nuffnang ads

Friday, August 5, 2011

Kura-Kura Bernafas Melalui Bontotnya?

What can you do with YOUR B*#!!? 


Ya, pelik bukan? Ini bukan cobaan, ini betul-betul punya fakta di mana kebanyakan haiwan akuatik mempunyai cara yang tersendiri untuk mengambil nafas apabila berada di dalam air tetapi sesetengah kura-kura seperti kura-kura leher panjang (Chelodina novaeguineae) boleh mengambil nafas dengan cara yang pelik iaitu melalui bontotnya sama seperti nimfa pepatung dan timun laut.

Jadi bagaimana kura-kura ini bernafas melalui bontotnya? Apabila berada di dalam air, kura-kura ini akan mengambil air dan disimpan di dalam "kloaka" dan molekul air (H2O) yang mengandungi 2 molekul iaitu hydrogen dan oksigen akan diasingkan disitu. Hanya molekul oksigen sahaja yang akan diambil. Kemudian air dikeluarkan semula dari kloaka dan air yang baru akan diambil semula bagi mengambil oksigen. Ianya sama seperti cara ikan bernafas melalui insang dimana air akan disedut dan dikeluarkan semula dan oksigen akan diambil oleh tisu bervaskular tinggi. Oleh sebab itu ia dapat bertahan lama di dalam air berbanding haiwan-haiwan akuatik yang lain dan oleh kerana sifat yang pelik inilah menyebabkan mereka boleh tidur di dalam air.


 Inilah dia keajaiban alam ciptaan Allah SWT. Walaupun cara pernafasannya agak mengelikan tapi ianya sungguh menakjubkan dan setiap ciptaan Allah itu mesti ada sebabnya. Imam Al-Ghazali menyatakan. "Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan mengagungkan-Nya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahluk-Nya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam segenap ciptaan-Nya."


Sumber: straightdope
                     



2 comments:

Anonymous said...

You got good points there, so I always visit your site, it seems that you are an expert in this field. keep up the fantastic work, My friend recommends your blog.

My blog:
restructuration credit rachat de credit

Namekoi said...

Thanks bro!!! hope u enjoy it here...