Sememangnya memerlukan tahap keberanian yang tinggi apabila seseorang ingin masuk ke gelanggang yang terdapat seekor lembu yang sedang marah walaupun kita mempunyai sebilah pedang sekalipun, tetapi bagi Forcadas (Pelaga lembu wanita), mereka tidak mempunyai sebarang perlindungan dan senjata untuk menundukkan seekor lembu yang sedang berang.
Ketika mula-mula perlawanan laga lembu ini diperkenalkan, setiap gelanggang mempunyai satu tangga yang menuju ke Kabin Di Raja dan terdapat juga sekumpulan lelaki yang diamanahkan untuk menjaga tangga tersebut supaya lembu-lembu yang marah tidak naik ke atas kabin tersebut. Mereka menggunakan batang besi panjang yang berbentuk sabit di hujungnya untuk melawan lembu yang cuba naik ke atas dan batang tersebut dipanggil 'Forcada' (Garfu) dan dari situlah permainan ini mendapat nama.
Tetapi kini, mereka hanya menggunakan 'pega de caras' (menangkap muka) sebagai simbolik kepada forcada semasa upacara pembukaan dan demonstrasi sejarah. Pega ini melibatkan aksi seseorang pelaga lembu menjinakkan seekor lembu yang sedang marah dengan memegangnya dikepala supaya lembu itu berhenti. Dan yang menakjubkan, mereka tidak menggunakan apa-apa senjata melainkan tulang 4 kerat mereka.
Upacara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh sekumpulan lelaki tetapi pada waktu kini, golongan wanita juga ingin membuktikan keberanian mereka dengan menundukkan lembu yang sedang marah. Sama juga seperti golongan lelaki. Forcadas wanita juga memasuki gelanggang tanpa mengenakan sebarang perisai atau senjata dan menggasak lembu berkenaan apabila ia menyerang. Mereka akan membentuk sebuah garisan apabila menghadap lembu tersebut dan seorang 'Caras' (mereka yang duduk dibahagian hadapan) membangkitkan kemarahan lembu itu dengan menjerit-jerit kearah lembu tersebut dan apabila lembu itu mula menyerang, caras tersebut akan segera memegang kepala lembu itu dengan mencengkam kuat dibahagian leher. Kemudian, rakan-rakannya yang lain akan mula memeluk dan memegang lembu itu dari setiap bahagian bagi mengalahkan lembu tersebut. Walaupun begitu, di portugal lembu-lembu yang berada digelanggang telah dibuang tanduknya bagi mengurangkan risiko kecederaan.
Saksikan sajalah keberanian wanita-wanita hebat ini menundukkan seekor lembu, aku yakin ramai lagi lelaki di dunia ni tak mampu untuk menjadi seperti mereka, including me. lol. Dan yang penting, ramai diantara mereka yang comel-comel. Haha
Saksikan sajalah keberanian wanita-wanita hebat ini menundukkan seekor lembu, aku yakin ramai lagi lelaki di dunia ni tak mampu untuk menjadi seperti mereka, including me. lol. Dan yang penting, ramai diantara mereka yang comel-comel. Haha
Sumber: odditycentral & Google
No comments:
Post a Comment