Festival Lompat Bayi atau dikenali sebagai El Colacho merupakan satu festival yang pelik dan berbahaya yang diadakan di sebuah kampung bernama Castrillo de Murcia, Sepanyol sejak tahun 1620. Tujuan festival ini diadakan adalah kononnya untuk mengusir roh jahat yang menganggu bayi mereka. Cara ia dilakukan adalah dengan meletakkan bayi yang berumur 1 tahun atau kebawah di atas tilam dan seorang dewasa yang memakai pakaian seperti setan akan melompat melepasi bayi itu.
Selepas bayi tersebut selamat di lompati kemudian datang gadis-gadis untuk menaburi bayi tersebut dengan bunga. Orang dewasa yang berpakaian seperti setan itu mewakili roh jahat yang keluar dari tubuh bayi. Sementara itu, pemimpin umat Katolik sedunia, Paus Benedictus XVI secara terang-terangan melarang festival ini kerana ianya sangat berbahaya dan menodai perayaan Corpus Christi yang diadakan pada tarikh yang sama iaitu 6 Jun.
p/s: silap lompat buat naya je ke bayi tu....What an ASSHOLE!!!
Sumber: festivalpig
No comments:
Post a Comment