nuffnang ads

Tuesday, June 14, 2011

Dari Reaktor Nuklear Berubah Kepada Taman Tema

Sebuah reaktor nuklear di Kalkar, Jerman yang telah dibina pada tahun 1972 adalah reaktor nuklear yang pertama disana. Ia telah menggunakan plutonium sebagai 'minyak'  dan telah disejukkan oleh Sodium dan boleh mengeluarkan 372 megawatts tenaga dalam satu-satu masa. Ketika itu, ia masih teknologi yang amat baru, tetapi kerajaan Jerman ketika itu tetap menggunakannya bagi menampung kekurangan tenaga.

Tetapi pembinaan telah tertangguh kerana kerajaan ketika itu amat menitikberatkan keselamatan tenaga nuklear dan setelah kemalangan reaktor nuklear di Pulau Three Miles pada tahun 1979, kritikan dan bantahan rakyat terhadap pembinaan itu semakin meningkat. Walaupun begitu, pembinaan diteruskan dan siap pada tahun 1985. Tetapi malangnya, ia hanya sempat beroperasi selama setahun sebelum ditutup kerana bimbang berlaku kejadian yang sama seperti letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine yang terjadi pada tahun yang sama.

Ketika itu sahaja, kerajaan jerman telah menghabiskan sebanyak 7 bilion Deutsche Mark (lebih kurang 3.5 bilion euro atau lebih 4 bilion USD) terhadap reaktor tersebut dan seterusnya menjadikan reaktor itu sebagai benda yang tidak berguna yang paling berharga didunia.

Pada tahun 1991, tanah tersebut telah dijual kepada pemaju dengan keadaan reaktor tidak terusik seterusnya pemaju tersebut mendirikan satu kawasan taman tema yang dinamakan "Kernies Wunderland." dan akhirnya ditukarkan kepada "Wunderland Kalkar."

Terdapat 40 lebih permainan yang menarik yang terdapat disitu antaranya rollercoaster, merry go around, ferris wheel dan macam-macam lagi. "Wunderland Kalkar" telah menerima 600,000 pengunjung setiap tahun dan telah mengambil sehingga 550 pekerja pada musim percutian. Kalau anda berminat untuk berkunjung kesini, bolehla melawat laman web wunderlandkalkar ..Enjoy!!



Foto Bumi Dari Angkasa Lepas Yang Paling AWESOME

Bumi kita sekiranya dilihat dari angkasa lepas, sememangnya ibarat sebutir permata yang bersinar..Ia menggambarkan betapa indahnya bumi kita ini..Oleh sebab itu, dua orang angkasawan iaitu Paolo Nespoli & Douglas Wheelock yang berada di International Space Station (ISS) telah mengambil inisiatif untuk merakam atau mengambil gambar bumi dari luar angkasa..

Mereka yang mempunyai kerja tertentu disana seperti melakukan eksperimen, menyelenggara ISS, mengawal kawasan 2 kapal kargo, menyelia kerja-kerja robotik dan juga latihan harian..Masa mereka begitu padat, tetapi mereka masih mempunya masa untuk mengambil gambar bumi yang indah.

Paolo berkata: "Ianya adalah menarik, kerana saya selalu menjumpai sesuatu yang baru. Stesen ini bergerak dengan laju, maka pemandangan juga berubah sepanjang masa begitu juga dengan keadaan pencahayaan, cuaca, kedudukan matahari dan keseluruhan suasana itu tidak akan sama."

Mereka bukan sahaja mengambil gambar-gambar indah bumi, tetapi mereka juga berkongsi dengan kita semua.Untuk melihat atau mengikuti perkembangan selanjutnya dari mereka, anda boleh follow mereka di Twitter Paolo Nespoli dan Douglas Wheelock..ENJOY!!


DOUGLAS WHEELOCK



Fakta Menarik Tentang Manusia Bertangan Kidal (Infographic)

13 fakta menarik tentang 'left-handed'..Orang kidal ni makan guna tangan kiri jugak ke??



Sumber: dailyinfographic.com