nuffnang ads

Wednesday, August 31, 2011

Video Metal Slug IRL Yang Paling AWESOME

THIS IS EPIC!!

I can't take this anymore! Ini adalah antara video inspirasi dari video game yang paling AWESOME pernah aku tengok. Lagipun ianya adalah inspirasi dari game yang sangat terkenal pada tahun 90-an dulu. i'm sure all of you pernah main game ni dulu. Ah, taknak cakap banyak, korang tengok je la video yang epik ni. Enjoy!!





Sumber: youtube via andrewmfilms

Keajaiban Saintifik Didalam Al-Qur'an: Mikrobiologi Disebut Didalam Al-Qur'an Sejak Ribuan Tahun Dahulu


Another miracles from Al-Qur'an
Mikrobiologi merupakan kajian saintifik berkenaan mikroorganisma ataupun hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti bakteria dan virus.
Pada abad ke-19, seorang saintis berbangsa Belanda, Antoni Van Leewenhoek merupakan orang yang pertama melihat bakteria dengan menggunakan mikroskop sederhana.
Hanya selepas kira-kira 50 tahun, ahli mikrobiologi yang terkenal pada abad ke-19, Evenovski dapat mengenal pasti bahawa virus merupakan mikroorganisma paling kecil setakat ini. Virus hanya bolah dilihat dengan menggunakan mikroskop elektronik. Kitab suci al-Quran telah membentuk satu konsep mikrobiologi di dalamnya.


Firman Allah s.w.t. :

Katakanlah: "Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) sebesar zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada diantara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. (Surah Saba': ayat 22)


Perkataan zarrah zarrah membawa maksud zarah atau partikel yang sangat kecil seperti mikroorganisma unisel (satu sel) dan molekul atom. Allah SWT. mengajarkan melalui ayat ini bahawa Dia (Allah) mengendalikan dunia ‘ghaib’ mikroorganisma.


Computersiele Museum - Muzium Untuk Konsol Video Game Yang Paling COOL

This is heaven for gamers!

Untuk para gamers sekalian, sebuah musium unik yang diberi nama Computersiele museum (Muzium Komputer Game) telah dibuka di Berlin, Jerman pada Januari lalu. Mengapa ianya sesuai untuk gamers? Ini kerana di muzium tersebut, ianya memang direka khas untuk menyimpan vintage hardware, perisian yang menarik dan lebih dari 300 video game termasuklah game arcade pertama, Computer Space, yang telah dikeluarkan pada 1971 yang mana ianya adalah sebuah produk yang gagal.

Salah satu dari dinding muzium tersebut telah diletakkan dengan 50 buah konsol game buatan tangan yang popular ketika 1951. Untuk gamer yang tegar, mereka pasti teruja untuk melihat Commodore 64, Game Boy versi original dan Super Nintendo (dipersembahkan didalam case berwarna hijau neon) yang popular pada 90-an kerana semuanya dipamerkan disitu. Bukan itu sahaja, disitu juga terdapat konsol game yang pertama di dunia yang dicipta oleh Ralph Baer pada hujung 60-an yang diberi nama Brown Box dan merupakan prototaip kepada sistem gaming yang dikenali sebagai konsol Magnavox Odyssey. Baer, yang kini berkerja sebagai penjaga muzium tersebut berpendapat kanak-kanak pada masa kini lebih mengenali PSP, Xbox dan juga konsol-konsol game yang lain tanpa mengetahui asal usul video game ini. dan mereka perlu mengetahui bagaiman cepatnya perubahan berlaku sejak dari zaman kegemilangan game ciptaan Atari, iaitu Pong.

Dibahagian lain di muzium tersebut terdapat satu tempat yang diberi nama Wall Of Game Milestone, yang mana terdapat lebih dari 50 buah game yang banyak memberi pengaruh kepada grafik, muzik dan genre game  masakini. Diantaranya ialah Pac-Man, Street Fighter 2 dan juga Sonic The Hedgehog. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah mengabiskan masa untuk bermain game-game tersebut.

Muzium tersebut sebenarnya telah dibuka sejak 90-an lagi tetapi telah ditutup pada tahun 2000 atas sebab-sebab tertentu dan kemudiannya dibuka semula pada januari lalu. Muzium ini terletak di timur Berlin yang mana bangunan sekarang dahulunya adalah Cafe Warsaw




Keunikan Hotel Kapsul Di Jepun

Another creative invention from Japan

Ya, Jepun masih lagi ditangga pertama untuk keunikan mereka dan ini adalah salah satu daripada keunikan mereka. Hotel kapsul adalah merupakan hotel yang menyediakan bilik berbentuk kapsul untuk para pelanggannya. Ya, kapsul! Setiap satu kapsul itu merupakan satu ruang yang besar sedikit dari keranda, sesuai  hanya untuk seorang pelanggan dalam satu-satu masa. Sesetengah kapsul tersebut dilengkapi dengan TV, WIFI, cermin muka dan jam loceng bergantung kepada harga yang ditawarkan. Setiap kapsul dibina rapat dan disusun seperti batu bata bagi menjimatkan ruang dan seterusnya boleh menyediakan lebih banyak ruang kapsul. Setiap kapsul juga dikunci dengan pintu ataupun dengan hanya langsir dan tandas pada kebiasaannya dikongsi. Harganya pula sememangnya agak 'berbaloi dan lebih murah' dari hotel biasa dengan setiap satu kapsul boleh mencecah 2500 - 4000 Yen (RM 89 - RM 149, jika di Malaysia harga ini adalah bertaraf 3 bintang ke atas. Well you know, Japan

Kegunaan hotel sebegini sangat popular dikalangan pekerja jepun yang sememangnya sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk pulang ke rumah, jadi mereka menyewa kapsul ini supaya mereka mudah untuk ke tempat kerja. Yeah, walaupun ramai dari orang mereka yang pelik-pelik, tetapi mereka berusaha keras untuk menjadi yang paling pelik di kalangan orang pelik. That's why their country far more superior than us! Dan kapsul ini juga terkenal dikalangan mereka yang kaki mabuk minum sake sampai ke pagi untuk menumpang seketika serta menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong atau pengembara bajet. Satu lagi, kapsul ini tidak sesuai untuk pasangan yang ingin bersenggama, harap maklum.