Di setiap bendera didunia ini, tidak kira bendera negara ataupun yang lain-lain, pasti mempunyai warna tersendiri yang melambangkan maksud atau makna tertentu. Setiap warna atau lambang tidak diletakkan hanya sebagai hiasan. Walaupun sesetengah dari bendera sesebuah negara mempunyai makna yang diselaputi propanganda dan tidak 'jujur'. Jadi untuk menerangkan maksud 'sebenar yang lebih jujur' warna di bendera negara-negara yang berkenaan, Icaro Doria, seorang pekerja di Majalah Grande Reportagem yang berpengkalan di Lisbon, Portugal telah menghasilkan sebuah kempen bendera (koleksi 8 buah bendera negara-negara yang terpilih) yang diberi nama Meet The World.
Beliau yang melihat kepada berita semasa global, fakta-fakta terkini telah mendapat idea untuk meletakkan makna baru pada warna dibendera-bendera dunia. Dengan menggunakan data dan fakta yang sebenar, maka terhasillah sebuah seni yang ringkas tetapi jujur dan seterusnya memberi makna baru berdasarkan permasalahan dinegara tersebut contohnya tentang perang Iraq di Amerika, keganasan terhadap wanita di Afrika, AIDS dan malaria di Angola, Penyeludupan dadah di Colombia dan lain-lain. Enjoy!
Sumber: brazilianartists & adsoftheworld
No comments:
Post a Comment