nuffnang ads

Thursday, September 8, 2011

Barra Aiport - Satu-Satunya Lapangan Terbang Yang Menggunakan Pantai Sebagai Tempat Mendarat

This is amazing

Lapangan terbang Barra merupakan sebuah lapangan terbang yang menakjubkan dan cantik malah ia adalah satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menggunakan pantai sebagai tempat mendarat. Lapangan terbang yang terletak di Hebridean Island Of Barra ini menyediakan tiga laluan mendarat yang tidak tenggelam ketika air pasang. Dahulu pantai ini terkenal dengan kerang-kerang yang berada di tepi pantai sebelum syarikat penerbangan menjadikan pantai tersebut sebagai lapangan terbang pada 7 ogos 1936.

Lapangan terbang yang menyediakan tiga laluan mendarat ini sering ditenggelami air jika air pasang dan terpaksa menunda pendaratan sehingga air surut. Laluan itu hanya ditanda dengan batang kayu dihujungnya bagi menentukan penamat laluan tersebut. Jika terdapat pendaratan kecemasan pada waktu malam, laluan itu terpaksa menggunakan lampu kenderaan untuk meneranginya. 

Walaupun ianya lapangan terbang yang kerap digunakan, ianya juga dibuka kepada awam untuk mengutip kulit-kulit kerang dan bersantai dan mereka akan beredar sekiranya melihat kon angin di terbangkan menandakan bahawa ada kapal terbang sedang menghampiri dan ingin mendarat. Ciri-ciri keselamatan yang diamalkan juga sama seperti lapangan terbang lain cuma laluan pendaratannya kerap diganggu oleh dolfin dang anjing laut yang tersadai di tepi pantai. Dan lapangan terbang ini sememangnya unik.
















Sumber: guardian

1 comment:

shafiqabdshukor said...

pergh...
mst ssh pilot nak mendarat kat ctu