nuffnang ads

Wednesday, September 14, 2011

Monsanto - Sebuah Perkampungan Indah Yang Dibina Disebalik Batuan-Batuan Besar

Nice air and enviroment

Di selatan Serra da Estrala di Portugal, terdapat sebuah perkampungan indah yang telah dibina disebalik batuan-batuan besar yang diberi nama Monsanto. Perkampungan yang telah dibina celah-celah batu-batu gunung yang besar ini tidak pernah berubah sejak berkurun lamanya. Rumah-rumah dan jalan-jalan, kesemuanya dibina dengan menggunakan batu dan kelihatan seperti tersepit di tengah batuan-batuan besar tersebut. Perkampungan yang unik dan indah ini juga telah memenangi anugerah 'Perkampungan yang Paling Portugis di Portugal' ketika di dicalonkan pada tahun 1938 dan sejak itu, bangunan-bangunan disitu diwartakan sebagai 'living museum'. Tidak mudah untuk memasuki perkampungan tersebut dengan menggunakan kenderaan awam memandangkan ianya agak terpencil, tetapi kesegaran udara dan memiliki parnorama yang indah membuatkan ianya berbaloi untuk dilawati




Tuesday, September 13, 2011

Gamer Commute - Video Adaptasi Game Yang Paling BADASS

Not bad

Video ini dihasilkan dan dilakonkan oleh Freddie Wong dan Brandon Laastch dengan menggunakan special effects yang mengaggumkan. Mereka yang sememangnya pemilik kepada akaun terkenal Youtube, Freddiew, telah mencatat lebih 1.7 juta pageviews hanya dalam masa 3 hari! Walaupun begitu, video ni masih tak dapat menandingi ke 'AWESOME' an video Metal Slug IRL yang aku post dulu. That video deserved lot more pageviews! Papehal, video ni still boleh enjoy.





Sumber: Youtube via freddiew

9 Sweater Famous Sepanjang Zaman Yang Paling COOL

i want that freddie krueger sweater, EPIC!

Here's the 90's coolest and famous sweater of all times..Don't know the characters? Just google it.



Monday, September 12, 2011

Pokok (Wishing Trees) Yang Diselaputi Ribuan Duit Syiling

Apabila pokok menjadi 'tuhan'

Terdapat lebih dari tujuh batang pokok telah dijumpai Gwynedd, UK yang telah diselaputi oleh ribuan duit syiling. Seorang pengurus estet, Meurig Jones telah menyiasat akan pokok-pokok unik tersebut kerana beliau merasa pelik akan kejadian tersebut. Setelah mengetahui perkara sebenar, ianya tidaklah sepelik mana kerana pada tahun 1700 an, penduduk ketika itu mempercayai bahawa dengan menukul duit syiling ke atas pokok tersebut, ianya akan menyembuhkan penyakit. Dan itu yang pelik! Kita dapat lihat ribuan duit syiling yang mewakili ribuan manusia yang mempercayai kepercayaan karut sebegitu. Walaupun begitu, mereka juga mempercayai jika seseorang yang miskin ingin mengambil duit syiling dari pokok-pokok tersebut, mereka pula akan mengalami kesakitan sebagai balasan kejahatan mereka. Dang!