?? 

Jika anda seorang peminat kepada games ataupun filem berunsur zombie dan juga anda sentiasa berharap untuk mengalami saat kehancuran akibat dari zombie di dunia sebenar? Maka inilah peluang terbaik anda untuk merealisasikan impian dan keghairahahn anda selama ini. Run For Your Life adalah acara larian berhalangan 5k yang mana mengkehendaki peserta-pesertanya melepasi halangan samada buatan manusia ataupun halangan semula jadi di laluan yang telah ditetapkan sambil anda dikejar 'zombie'.

Tidak seperti pertandingan larian yang lain, anda bukan sahaja berlari untuk mengejar masa, tetapi anda lari dari segerombolan manusia yang telah dijangkiti virus dan sedia untuk menjamah otak anda. Takut bukan? Jangan risau, ianya bukanlah zombie yang sebenar, mereka telah diupah untuk mengambil bendera-bendera yang telah diberikan kepada peserta sebagai 'nyawa' masing-masing. Ketika permulaan perlumbaan, setiap peserta diberi sebuah bendera yang dilekatkan di pinggang sebagai simbol kepada nyawa anda. Jika anda kehilangan bendera tersebut ataupun dirampas oleh 'zombie', maka anda telah dikira sebagai 'infected' atau kata lain, mati.

Terdapat 12 halangan yang menarik telah disediakan disepanjang laluan, yang mana anda perlu melompat kawat besi, berenang didalam kawasan bawah tanah yang kotor, dan anda tidak harus bergantung kepada kepantasan semata untuk sampai ke garisan penamat, tetapi ianya memerlukan, strategi dan perancangan yang baik memandangkan terdapat 'zombie' yang bekeliaran di setiap kawasan.



Friday, August 5, 2011

Stail Berjambang Yang Paling DUMBASS

“It only takes a fortnight to grow a decent beard” - The Beards


Dulu ada cerita tentang personaliti dari gaya misai yang paling lucu, kali ni jom kita tengok pulak stail berjambang yang wadafak. Enjoy!




Thursday, July 28, 2011

X-Men Wannabe Yang Paling DUMBASS

"SUPERDUMBASS!!!"

Orang nak jadi superhero, dia pun nak jadi superhero gak...ahahaha...camni la jadinya...




Monday, July 25, 2011

Strategi Untuk Menjaringkan Gol Yang Paling DUMBASS

GOOOOAAAALLLL!!!!

Adui...tensen aku tengok bola Singapura vs Malaysia aritu...Rajagobal bleh blaja ngan Stephen Chow camne nak guna strategi camni...






p/s: apa-apa pun harap-harap skuad Malaysia dapat mengalahkan skuad Singapura nanti...GO TIGER!!!! GO MALAYSIA!!!

Saturday, July 23, 2011

Stail Bertindik Di Seluruh Badan Yang Paling DUMBASS (NSFW)

This is no good.


Koleksi manusia-manusia yang gila bertindik dari seluruh dunia. Enjoy!!