nuffnang ads

Wednesday, August 24, 2011

Boxers - Fotografi Sebelum Dan Selepas Perlawanan Tinju Yang Paling COOL

So messed up

Kita semua tahu bahawa perlawanan tinju adalah sebuah perlawanan yang agak ganas. jika seseorang peserta itu keluar dari gelanggang, pastinya akan terdapat darah, peluh dan luka. Jarang perseta yang keluar dalam keadaan bersih sepertimana sebelum mereka masuk ke gelanggang. Jadi, atas sebab itulah seorang artis seni dari Denmark, Nicolai Howalt telah memulakan satu siri projek yang telaha dinamakan 'Boxers', yang mana beliau akan merakam gambar setiap peninju pada sebelum dan selepas mereka bertarung. Kita boleh lihat darah yang mengalir dan wajah kepenatan mereka. Kebanyakan yang telah dirakam beliau adalah masih begitu muda yang mana mungkin sesetengah orang akan merasa terganggu melihat luka-luka darah yang mengalir di muka seorang budak. I don't know what to say, but every photo is raw and artistic. Enjoy! 




Skulptur Manipulasi Sayuran Dan Buahan Yang Paling KREATIF

Makan pon sodap!

Seni skulptur sayuran dan buahan yang comel ini dihasilkan oleh Carl Kleiner. Beliau membuat khas skulptur ini untuk kempen iklan IKEA telah meletakkan tahap kekreatifannya ditahap maksimum. Skulptur yang segar dan menarik ini dihasilkan dalam banyak bentuk atau wajah haiwan dan telah difotografikan dihadapan latar belakang yang colourful seterusnya menimbulkan kesegaran sayuran skulptur tersebut. Tetapi, jika ianya dimakan, adalah lebih baik. Enjoy!




Tuesday, August 23, 2011

Genetic Potraits - Gabungan Dua Wajah Ahli Keluarga Yang Paling COOL

How much do you and your family members really look alike?

Hasil penggambaran yang menarik ini telah dilakukan oleh seorang pereka grafik dan jurugambar, Ulric Collette. Beliau yang berasal dari Canada ini telah mendapat satu idea untuk membuat satu siri gambar genetik  bagi meneroka persamaan wajah antara ahli keluarga. Oleh itu, beliau telah memanggil dua orang ahli keluarga, diambil gambar mereka berdua kemudian digabungkan menjadi satu. Hasilnya, tidak banyak perbezaan rupa antara dua ahli keluarga tersebut melainkan yang berbeza hanya penampilan. Dan beliau menamakan siri ini sebagai 'Genetic Potraits'. Enjoy!




Tapak Permainan Di Atas Bumbung Apartment Yang Paling COOL

Menarik tapi menggayatkan

Tapak permainan yang cool ini direka oleh JDS Architects dan telah berada dibeberapa apartmen di Copenhagen. Kawasan ini sememang tempat yang cool untuk sekeluarga chill pada waktu petang atau pada waktu-waktu lain. Terdapat gelongsor, kawasan lapang dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, ianya terletak di atas bumbung yang mana tidak bersesuaian untuk mereka-mereka yang gayat.