nuffnang ads

Wednesday, March 20, 2013

Sungai Terjernih Di Dunia

Cry Me a River - Justin Timberlake

Sekiranya anda pernah melihat keadaan air di Sungai Klang, memang begitu jauh bezanya. Orang kata "Jauh Panggang Dari Api", "Ibarat Langit dan Bumi". Begitulah kata pujangga yang dapat aku ungkapkan. Sungai Verzasca itulah namanya. Sungai yang terletak di Switzerland ini cukup terkenal dengan keindahan dan kejernihan air sungainya. Ia mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Mangiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping. Jadi siapa yang agak-agak ada duit, bolehlah pergi ke sungai ini. Kalau tak, tengok je lah kat blog ni ye. Hehehehe... =P


Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Berwarna Hijau?

"Sometimes the Questions are Complicated and the Answers are Simple" - Dr. Seuss



Biasanya kita tengok kat hospital dan dalam TV, doktor bedah mesti pakai baju warna hijau kan...agaknya kenapa warna hijau? Kenapa tak warna ungu ke? Putih-putih melati ke? Merah-merah delima ke? Hmm....cuba anda fikirkan kenapa? Pasti ada sebabnya yang tidak kita ketahui.