Pada Mei 1961, Presiden Kennedy mengucapkan sebuah ucapan yang bersejarah ,”I believe that this nation should commit itself. To achieving the goal, before this decade is out, of landing a man on the Moon and returning him safely to the Earth” yang mana beliau ingin menghantar manusia ke bulan dan akhirnya pada pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong menjejakkan kakinya untuk kali pertama di bulan.
Namun pada tahun 1974, seseorang bernama Bill Kaysing menerbitkan sebuah buku berjudul “We Never Went to the Moon : America’s Thirty Billion Dollar Swindle”. kandunganya mengatakan bahawa Amerika telah memalsukan pendaratan di bulan. Hasil penyiasatannya didasarkan pada keraguan yang ada pada rakaman dan foto-foto yang dikeluarkan oleh NASA.
Mungkin ramai daripada kita yang belum mengetahui bahawa ada sebuah teori yang sering disebut sebagai the great moonhoax theory atau ‘teori konspirasi pendaratan bulan’ yang mengatakan bahawa manusia tidak pernah mendarat di bulan. NASA dengan sengaja mereka foto dan rakaman pendaratan di bulan di sebuah studio di Nevada.
Sejak itu, teori konspirasi pendaratan bulan lahir (the great moonhoax/moonlanding hoax). Beberapa buku ditulis setelah buku Kaysing, mengusulkan idea yang sama.
Dibawah memaparkan beberapa gambar yang membuktikan bahawa pendaratan Neil Amstrong dan rakannya di ‘bulan’ adalah PENIPUAN semata-mata.
gambar-gambar ketika pendaratan di bulan: Dimanakah perginya semua bintang2 berkedipan. BUSTED! |