nuffnang ads

Monday, January 9, 2012

Awan Berbentuk Tsunami Yang Paling AWESOME!!

BEAUTIFUL, WEIRD & FRIGHTENING

Pada 16 Disember 2011, satu fenomena alam yang menakjubkan telah terjadi  di Alabama, Amerika Syarikat di mana seolah-olah terjadinya satu tsunami yang sangat besar di langit. Ianya begitu menakjubkan dan semua mata asyik memandang ke langit. Gambar kejadian ini sempat ditangkap menggunakan handphone pada petang Jumaat itu di Birmingham, Alabama 




Mengikut pakar kaji cuaca, biasanya kejadian sebegini berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai dataran yang luas, di mana pergolakan awan berlaku disebabkan angin bertukar kelajuan dan apabila satu lapisan dibahagian atas iaitu udara bergerak lebih pantas dan bertukar arah berbanding lapisan bahagian bawah iaitu air menbuatkan awan menyerupai satu ombak tsunami yang bergolek di sepanjang bahagian atas air.





Fenomena awan yang menakjubkan ini dikenali sebagai "Ketidakstabilan Kelvin-Helmholzt". Nama tersebut adalah hasil dari gabungan nama 2 orang sainstis yang menerangkan tentang fenomena ini iaitu Lord Kelvin (seorang Baron dari Scotland) dan Hermann Helmholtz (seorang ahli fizik dari Jerman)








Di Malaysia pun ada jugak fenomena yang macam ni berlaku iaitu pada 30 Disember 2011. Ianya berlaku di Segamat, Johor dan Labuan, Sabah. Jadi adakah ini satu petanda? Tak kisahlah ni petanda atau tidak. Yang penting marilah kita berdoa dan memperbanyakkan ibadat kita.


p/s: penangan Ombak Rindu ni kot....ahahaha... =P

sumber: dailymail & budakbotak

No comments: