nuffnang ads

Thursday, September 1, 2011

Corak Karpet Parsi Moden Direka Dari Google Earth Yang Paling KREATIF

Thanks to Google Earth!

Dengan hanya menggunakan Google Earth, pereka dari Jerman, David Hanauer telah dapat menghasilkan corak-corak kontemporari terhadap pembuatan seni purba karpet parsi. Beliau menamakan projek ini sebagai 'Worldwide Carpets' telah memulakannya sejak 2008 lagi selepas beliau kagum melihat pandangan dari atas terhadap bangunan dan lanskap di Las Vegas dan juga pandangan dari atas penyusunan teratur kawasan perumahan. Selepas itu timbullah idea untuk menggunakan gambar-gambar bandar dari pada atas (ariel) untuk dijadikan corak keatas karpet parsi moden dan sebagai jalan altenatif, beliau telah menggunakan Google Earth memandangkan ianya boleh digunakan dengan percuma. Melihat kepada corak-corak yang telah direka beliau, pasti kita menganggap ianya adalah corak abstrak yang biasa tanpa memikirkan tentang ianya adalah sebenarnya gambar ariel Las Vegas. 

Sebelum melakukan satu-satu corak, beliau mengenalpasti terlebih dahulu bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan sebagai corak di Google Earth. Setelah menjumpai tempat-tempat yang menarik, beliau akan menggabungkan 4 gambar yang sama dengan tempat yang dipilih beliau sekaligus membentuk corak karpet parsi. Tetapi corak-corak itu tidaklah diletakkan pada karpet biasa yang dijahit dengan menggunakan tangan, tetapi beliau telah printkan corak itu ke atas karpet Polyester. Walaupun begitu, jalan dan sumber yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah corak adalah amat kreatif. Dibawah adalah sebahagian dari corakcorak menarik yang telah dihasilkan beliau. Enjoy!




Fakta Menarik Tentang Kematian Albert Einstein

"The secret to creativity is knowing how to hide your sources" - Albert Einstein


Sebut sahaja nama Einstein, pasti semua orang kenal siapa dia kan? Begitu juga dengan teori kerelatifannya. Albert Einstein adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20


Gambar diatas adalah foto terakhir dari Albert Einstein yang diambil pada bulan Mac tahun 1955. Gambar ini mungkin diambil di rumahnya di Princeton. Sebulan kemudian pada 17 April 1955,  Einstein mengalami pendarahan dalaman yang disebabkan oleh pecahnya vena aorta pada tiroid. Beberapa hari kemudian, Einstein meninggal dunia pada usia 76 tahun.



Pada Tanggal 18 April 1955, majlis pengebumian Einstein dilakukan secara tertutup namun seorang jurugambar yang bernama Ralph Morse (seorang wartawan foto dari Majalah LIFE) berjaya menangkap gambar majlis pengebumian tersebut. Walaupun begitu, cerita ini tidak diterbitkan kerana anak Einstein telah memohon agar mereka menghormati majlis pengebumian Einstein dan dia juga menyatakan bahawa privasi keluarga harus dihormati. Maka LIFE memutuskan untuk tidak menjalankan cerita lengkap.