nuffnang ads

Friday, February 25, 2011

7 ELEVEN TOP SECRET?!




7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.

7-Eleven ialah anak syarikat SEVEN & I HOLDINGS CO. di Jepun.

Antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.

Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh CONVENIENCE SHOPPING SDN. BHD. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh BERJAYA GROUP BERHAD.