nuffnang ads

Tuesday, December 27, 2011

Apakah Persamaan Foo Fighters & Aktiviti Gunung Berapi?

FOO FIGHTERS, U ROCK!!!




Foo Fighters, salah satu band faveret aku. Bila sebut Foo Fighters korang mesti kenal dengan Dave Grohl kan. Tipu lah kalau korang kata tak kenal dengan dia ni. Dia pernah menganggotai sebuah kumpulan Lagenda Grunge, Nirvana sebagai drummer. Itu dulu lah sebelum mendiang Kurt Cobain bunuh diri. Sekarang dia adalah frontman untuk kumpulan Foo Fighters



Baru-baru ni, pada 13 Disember 2011 satu gegaran telah dikesan oleh Stetsen Pemantauan Seismologi Herne Bay dan Eden Park, New Zealand. Gegaran itu dijangka disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Setelah dikaji rupa-rupanya ianya adalah disebabkan oleh sebuah kumpulan rock iaitu Foo Fighters yang sedang mengadakan konsert di situ.

Gegaran tersebut berlaku dari awal konsert sehingga berakhirnya konsert tersebut. Para sainstis membuat kesimpulan bahawa ianya berlaku disebabkan oleh 50,000 peminat yang bergerak, menari, headbanging, mosh pit dan sebagainya semasa berlangsungnya konsert Foo Fighters di Aukland. Mengikut GeoNet blog, "gegaran yang kuat bermula pada pukul 8:20 malam iaitu semasa Foo Fighters mula membuat persembahan dan gegaran tersebut berakhir pada pukul 11:00 malam apabila konsert sudah berakhir."








Jadi apa persamaan Foo Fighters dan aktiviti gunung berapi? Dua-dua memang gegar habis dan rock!! Siapa kata Foo Fighters tak cukup rock, korang memang silap besar. Sebab sekarang sudah ada bukti secara geologi yang menunjukkan bahawa FOO FIGHTERS, U ROCK!!! JUSTIN BIEBER, U SUCK!!!




Sumber: guitarworld

3 comments:

Anonymous said...

pastu gempa biar tanah telan korang sume!

Anonymous said...

macam baik sangat..compare dengan tengok pompuan menari2 kat msia ni..siap ada pakai tudung.. memang cam bodoh.. orang2 takde taste music dgr lagu justin bieber,selena gomes dll selalu je buat statement cam baik ni..poyo

Anikimaro said...

^^ nice try bieber's fans...