nuffnang ads

Wednesday, March 16, 2011

Kenapa Einstein Menjelirkan Lidahnya??





Mungkin anda sering melihat gambar Albert Einstein ni. Sering kita jumpa gambar Einstein ni di cover majalah, poster dan baju. Gambar ni diambil oleh seorang jurugambar yang bernama Arthur Sasse pada 14 Mac 1951 di Princeton pada majlis hari jadinya yang ke-72. Gambar asalnya adalah Einstein sedang duduk  di kerusi belakang keretabersama Dr. Fank  Aydelotte dan isterinya.

Kenapa Einstein menjelirkan lidahnya? Ramai orang bertanya mengenai foto tersebut. 
Ada orang  menganggap  bahawa  untuk genius, maka  kita haruslah mengeluarkan lidah macam tu...hmm...hanya mitos...Tak percaya boleh suruh Mythbusters mem’busted’kan teori tu...   


          
Sebenarnya waktu tu, Albert Einstein dan Aydelotte baru je balik dari majlis penghargaan Einstein. Walaupun Einstein dah duduk kat kerusi kereta, reporter dan jurugambar kejor dia dan diaorang cube nak tahan Einstein, so Einstein berteriak: "Ini cukup. Ini cukup!". Walaupun dah camtu wartawan tetap tanye soalan dan jurugambar terus mengambil gambarnya.  

Waktu wartawan mintak kat Einstein untuk mengabadikan gambar hari kelahirannya dia terus menjelirkan lidah dengan nada mengejek sebab dia dah letih dah. Pada mase tu, Arthur Sasse sempat tangkap gambar tu. Tapi, Einstein sangat menyukai gambar tu. Dia potong gambar tu sampai hanya tinggal gambar dia je (tanpa Aydelotte dan isterinya). Einstein pun memperbanyakkan gambar tu kemudian send kat rakan-rakannya.

Inilah gambar asalnya...
 



P/S: Gambar Albert Einstein menjelir lidah ni bernilai US$74k...kalau gambar korang yang jelir lidah...aku tak tau la...ade nilai ke?? Ahahaha...


 Kredit to: Jemi (for this info)


7 comments:

remy ishak said...

dari gamba ni la wujudnya emoticon =p kot wakaaka

Unknown said...

baru la paham.. skrg dah boleh jual citer ni kat kedai mamak ngan kawan2... hehehe :)

si para para said...

aku pun nak tiru gaya macam dia la.nampak bijak sikit.haha

Asyraf said...

begitu ceritanya..
tak pernah tengok pun gambar penuh sebelum ni..
good2..

Ni Koi Ni said...

ahahaha...

Hamid Howard said...

emm...reaksi spontan, ta de rancang pape pn...but still..pic tu perharga sgt2 kn..kelebihan org feymes..

ABU YAZID said...

agaknya dia juga ler yang memulakan budya CROP IMAGE..