nuffnang ads

Sunday, September 25, 2011

HOT - Bagaimana Untuk Mendapatkan Profile Facebook Baru Dengan Lebih Awal

Hahaha.. Facebook menjadi semakin mudah untuk 'stalker' macam aku!

Baru-baru ini telah berlansung satu 'mesyuarat agung' antara warga kerja facebook, lebih 2000 usahawan, pembang dan juga wartawan yang diberi nama F8. Bertempat di San Francisco, banyak perkara yang dibincangkan oleh mereka ketika itu dan salah satu yang menarik minat para pengguna facebook ialah pendedahan Mark Zuckerberg dalam menghasilkan 'Timeline' iaitu perubahan secara besar-besaran terhadap profail facebook kita. Yep, itu lah yang bakal terjadi dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi. Ini semua adalah realiti dan bukan cubaan. Bersedialah kita semua dengan perubahan besar ini. Tetapi, ramai jugak antara kita yang tertunggu-tunggu untuk merasai 'pengalaman baru' bermain facebook dan tidak sabar untuk menggunakannya sebelum orang lain merasainya. 

Kini, anda tidak perlu lagi untuk menunggu selama dua minggu untuk merasai pembaharuan Facebook ini kerana sekarang ianya boleh dilakukan dengan hanya beberapa langkah. Sebelum aku tunjuk dekat korang bagaimana caranya, mari kita tengok sikit bagaimana rupanya 'timeline' baru facebook seperti yang didedahkan oleh Mark Zuckerberg di F8 baru-baru ini.



Evolusi Mereka Yang Ketagihan Kopi (Komik)

Coffee - Healthier version of coke

Anda minat kopi? anda tak boleh hidup tanpa kopi? komik ini bersesuaian untuk anda walaupun ianya berunsur sarkastik. haha. Enjoy!



Sumber: Evolution of a Coffee Addict by H. Caldwell Tanner

Little Manhattan - Sebuah Skulptur Marmar Seberat 2.5 Tan Yang Paling AWESOME

Wow!

Seorang artis skulptur dari jepun, Yutaka Sone, telah mengukir gambaran bandaraya Manhattan di New York secara terperinci di atas sebuah marmar seberat 2.5 tan. Beliau yang melihat kepada google earth dan berbagai gambar-gambar bandar Manhattan yang telah diambil dari udara bagi dijadikan rujukan untuk mengukir satu lagi masterpiece beliau. Beliau yang sememangnya telah banyak mengukir, tetapi ukiran inilah antara yang paling detail pernah dihasilkannya. Ukiran marmar yang berkeluasan 2 kaki lebar, 8 kaki panjang dan 3 kaki tinggi ini bakal dipersembahkan di muzium David Zwirner pada 29 oktober ini. AWESOME!



Cage Fighting Kids - Pertandingan Tinju Untuk Kanak-Kanak Seawal 8 Tahun Yang Paling DUMBASS

This is madness!

Apakah semua ini? Dimanakah ibu bapa mereka? Ini semua penderaan secara 'halus' oleh orang dewasa kepada kanak-kanak. Dang!




Sumber: Youtube via Asithappenslive