Kita sebagai penduduk malaysia, negara sentiasa saja mempunyai ancaman dari negara-negara luar terutamanya dari Singapura dan Indonesia. Jadi untuk menjadi sebuah negara yang selamat, kita mempunyai tentera ternsendiri seperti Tentera Darat Malaysia untuk menjaga keamanan negara kita dari segala ancaman luar. Tetapi persoalannya disini, adakah kekuatan tentera kita cukup kuat untuk menahan segala ancaman ataupun peperangan (jika terjadi) yang berlaku di negara kita? Adakah tentera kita mampu bersaing dengan tentera-tentera negara lain termasuk Singapura dan Indonesia? Adakah kelengkapan tentera kita maju, moden dan setanding dengan negara lain? Persoalan ini sering membuat aku tertanya-tanya. Di bawah adalah anggaran kepada kekuatan (termasuk kelengkapan senjata dan kelengkapan peperangan yang lain) Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diberi kepercayaan untuk menjaga kedaulatan negara Malaysia ini.
Tentera Darat Malaysia kini mempunyai kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :
ANGGOTA TETAP (Regular) : 100,000 orang
PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT : 50,000 orang
Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Medan Tentera Darat. Formasi Tentera Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :
3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div dan 4 Div) di Semenanjung
- Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang
- Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka
- Markas 4 Divisyen Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur
1 Divisyen Infantri (1 Div) di Sabah dan Sarawak
- Markas 1 Divisyen Infantri, Kem Bukavu Satok, Kuching
Divisyen Infantri ditubuhkan daripada 10 buah briged infantri dan 1 Briged Mekanis. 1 Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah Markas Tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu pasukan unit menyeluruh (Combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor, artileri dan pasukan udara.
Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :
- 26 Batalion Infantri Standard
- 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantry)
- 3 Batalion Infantri Para
- 4 Batalion Infantri Mekanis
- 1 Batalion Infantri Bantuan
- 5 Rejimen Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1 Skuadron Para)
- 16 Rejimen Artileri (4 Rejimen Pertahanan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
- 3 Rejimen Gerak Khas
- Batalion Serangan Udara (Air Assault) dalam perancangan penubuhan
Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).
Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.
Malaysia telah mengumumkan pemilihan karbin Colt M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk anggota Tentera Darat Malaysia. Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya. Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70 JUTA melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan sistem persenjataan ATM.
Sepertimana tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia juga memiliki pelbagai jenis persenjataan lain, kebanyakannya digunakan oleh pasukan khas seperti Grup Gerak Khas atau anggota tentera yang memiliki tugas khas seperti penembak tepat.
KELENGKAPAN LAIN:
ARMOR
MODEL | ASAL | KEGUNAAN | VERSI | JUMLAH | NOTA |
Bumar-Labedy PT-91. | Kereta kebal utama | PT-91M "Pendekar" | 48 | ||
FNSS ACV 300 | Kenderaan tempur infantri | ACV 300 Adnan | 211 | Penghantaran tambahan 30 unit dijadualkan pada 2010 berdasarkan pengumuman di DSA 2008. | |
MIFV K200 | Kenderaan pembawa anggota | K-200 KIFV yang dimodenkan | 111 | ||
FV101 Scorpion | Kereta kebal ringan | FV 101 Scorpion | 26 | ||
Sibmas | Kenderaan sokongan tembakan berperisai | Sibmas 90 | 184 | ||
Rheinmetall Condor | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Condor APC | 460 | ||
Alvis Stormer | Kenderaan berperisai ringan | - | 25 | ||
Haegglunds Bandvagn 206 | Kenderaan berperisai ringan | - | 80 | ||
Avibras AV-VBL | - | Kenderaan arahan artileri | AV-VBL | 4 | |
V-150 | Kenderaan sokongan tembakan berperisai Kenderaan pembawa anggota | - | - | ||
Pindad APS-3 | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Anoa | 30 | Bagi kegunaan tentera pengaman Malaysia di Lebanon. |
KENDERAAN PENGANGKUT
- 1511x Trak HICOM Handalan (4x4) 3 tan.
- 168x Kenderaan penarik meriam Pinzgauer (4x4) 2 tan.
- 164x Pengangkut mortar Pinzgauer (6x6) 2 tan dengan 144 treler peluru.
- 85x Kenderaan taktikal berkelajuan tinggi URO VAMTAC (Vehículo de Alta Movilidad Táctico) (4x4) 3 tan.
- 13x Kenderaan kembalik ringan Isuzu FTS33H (4x4) 6 tan.
- 29x Pelindung komunikasi Isuzu FSS32G (4x4) 5 tan.
- 19x Ambulans medan IVECO M4010 (4x4) 2 tan.
- 04x Kenderaan komunikasi satelit IVECO M4012 (4x4) 2 tan.
- 33x Ambulans medan Gomba Stonefield.
- 4x4 Land Rover Defender .
- 4x4 G-wagon (pemasangan tempatan).
- Trak Mercedez Benz 911 3 tan (dibersarakan)
- Trak TATA 1613 3 tan.
- Trak Bedford RL 3 tan (dibersarakan)
- Volvo C303 (dibersarakan).
PELURU BERPANDU
NAMA | ASAL | VERSI | JUMLAH | NOTA | ||
PERTAHANAN UDARA | ||||||
MBDA Rapier | "Jernas" | 15 | - | |||
Shorts Starburst | Standard | 700 | Kebanyakan dipasang pada pelancar LML | |||
Anza | Mk.II | 500 | PAC only | |||
9K38 Igla | SA-18 | 200 | Sistem pertahanan udara mudah alih. | |||
ANTI KERETA KEBAL | ||||||
Baktar-Shikan | Standard | 450 | - | |||
9К115-2 Metis-M | Standard | 20 | - | |||
MBDA ERYX | Standard | 270 | PAC only | |||
Saab Bofors Dynamics AT4 | Standard | Tidak diketahui | Digunakan oleh Pasukan Operasi Khas sahaja | |||
C-90 CR (M3) | RB LAW | Tidak diketahui | - | |||
Carl Gustav | M2 | Tidak diketahui | - | |||
Raifal rekoil M40 | Standard | 150 | - | |||
RPG-7 | Standard | 584 | - | |||
ARTILERI | ||||||
Astros II MLRS | Keris 300 mm | 18 | - | |||
Denel howitzer G5 | Howitzer Mk.3 | 28 | - | |||
VSEL FH-70 | Standard | 15 | - | |||
OTO Melara Mod 56 | Standard | 200 | - | |||
Oerlikon 35 mm | Standard | 29 | - | |||
Bofors 40 mm | Standard | 36 | - | |||
ACV-S 300 | - | - | 8 | Pembawa mortar bergerak berperisai. |
32 comments:
nice sharing...
hebat juga tentera malaysia ni..
bangga2 seyh!! two thumbs up!
Actually 29 fakta2 yang menarik tentang tentera Malaysia tu patut dikreditkan ke penulis asal.BuayaMerah pun amik fakta ni dari blog lain.
@raidenovich: yeah i know bout that, but spe pnulis asl? ce cite, ce cite...
gile pnjang entri! hehe.. nice sharing. mne dpt sumber ni? xpe ke tayang2 bnda2 mcm ni? hehe
bagi seorang anggota tentera dia sentiasa berpegang kepada ikrar kesatria ke 5:
"menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya..."
aku nak tanya satu soalan.
apa beza tentera laut dengan tentera marin?
Assalamualaikum Tuan, bagus info yang tuan kongsikan ini...dan kes no 20 pernah panglima dengar dari pihak tentera tidak lama dahulu. keep it up bro. Good info !!
Oh Maaf tuan...bukan no 20...tapi no. 19, kes mencuri dokumen Sabah. hehehe
Assalamualaikum. Saye setuju dengan kata2 GHOST WRITER. "MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA" Kalaulah empunya blog ni seorang tentera lah kan. Semua ni rahsia negara, tak perlulah kot nak post kt blog. Anda mempertaruhkan MALAYSIA.
nie info tahun biler punyer nie??? cube cek blik..
overpriced...tgk saper yg kaya..hehe
sedikit perkongsian, menurut pensyarah sy, maklumat yg disampaikan di media mengenai jumlah pembelian kapal selam, jet pejuang , senjata dan lain2 info tentera adalah sengaja dikelirukan...hari ni ckp 80, bile smpai cuma 8 je..kdg2 ckp sikit, bile smpai, lebih..sbb mnde ni sulit..perlu kelirukan..
n stiap senjata disimpan di lain2 kwsn..ade reason2 tertentu...
pensyarah tersebut masih lg memegang jwtn pegawai dlm tentera ...kalo dia tipu, maka sy pon menipu,..tp d r segi ilmu dia, dan pengetahuan dia, sy yakin dia ckp btol..dia ade sebut bbrapa kwsn simpanan senjata..(yg ni xtau la dia tipu ke x)..walopun dia ade bgtau, sy xleh ckp kat sini..dia berani ckp kat kami sbb kami bukan ancaman pd dia..ade ilmu bisnes dia (code) yg spatotnye rahsia , dia bgtau juga, sbb dia ckp, awak smua bukan lah ancaman utk sy
Bagus info tp kalau mat2 indon atau wak2 kang baca konfirm dia org x percaya dan mengata kita mengada2kan citer. sbb dia org jer paling bagus dan BESAR kat asia tenggara nie..
hahaha...menipu je nih
benda2 cm ni jgn duk bgtau kt umum or sebarkan kt internet...perkara cm ni adlah sulit n rahsia negara...kpd admin...sila delete entri ni...mejar zulhimi...
malaysia ada byk C4 kan?. sbb tu bleh letupkan orang kat hutan dulu tuh.
berpegang kepada ikrar kesatria ke 5:
"menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya..."
ni bukan rhsia negara ke??
nape bnd ni dibenarkan??
sape yg bg info ni..stupid
menyimpan rahsia negara dengan seketat2nya
ape da rahsia. mane ade rahsia. yang die bg ni sume negara luar tau. beli senjata sume kne daftar kt pbb. yg rahsia tetap rahsia. hehehehe
GEMPUR WIRA
biasa media ni akan kelirukan jumlah yg dibeli.. hehehe... siapa boleh confirmkan... sbb penah 5 6kali nampak treler atm ni dok angkut MBT T80 yg mcm ukraine pakai.. atm ade T80 ke? besar tu lebik 50Tan x silap T80 ni
masa kecik 90an. penah tengok mcm rokett di lancar keudara. Entah apa benda. bukan sy sorg tengok. ramai. tp samapai sekrg tak tau pa benda tuuu...
ape la yg nk dirahsiakan sgt...yg rahsia tetap rahsia...try check dlm wikipedia tu...lg brlambak...dlm Jane Fighting Ship pon ade...lol
ntahnya...rajinx kan diri bukak wikipedia.....asyik tgok FB twitter politik
internet...dunia tanpa sempadan
mklumat yg admin bg ni mmg maklumat umum, sme org tau, amerika pon ade list aset tentera mcm admin siarkan, tpi aset yg dirahsiakan x tau bpe bnyk....lps tu, rmai persoalkan knape gomen blanje lebih a.k.a membazir dlm sesuatu perkara, klu kt amerika jwapannye lebihan belanja tu sbb nak guna maintain aset rahsia, terlalu rahsia sampai perbelanjaan pon kne off record, kt malaysia x tau la kalau ada gak camni.............
mmg ada sejata2 disimpat kat tmpat rahsia yg umum xthu..xkn la suma dirg nk cerita..
saya cadangkan negara kita banyakkan senjata anti, cth anti kereta kebal, anti kapal selam dan pelbagailagilah jenis senjata anti. bukan apa kita bukan negara menyerang,kita bertahan dan menyerang balas. kalau ada orang nak menyerang kita akan berfikir banyak kali. senjata tupun boleh digunakan untuk tempoh yang agak lama tak luput kalau di simpan dengan lebih lama. masih boleh digunakan lagi
saya cadangkan negara kita banyakkan senjata anti, cth anti kereta kebal, anti kapal selam dan pelbagailagilah jenis senjata anti. bukan apa kita bukan negara menyerang,kita bertahan dan menyerang balas. kalau ada orang nak menyerang kita akan berfikir banyak kali. senjata tupun boleh digunakan untuk tempoh yang agak lama tak luput kalau di simpan dengan lebih lama. masih boleh digunakan lagi
ngarut ajer dia nie... semua dia tahu. Agak2 bila Malaysia nak ada Nuc Sub? hahahahaaa...
Sepatutnye kekuuatan aset ketenteraan negara tak boleh di dedah kan atas faktor keselamatan negara walaupun jumlah adakalanya tak tepat.
cc to pemilik blogger, sila padam!
Post a Comment