nuffnang ads

Friday, March 22, 2013

Kenapa Lalat Menggosokkan Kakinya?

Anda kenal kepada serangga yang bernama Lalat? Ia merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Ia makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.



Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Ia adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.


Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dan sebagainya, lalat askar hitam pula hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur

Apabila anda melihat lalat, pasti anda pernah terlihat ia menggosokkan kakinya. Seolah-olah ia sedang berkata, "Nyam...nyam...lazatnya...". Ia seperti tidak sabar untuk menjamu selera bukan?

Kursus Di Universiti Yang Paling DUMBASS!!!

Entri ini adalah khas kepada budak-budak yang baru lepas SPM. Lepas ni mesti korang ada terpikir untuk sambung belajar bukan? Samada menyambung di IPTA, IPTS, Form 6 ataupun mana-mana institusi pengajian. Oh ya, sebelum itu, TAHNIAH kepada yang mendapat STRAIGHT A's!!! Harap dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan-akan datang juga supaya dapat berbakti dan berjasa kepda negara, bangsa dan agama kelak. Yang dapat result suam-suam kuku pun jangan berputus asa OK? Perjalanan anda masih jauh serta perlu diteruskan dan insyaallah peluang itu akan ada. Masing-masing punya rezeki sendiri.


Kepada sesiapa yang dah isi borang UPU dan rasa kursus-kursus yang ditawarkan tidak menarik perhatian anda, anda boleh terus skrol ke bawah dan melihat kursus di universiti yang agak pelik ini. Mungkin anda berminat mungkin tidak. Sekiranya anda berminat, pandai-pandai la cari jalan sendiri ye? Hehehehe... Malas nak cakap lebih-lebih, selera masing-masing. Rambut sahaja sama hitam, tapi hati lain-lain. Apa-apa pun ENJOY!!! =)