nuffnang ads

Sunday, September 11, 2011

Rommerz Rabbit Competition - Sebuah Pertandingan Unik Khas Untuk Arnab

Khas untuk peminat arnab yang comel 

Lebih dari lapan puluh ekor arnab telah menyertai pertandingn melompat untuk arnab yang diadakan di Rommerz berdekatan dengan Fulda di Jerman pada 28 ogos lalu. Pertandingan ini telah lima kali diadakan dan mennyediakan 3 kategori iaitu Kategori ringan, berat dan melompat untuk mata setalah melepasi setiap halangan miniatur yang telah disediakan disepanjang laluan pertandingan. Pertandingan ini telah menjadi trend di eropah buat pemilik atau peminat arnab dan pertandingan untuk kejohanan Eropah bakal diadakan pada tahun depan di Switzerland memandangkan ianya mendapat sambutan menggalakkan. Bagi peminat-peminat arnab di Malaysia, bila pulak nak adakan pertandingan macam ni? Boleh kasi arnab korang sosial dan bertenaga sikit. 



Lukisan Diatas Deretan Pensil Yang Paling KREATIF

another creative art made from pencils 

Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melukis diatas kertas, well sememangnya kita melukis atas kertas kan. Ok, nonsense. Tapi pernahkah anda semua melukis di atas pensil? aku yakin memang takda, betul tak? Tapi tidak bagi seorang pelukis yang menggunakan nama pena sebagai Ghostpatrol. Beliau yang berasal dari Melbourne , Australia, telah menghasilkan sebuah siri lukisan yang telah dilukis diatas deretan pensil yang telah disusun rapat. Ianya sememangnya cool dan kreatif! Kalau nak enjoy lebih banyak lukisan sebegini, anda boleh lah ke SINI atau SINI.



Poster Iklan 'Safety Road' Yang Paling KREATIF

nice poster

Sememangnya kita tahu jalanraya merupakan antara tempat yang paling banyak menumpahkan darah akibat kemalangan. Sudah bermacam-macam cara telah dilakukan bagi mengurangkan kemalangan secara termasuklah mengedarkan poster-poster kesedaran memandu secara berhemah. Berbagai cara kreatif telah dilakukan oleh berbagai pihak bagi menyedarkan pemandu supaya berhati-hati di jalanraya dan poster-poster dibawah ini adalah antar yang paling kreatif. Poster yang telah dihasilkan oleh sebuah syarikat pengiklanan di New Zealand dan mereka telah banyak menghasilkan iklan-iklan yang menarik dan kreatif. Untuk melihat lebih banyak iklan-iklan yang kreatif dari syarikat tersebut, anda bolehlah ke SINI