"Orang Mukmin makan untuk satu perut,sedang org kafir makan untuk tujuh perut" - H.R Bukhari Muslim yg bersumberkan dari Ibnu Umar-Shahih
Punca utama penyakit zaman sekarang adalah PEMAKANAN. Tabiat dan cara pemakanan kita punca kita mendapat penyakit kerana pengambilan gula, lemak daging yang berlebihan. Diet yang tidak seimbang juga salah satu dari faktornya. Kurang bersenam juga menjadi faktor utama banyak orang muda sekarang mendapat penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Rasulullah adalah contoh dan tauladan yang terbaik untuk umatnya. Bahkan dari segi pemakanan dan kesihatan juga baginda telah mengajar umat-umatnya. Tidak perlu tengok jauh, hanya contohi cara pemakanan Rasulullah sahaja kita dapat menjauhi pelbagai penyakit zaman sekarang ini. InsyaALLAH.
"Mencegah Lebih Baik daripada Merawat"
Rasulullah S.A.W sangat menitikberatkan makanan yang seimbang dan tidak makan terlalu kenyang
Seseorang mukmin yang makan terlalu kenyang akan menyebabkan dia malas untuk beribadah. Dia juga akan mudah mengantuk dan tercungap-cungap. Hal ini kerana oksigen akan tertumpu pada bahagian perut dan menyebabkan oksigen dibahagian lain terutama di bahagian otak menjadi kurang.
Orang yang obesiti dalam solat pun bermasalah jugak. Contohnya semasa solat, nak berdiri lama atau duduk semasa tahiyat akhir pun sukar. Jika hendak solat hajat, selepas memberi salam dan membaca ayat-ayat semasa sujud tidak dapat bertahan lama kerana dikhuatiri pening atau pitam.
"Tidak ada satu wadah pun yg diisi oleh Bani Adam,Lebih buruk daripada perutnya,cukuplah baginya beberapa suap,untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari,baiklah sepertiga makanannya,sepertiga lagi untuk minumannya sepertiganya untuk nafasnya."
(HQR Tarmidzi,Ibnu Maja dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya yg bersumber dari Miqdam bin Ma`di Kasib)
Makan makanan yang halal, baik dan berkhasiat
Rasulullah SAW suka minum susu kambing yang segar, madu, zaitun, tin, tamar dan habbatus sauda'. Rasulullah dan para sahabat sangat menitikberatkan pemilihan makanan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila sahabat Rasulullah menolak makanan yang syubhat. Hal ini kerana makanan yang haram akan menjadi darah daging kita apabila masuk ke dalam perut dan akan dikeluarkan melalui akhlaknya.
Rasulullah SAW tidak bersandar ketika makan
“Nabi s.a.w. tidak pernah dilihat makan dalam keadaan bersandar.”
( Hadis Riwayat Nasaie’ dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin )
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan”
(HR Bukhari).
Rasulullah tidak minum ketika berdiri
"Sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri".
(Muslim)
Di antara sebab di larang minum berdiri ialah , menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan."
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan, air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya. Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum. Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Rasulullah tidak bernafas ketika minum
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Apabila salah seorang kalian minum, maka janganlah ia bernafas dalam bejana. Jika ia ingin kembali minum maka hendaklah ia jauhkan bejana itu kemudian jika ia mahu barulah kembali meminumnya,”
(Hasan, HR Ibnu Majah)
Daripada hasil penemuan sains, apabila kita bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita ketika minum, maka kita mengeluarkan C02 (Karbon Dioksida) yang mana apabila bercampur dengan air (H20) ia akan menjadi H2C03 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid dan asid ini adalah tidak sesuai untuk kesihatan.
Duduk makan secara sunnah
Kaki kanan ditegakkan sambil lutut tekap di dada, dan duduk diatas kaki kiri.
"Adalah baginda Nabi S.A.W. apabila duduk untuk makan baginda akan duduk diatas kirinya dan menegakkan kanannya (betis) kemudian baginda bersabda “Sesungguhnya saya adalah hamba,saya duduk seperti seorang hamba duduk, dan saya akan lakukan seperti seorang hamba lakukan.”
(Ibn Dohhak meriwayatkan didalam Syamail dari hadis Anas)
Apabila kaki kanan ditegakkan dan ditekapkan di perut, perut kita akan kempis dan kawasan di bahagian dalam perut akan mengecil. Hal ini menyebabkan kita akan mudah rasa kenyang.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Rasulullah selalu mengamalkan pengambilan air masak pada waktu pagi sebelum bersiwak
Pengambilan air masak pada waktu pagi dapat memudahkan penghadaman makanan dan dapat mengelak daripada penyakit sembelit. Bukan itu sahaja, selain daripada menggalakkan pembuangan bahan perkumuhan ia juga dapat memberi tenaga di permulaan hari dan boleh mengdetoxkan badan daripada toksik.
Penjagaan mulut dan gigi
Selepas kita makan dan minum kita haruslah menjaga kebersihan mulut dan gigi kita. Kawasan di dalam mulut juga sangat penting. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan. Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesihatan gigi.
Siwak yang diamalkan Rasulullah mujarab untuk gigi berbanding ubat-ubat gigi kerana kelebihan kayu siwak itu sendiri sama seperti kita menggunakan berus gigi dengan menggunakan ubat gigi. Malah lebih daripada itu kerana kayu siwak mengandungi bahan-bahan anti-bacteria dan mempunyai pewangi yang dapat menghilangkan bau busuk.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah juga sentiasa berkumur-kumur terutama selepas minum air susu kambing kerana susu kambing mempunyai lemak. Berkumur-kumur dapat membersihkan mulut kerana cecair yang digunakan dapat mengalir ke bahagian yang sukar dibersihkan seperti di celah-celah gigi.
Rasulullah juga sering membersihkan lidah dan gusi. Hal ini kerana apabila kita membersihkan lidah ,ia dapat mengurangkan plak dan bakteria dalam mulut. Seperti yang kita dapat lihat di iklan TV sekarang, sudah terdapat berus gigi yang mempunyai pembersih lidah dibelakang kepala berus gigi tersebut.
Penambahan
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Rasulullah juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-) . Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Apa-apa pun jangan untuk membaca bismillah serta doa sebelum makan dan selepas makan tau!! =)
p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal!! =)
sumber: d92
.
6 comments:
assalam...mohon kebenaran utk copy ayat2 yg menarik ...
source dari mana ya ??
Salam admin
Fakta yang berkaitan minum berdiri dan disaring oleh sfinter itu tidak benar.
Boleh lihat jawapan di suhazeli.com
Begitu juga dengan fakta tips campuran susu.. juga tidak benar.
Tq
Begitu juga dengan fakta tips campuran susu.. juga tidak benar.
Tq
Salam admin
Fakta yang berkaitan minum berdiri dan disaring oleh sfinter itu tidak benar.
Boleh lihat jawapan di suhazeli.com
Post a Comment