nuffnang ads

Monday, January 24, 2011

BESI TIDAK DIHASILKAN DI BUMI?



Sekadar Hiasan

Besi adalah salah satu unsur penting yang amat berguna di dunia ini. Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dapat kah anda bayangkan hidup tanpa besi? Bayangkan jika rumah yang anda diami sekarang ini tidak mempunyai besi konkrit yang menahan kekuatan strukturnya,adakah ia selamat? kereta mungkin tidak dicipta kan, kita juga tidak akan mengenali menara Eiffel seperti sekarang dan macam-macam lagi. Mungkin juga kaum-kaum yang hidup terdahulu tidak dapat menghasilkan alatan perang seperti pedang, anak panah dan sebagainya dan seterusnya mengubah sejarah dunia. Begitulah kepentingan besi yang diciptakan oleh Allah kepada kita sehingga dapat memudahkan kita. Tapi tahukah anda dari manakah ciptaan yang hebat ini dihasilkan?

Besi juga adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia Surah al-Hadid (25).

Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.

sekadar hiasan
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Pernahkah anda terfikir mengenainya?
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik selama 1400 tahun, ketika Al-Qur'an diwahyukan. Subhanallah!

Sumber: Harun Yahya

No comments: