nuffnang ads

Wednesday, July 20, 2011

Lelaki - Lelaki 'Penarik Lebah' Yang Paling BADASS

Don't try this at home if you not BADASS enough

Sebuah pertandingan 'penarik lebah' telah diadakan di Shaoyang, China pada 16 Julai yang lalu. Ia suatu pertandingan yang mana memerlukan peserta yang betul-betul BERANI sahaja, supaya berdiri diatas penimbang (berat badan akan ditolak) kemudian akan ditimbang seberapa berat lebah yang akan menghinggapi badan peserta yang mengambil bahagian.

Setiap peserta menggunakan ratu lebah yang mereka pelihara sebagai umpan untuk menarik lebah-lebah supaya 'berdamping' dengn mereka. Mereka dikehendaki hanya memakai 'boxer' ketika bertanding. Seorang penternak lebah, Wang Dalin telah mengalahkan Lv Kongjiang selepas berjaya 'menghimpunkan' seberat 26 kg lebah di badannya dalam masa 60 minit. Ternyata, mereka ini sememangnya berani mati. Saluted!!




Juvana - Kisah Si Roti

"AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA"

sekadar hiasan

Aaaaaaahhhhhhhh!!!! DUM!! Oh ya, sebelum cerita selanjutnya bermula, biar aku perkenalkan orang yang menjerit tu. Nama dia Roti. Roti? Ya Roti. Sebut saja nama Roti semua orang kenal. Siapa yang tidak kenal sama Roti? Ahahaha....Si Roti ni bekerja di sebuah kantin Sekolah Wira Bakti. Alah, sekolah juvana tu!! Tapi time ni Daim takde lagi kat sekolah ni. Botak ada la. Si Botak tu memang pailang lah. Semua orang takut kat dia. Nak cerita panjang pun tak guna. Semua orang tahu macam mana Botak tu kan. “Nama aku Botak lah sapa lagi?”, tu ayat Botak dalam cerita Juvana.

Si Roti ni baru je nak start kerja. Baru 3 hari. Tapi sepanjang tiga hari dia ada kat sini, okay je. Takde apa-apa pun yang berlaku. Mak Wan pun baik dengan dia. Tapi satu je lah yang dia sendiri perasan, Botak tu asyik jeling kat dia je. Perasaan cuak mula muncul di dalam hati si Roti. “Ni mesti kes dia tak puas hati dengan aku ni. Dia bengang kat aku kot sebab aku selalu je berdua dengan Nadia kat Kantin ni. Ah! Pergi mampos lah kau Botak!! Malas aku nak fikir pasal dia. Baik aku fikir pasal Nadia. Best jugak”, si Roti berkata-kata dalam hati nya

Koleksi Haiwan Rage yang Paling BADASS

Don't mess with rage animal