THIS IS EPIC!!
I can't take this anymore! Ini adalah antara video inspirasi dari video game yang paling AWESOME pernah aku tengok. Lagipun ianya adalah inspirasi dari game yang sangat terkenal pada tahun 90-an dulu. i'm sure all of you pernah main game ni dulu. Ah, taknak cakap banyak, korang tengok je la video yang epik ni. Enjoy!!
Sumber: youtube via andrewmfilms
nuffnang ads
Wednesday, August 31, 2011
Keajaiban Saintifik Didalam Al-Qur'an: Mikrobiologi Disebut Didalam Al-Qur'an Sejak Ribuan Tahun Dahulu
Another miracles from Al-Qur'an
Mikrobiologi merupakan kajian saintifik berkenaan mikroorganisma ataupun hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti bakteria dan virus.
Pada abad ke-19, seorang saintis berbangsa Belanda, Antoni Van Leewenhoek merupakan orang yang pertama melihat bakteria dengan menggunakan mikroskop sederhana.
Hanya selepas kira-kira 50 tahun, ahli mikrobiologi yang terkenal pada abad ke-19, Evenovski dapat mengenal pasti bahawa virus merupakan mikroorganisma paling kecil setakat ini. Virus hanya bolah dilihat dengan menggunakan mikroskop elektronik. Kitab suci al-Quran telah membentuk satu konsep mikrobiologi di dalamnya.Firman Allah s.w.t. :
Katakanlah: "Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) sebesar zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada diantara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. (Surah Saba': ayat 22)
Perkataan zarrah zarrah membawa maksud zarah atau partikel yang sangat kecil seperti mikroorganisma unisel (satu sel) dan molekul atom. Allah SWT. mengajarkan melalui ayat ini bahawa Dia (Allah) mengendalikan dunia ‘ghaib’ mikroorganisma.
Computersiele Museum - Muzium Untuk Konsol Video Game Yang Paling COOL
This is heaven for gamers!
Untuk para gamers sekalian, sebuah musium unik yang diberi nama Computersiele museum (Muzium Komputer Game) telah dibuka di Berlin, Jerman pada Januari lalu. Mengapa ianya sesuai untuk gamers? Ini kerana di muzium tersebut, ianya memang direka khas untuk menyimpan vintage hardware, perisian yang menarik dan lebih dari 300 video game termasuklah game arcade pertama, Computer Space, yang telah dikeluarkan pada 1971 yang mana ianya adalah sebuah produk yang gagal.
Salah satu dari dinding muzium tersebut telah diletakkan dengan 50 buah konsol game buatan tangan yang popular ketika 1951. Untuk gamer yang tegar, mereka pasti teruja untuk melihat Commodore 64, Game Boy versi original dan Super Nintendo (dipersembahkan didalam case berwarna hijau neon) yang popular pada 90-an kerana semuanya dipamerkan disitu. Bukan itu sahaja, disitu juga terdapat konsol game yang pertama di dunia yang dicipta oleh Ralph Baer pada hujung 60-an yang diberi nama Brown Box dan merupakan prototaip kepada sistem gaming yang dikenali sebagai konsol Magnavox Odyssey. Baer, yang kini berkerja sebagai penjaga muzium tersebut berpendapat kanak-kanak pada masa kini lebih mengenali PSP, Xbox dan juga konsol-konsol game yang lain tanpa mengetahui asal usul video game ini. dan mereka perlu mengetahui bagaiman cepatnya perubahan berlaku sejak dari zaman kegemilangan game ciptaan Atari, iaitu Pong.
Dibahagian lain di muzium tersebut terdapat satu tempat yang diberi nama Wall Of Game Milestone, yang mana terdapat lebih dari 50 buah game yang banyak memberi pengaruh kepada grafik, muzik dan genre game masakini. Diantaranya ialah Pac-Man, Street Fighter 2 dan juga Sonic The Hedgehog. Aku pasti ramai dikalangan kita pernah mengabiskan masa untuk bermain game-game tersebut.
Muzium tersebut sebenarnya telah dibuka sejak 90-an lagi tetapi telah ditutup pada tahun 2000 atas sebab-sebab tertentu dan kemudiannya dibuka semula pada januari lalu. Muzium ini terletak di timur Berlin yang mana bangunan sekarang dahulunya adalah Cafe Warsaw.
Keunikan Hotel Kapsul Di Jepun
Another creative invention from Japan
Ya, Jepun masih lagi ditangga pertama untuk keunikan mereka dan ini adalah salah satu daripada keunikan mereka. Hotel kapsul adalah merupakan hotel yang menyediakan bilik berbentuk kapsul untuk para pelanggannya. Ya, kapsul! Setiap satu kapsul itu merupakan satu ruang yang besar sedikit dari keranda, sesuai hanya untuk seorang pelanggan dalam satu-satu masa. Sesetengah kapsul tersebut dilengkapi dengan TV, WIFI, cermin muka dan jam loceng bergantung kepada harga yang ditawarkan. Setiap kapsul dibina rapat dan disusun seperti batu bata bagi menjimatkan ruang dan seterusnya boleh menyediakan lebih banyak ruang kapsul. Setiap kapsul juga dikunci dengan pintu ataupun dengan hanya langsir dan tandas pada kebiasaannya dikongsi. Harganya pula sememangnya agak 'berbaloi dan lebih murah' dari hotel biasa dengan setiap satu kapsul boleh mencecah 2500 - 4000 Yen (RM 89 - RM 149, jika di Malaysia harga ini adalah bertaraf 3 bintang ke atas. Well you know, Japan)
Kegunaan hotel sebegini sangat popular dikalangan pekerja jepun yang sememangnya sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk pulang ke rumah, jadi mereka menyewa kapsul ini supaya mereka mudah untuk ke tempat kerja. Yeah, walaupun ramai dari orang mereka yang pelik-pelik, tetapi mereka berusaha keras untuk menjadi yang paling pelik di kalangan orang pelik. That's why their country far more superior than us! Dan kapsul ini juga terkenal dikalangan mereka yang kaki mabuk minum sake sampai ke pagi untuk menumpang seketika serta menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong atau pengembara bajet. Satu lagi, kapsul ini tidak sesuai untuk pasangan yang ingin bersenggama, harap maklum.
Tuesday, August 30, 2011
Semut Berwarna Yang Paling RARE
"You Are What You Eat"
Seorang saintis bernama Mohamed Babu yang berasal dari Mysore, India telah menangkap gambar yang menakjubkan ini. Dia meletakkan beberapa titik gula yang berwarna di kebunnya untuk menarik serangga yang unik datang. Idea untuk menangkap gambar ini datang daripada isterinya yang menjumpai semut yang bertukar menjadi warna putih apabila semut itu meminum air susu yang tertumpah di dapur rumahnya.
Kenapa Pelajar Masakini Lebih Stres Dari Sebelumnya (Infographic)
for students
Anda stress ketika belajar? mungking infografik di bawah boleh membantu! (samada mengurang atau menambahkan lagi stress anda) Enjoy!
Monday, August 29, 2011
Penguraian Bunga-Bunga Oleh Qi-Wei Yang Paling AWESOME
this is....oh no, what a waste!
Sebuah siri penguraian bunga-bunga telah dihasilkan oleh seorang artis dari Singapura, Qi Wei. Penguraain yang kompleks dan memerlukan tahap tumpuan dan ketekunan yang tinggi ini adalah inspirasi dari Disassembled - projek penguraian barangan oleh Todd Mclellan yang aku post dulu. Cara penguraiannya adalah lebih kurang sama, beliau akan menghuraikan satu persatu dari setiap kelopak yang terdapat pada bunga yang terpilih. Walaupun hasilnya sangat menarik, tetapi ianya suatu pembaziran terhadap bunga-bunga yang kelihatan lebih cantik jika berada didalam keadaan asal. Enjoy!
Ilustrasi Karakter Feymes Sebagai Zombi Yang Paling BADASS
They're coming to get you!!
Pernah tak korang bayangkan kalau karakter-karakter yang feymes ni jadi Zomba?
Zomba-Zomba.....ZOMBI!!!!
Jaket Berpenghawa Dingin Yang Paling AWESOME
When fashion and science join forces
Anda selalu kepanasan? Selalu berpeluh? Inilah jawapannya!! Saintis-saintis di Jepun telah mencipta Jaket Berpenghawa Dingin!! Cool!! Jaket ini membuatkan anda kelihatan montel tetapi anda tidak akan kepanasan lagi.
Saturday, August 27, 2011
Lakaran Konsep Muzium Animasi Dan Komik Di China Yang Paling AWESOME
style gila!
Sebuah kumpulan pereka dari Belanda, MVRDV, telah memenangi pertandingan antarabangsa atas projek lakaran konsep mereka iaitu 'China Comic And Animation Museum'. Rekaan yang sangat futuristik itu menampilkan bentuk rekaan seperti 8 buah belon yang mewakili 8 bahagian bangunan dan sangat kompleks walaupun ianya akan terbentang sehingga 30,000 kaki persegi. Walaubagaimanapun, lakaran itu hanyalah dibahagian depan yang termasuk Taman-taman, plaza umum dan pusat ekspo. Projek ini dijangka untuk memulakan pembinaannya ada 2012. Bagi lakaran terperinci, mereka meletakkan setiap satu dari 8 buah bangunan yang akan dibina, mempunyai fungsi-fungsi unik tertentu yang mana melibatkan dunia seni dan hiburan.
Salah satu perkara yang menarik di muzium ini ialah perletakkan ikon-ikon komik yang terkenal sebagai mercu tanda bagi sesebuah bangunan supaya orang tahu bahawa tempat itu dikhaskan untuk komik, animasi dan kartun. Mereka juga merancangkan untuk meletakkan sebuah dinding maya yang mana setiap elemen 2D akan menjelma kepada 3D dan seterusnya membuatkan ia kelihatan seperti 'hidup'. Dimuatkan juga ruang-ruang pameran yang versatil bagi pertunjukan seni, sebuah perpustakaan komik dan 3 buah panggung wayang.
Horsemanning - Trend Di Internet Yang Paling LUCU
apekah kebaikan disebalik ini?
Korang mesti pernah dengar pasal Horsemanning ni. Tapi korang tau ke pekajadahnya horsemanning tu? Ianya adalah antara trend terbaru selepas planking, owling dan perkara sewaktu dengannya. Walaupun begitu, trendy yang inilah yang paling menggelikan hati aku. Ianya stail bergambar dengan menyorokkan kepala anda, kemudian berlagak seperti kepala anda telah terputus dari badan. LOL. Korang tengok jela gambar-gambar dibawah. Enjoy!
Korang mesti pernah dengar pasal Horsemanning ni. Tapi korang tau ke pekajadahnya horsemanning tu? Ianya adalah antara trend terbaru selepas planking, owling dan perkara sewaktu dengannya. Walaupun begitu, trendy yang inilah yang paling menggelikan hati aku. Ianya stail bergambar dengan menyorokkan kepala anda, kemudian berlagak seperti kepala anda telah terputus dari badan. LOL. Korang tengok jela gambar-gambar dibawah. Enjoy!
Vampire Cafe - Sebuah Kafe Unik Di Jepun Yang Menggunakan Tema Gothik
Japanese, why u so wicked?
Sebagaimana yang kita tahu, Jepun sememangnya sebuah negara yang pelik, walau sudah berbagai kemajuan yang telah dikecapi, mereka juga masih mahu perkara-perkara yang baru. Contohnya Vampire Cafe ini. Sebuah cafe yang bertemakan gothik dan kegelapan bersesuaian dengan namanya 'Vampire', telah dibuka di Jepun. Ianya terletak di tingkat 7 di sebuah bangunan di kawasan Ginza. Mengapakah ianya dinamakan sebagai Vampire Cafe? Ini kerana bersesuaian dengan temanya yang kegelapan, setiap pelayan yang bekerja disitu dikehendaki memakai pakaian gelap, bagi yang lelaki akan memakai tuxedo hitam dan bagi yang perempuan pula akan berpakaian ala-ala pembantu rumah perancis.
Sepanjang masa di kafe tersebut akan dipasang lagu berunsurkan 'goth' dan kegelapan bagi menambah mood 'vampire' itu sendiri. Bukan itu sahaja, dengan pencahayaan yang semamangnya suram, kafe tersebut juga dihiasi dengan tengkorak (palsu atau betul tidak pasti), kayu berlambang salib, lelabah yang besar dan yang paling epic adalah keranda Dracula (sepertimana yang terdapat didalam kebanyakan filem Dracula). Semuanya pasti akan membangkitkan semangat atau perasaan vampire itu sendiri seperti di dalam filem.
Bagi menu nya pula, kesemua ditulis menggunakan tulisan kanji (tulisan jepun) dan cara masakannya pula adalah campuran tradisi dari Perancis, Itali dan Jepun. Bebagai menu-menu yang pelik terdapat disitu. Harganya sememangnya sedikit mahal. Ianya mampu mencecah sehingga $100 dolar untuk dua orang makan. Wlaubagaimanapun, bagi peminat tegar vampire, harga bukanlah segala-galanya, yang penting suasana dan semangat Vampire itu dapat dirasai walaupun tidak terdapat sajian darah sebenar. Dengan bilik makan yang penuh kesuraman serta dihiasi pula dengan benda-benda pelik dan juga muzik tema yang menyeramkan, dapatkah anda menikmati makanan yang telah dipesan? i think i'm not.
Fotografi Peperangan Afghanistan Menggunakan I-Phone Yang Paling COOL
canon? nikon? Hell no!
Untuk mengambil sesebuah gambar yang menarik dan berkualiti tidak semestinya menggunakan kamera yang berharga ribuan ringgit, cukup sekadar dengan menggunakan i-Phone jika anda menggunakan teknik yang betul. Ya, hanya i-Phone. Sama seperti yang dilakukan oleh jurnalis terkenal, Balazs Gardi. Beliau yang berada di Afghanistan semasa peperangan sedang meletus, telah merakam beberapa gambar 'intimate moments' mangsa perang dan askar-askar amerika dan merupakan gambar yang paling 'rapat' dengan peperangan tersebut. Beliau merakamkan gambar-gambar epik tersebut khas untuk foreign policy magazine. Saksikan sajalah gambar-gambar yang penuh dengan mesej ini. Enjoy
Friday, August 26, 2011
Perlawanan Lampu Neon Di Jepun Yang Paling DUMBASS (NSFW)
This is madness!
Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara yang unik dan pelik. Tetapi perlawanan dengan menggunakan batang lampu kalimantang ini adalah antara yang paling pelik dan bodoh sekali pernah dilakukan. Dua orang lelaki gemuk memukul satu sama lain dengan menggunakan batang lampu kaca sehingga kedua-duanya berlumuran darah dan siapa yang paling lama bertahan, dikira menang.
Ianya pasti tidak akan mendapat tempat diseluruh dunia memandangkan ianya terlalu ganas tetapi di jepun, perlawanan ini begitu popular walaupun perlawanan itu hanya mengundang kesakitan dan jika lampu-lampu tersebut mempunyai cairan merkuri, pastinya boleh mengundang kematian kepada pesertanya. Perlawanan ini juga seperti gusti tetapi ianya melibatkan pendarahan dengan lebih banyak. tapi aku rasa, pesertanya pasti mendapat kepuasan apabila dapat memukul lawannya dengan kaca tersebut. Pernahkah anda semua memecahkan sebatang lampu kalimantang yang telah rosak ke lantai, dinding ataupun ke tiang? jika pernah, anda tahu perasaannya bagaimana!
Penjenamaan Semula Syarikat Terkenal Ke Atas Kondom Yang Paling KREATIF (NSFW)
Adult stuffs!!
Sebuah blog Tumblr, New Condom telah menghasilkan beberapa penjenamaan semula syarikat-syarikat terkenal ketika ini seperti KFC, Pringles, Enegizer dan banyak lagi ke atas kondom secara tidak rasmi. Ianya dilakukan sekadar suka-suka oleh seorang pereka berbakat yang berumur 19 tahun, Max Write. Rekaan tersebut diletakkan sekali dengan logo dan moto syarikat yang berkenaan dan seterusnya membawa makna yang penuh mendalam. As i said, this kind of thing just for adult to really understand the hidden meanings. 18++.
DKNY Golden Delicious Fragrance - Minyak Wangi Pertama Di Dunia Bernilai Sejuta Dolar
what the???
Sumber: luxuryes via worldrecordsacademy
DKNY telah bekerjasama dengan pakar barang kemas, Martin Katz untuk menghasilkan botol minyak wangi pertama didunia yang bernilai sejuta dolar dan diberi nama DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle. Botol minyak wangi tersebut telah diukir dari emas kuning dan putih 14 karat dan mempunyai 2,909 permata yang diambil dari seluruh dunia, ia juga mempunyai 1.65 karat Turqouise Paraiba Tourmaline dari Brazil, Oval Cabochon sejenis nilam seberat 7.18 dari Sri Lanka. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan 15 rantaian berlian berwarna merah jambu seberat 1.28 karat dari Australia, 4 rantaian berlian berbentuk bunga mawar seberat 0.32 karat, 3.07 karat delima berpotongan bujur dan 4.03 karat Berlian berbentuk buah pear. Wow, shitload of stones!
Kesemua permata, berlian dan emas ini diletakkan sendiri oleh Martin Katz. Permata-permata ini telah dibentuk bersempena mercutanda bangunan di Amerika yang mana ianya sangat sinonim dengan lambang DKNY sendiri. Botol ini akan dipertunjukkan ke seluruh dunia dan akan dijual hanya atas niat yang baik. Walaupun disangka ianya hanya suatu pembaziran, mereka tetap pandai menutup mata kita semua dengan menyalurkan sebahagian dari hasil penjualan botol itu ke pusat-pusat kebajikan diseluruh dunia. Well, sekurang-kurangnya ada jugak mereka-mereka yang kesesusahan dapat hasil daripadanya. Wlaubagaimanapun, bakal pembelinya sudah tentu seorang yang jutawan dan banyak duit lebihan yang tidak terpakai.
Sumber: luxuryes via worldrecordsacademy
Thursday, August 25, 2011
Gambar Sekitar Pusat Akuatik London Untuk Olimpik 2012 Yang Paling COOL
this is nice!
Olimpik 2012 sudah semakin hampir. Sekarang diseluruh dunia sedang giat menamatkan pusingan kelayakan di peringkat yang terakhir. Didalam usaha memburu tempat kesana, pernah kita semua mengetahui venue-venue yang telah disediakn untuk temasya sukan yang berprestij ini? Jadi untuk membuka mata kita, mari kita lihat Pusat Akuatik di London yang dibina khas untuk temasya sukan Olimpik 2012 akan datang. Ianya rekaan seorang arkitek berbakat, Zaha Hadid yang terletak di Olympic Park London.
Pusat akuatik yang sangat menarik ini terdapat 2x 50 meter kolam renang dan sebuah 25 kolam terjunan dengan papan anjalnya dibina menggunakan konkrit yang telah direka secara melengkung yang berbentuk seperti lidah yang sedang terjelir. Pusat ini juga akan menjadi tempat bagi semua acara renang yang akan dipertandingkan kelak termasuk terjunan dan polo air. Pusat ini boleh menampung sehingga 17,500 penonton dalam satu-satu masa. Rekaan atapnya yang unik melambangkan ombak telah dibina dengan menggunakan aluminium, berukuran 160 meter panjang dan 90 meter lebar. Pusat itu juga bakal menjadi bangunan mercutanda pada temasya itu nanti dan pengunjung yang melawat Olympic Park pasti akan menemui bangunan yang tersergam indah ini dahulu.
Sekeping Poskad Dari Seorang Askar WW1 Akhirnya Sampai Setelah 94 Tahun Terlewat
sad story behind this postcard
Sekeping poskad perang dunia pertama akhirnya telah sampai ke alamat yang ditulis setelah terlewat selama 94 tahun selepas ia diposkan. Seorang askar, Alfred Arthur, 19, berniat untuk menghantar poskad ini kepada adik perempuannya, Ellen, dan nama manjanya sebagai Nell, pada januari 1916 ketika perang dunia pertama sedang meletus. Akhirnya, Arthur, si penulis, telah terbunuh sebelum sempat sampai kepada adiknya di dalam peperangan tersebut ketika terlibat dalam pertempuran di Barat Perancis pada 1918. Beliau yang meninggal setelah bertarung dengan kecederaan parah selama 4 hari. Malangnya, adiknya juga telah meninggal dunia didalam kesengsaraan setelah kematian abangnya pada tahun 1964 tanpa sempat mengetahui bahawa abangnya ada memberi poskad kepadanya.
Akhirnya, poskad ini telah sampai ke tangan Lauren Bleach dan pasangannya Jill Liversidge setelah hampir 10 dekad tertangguh. Lauren Bleach berkata ketika beliau membacanya beliau telah bersedih dan beremosi kerana poskad tersebut datang dari seorang askar muda yang berada di kem latihan dan sedang berharap untuk keluar bersama adiknya.
Kandungan poskad tersebut : "Dear Nell, Just a postcard to let you know i have not forgotten you. On other side you will see our orders for next week. i will need your pity. Drop me a line, your brother, Alfred."
Fotografi Resolusi Tinggi Terhadap Coklat Yang Paling AWESOME
Yummmeeehh!!!!
Anda adalah seorang tahi coklat? Fotografi ini mungkin menarik bagi anda. Kebiasaannya, kita hanya makan coklat tanpa melihat dengan teliti bagaimanakah rupa bentuk sebenar didalamnya. Di fotografi dibawah akan membuka mata kita semua betapa Awesomenya bentuk didalam makanan kegemaran ramai ini. Bagi yang berpuasa hari ini, siap sediakan sekurang-kurangnya sekeping coklat waktu berbuka nanti. Aku terus terang aku tak suka coklat, tapi lepas tengok fotografi yang menggiurkan ni, aku nak rembat satu sebelum berbuka. Enjoy
Wednesday, August 24, 2011
Boxers - Fotografi Sebelum Dan Selepas Perlawanan Tinju Yang Paling COOL
So messed up
Kita semua tahu bahawa perlawanan tinju adalah sebuah perlawanan yang agak ganas. jika seseorang peserta itu keluar dari gelanggang, pastinya akan terdapat darah, peluh dan luka. Jarang perseta yang keluar dalam keadaan bersih sepertimana sebelum mereka masuk ke gelanggang. Jadi, atas sebab itulah seorang artis seni dari Denmark, Nicolai Howalt telah memulakan satu siri projek yang telaha dinamakan 'Boxers', yang mana beliau akan merakam gambar setiap peninju pada sebelum dan selepas mereka bertarung. Kita boleh lihat darah yang mengalir dan wajah kepenatan mereka. Kebanyakan yang telah dirakam beliau adalah masih begitu muda yang mana mungkin sesetengah orang akan merasa terganggu melihat luka-luka darah yang mengalir di muka seorang budak. I don't know what to say, but every photo is raw and artistic. Enjoy!
Skulptur Manipulasi Sayuran Dan Buahan Yang Paling KREATIF
Makan pon sodap!
Seni skulptur sayuran dan buahan yang comel ini dihasilkan oleh Carl Kleiner. Beliau membuat khas skulptur ini untuk kempen iklan IKEA telah meletakkan tahap kekreatifannya ditahap maksimum. Skulptur yang segar dan menarik ini dihasilkan dalam banyak bentuk atau wajah haiwan dan telah difotografikan dihadapan latar belakang yang colourful seterusnya menimbulkan kesegaran sayuran skulptur tersebut. Tetapi, jika ianya dimakan, adalah lebih baik. Enjoy!
Seni skulptur sayuran dan buahan yang comel ini dihasilkan oleh Carl Kleiner. Beliau membuat khas skulptur ini untuk kempen iklan IKEA telah meletakkan tahap kekreatifannya ditahap maksimum. Skulptur yang segar dan menarik ini dihasilkan dalam banyak bentuk atau wajah haiwan dan telah difotografikan dihadapan latar belakang yang colourful seterusnya menimbulkan kesegaran sayuran skulptur tersebut. Tetapi, jika ianya dimakan, adalah lebih baik. Enjoy!
Tuesday, August 23, 2011
Genetic Potraits - Gabungan Dua Wajah Ahli Keluarga Yang Paling COOL
How much do you and your family members really look alike?
Hasil penggambaran yang menarik ini telah dilakukan oleh seorang pereka grafik dan jurugambar, Ulric Collette. Beliau yang berasal dari Canada ini telah mendapat satu idea untuk membuat satu siri gambar genetik bagi meneroka persamaan wajah antara ahli keluarga. Oleh itu, beliau telah memanggil dua orang ahli keluarga, diambil gambar mereka berdua kemudian digabungkan menjadi satu. Hasilnya, tidak banyak perbezaan rupa antara dua ahli keluarga tersebut melainkan yang berbeza hanya penampilan. Dan beliau menamakan siri ini sebagai 'Genetic Potraits'. Enjoy!
Tapak Permainan Di Atas Bumbung Apartment Yang Paling COOL
Menarik tapi menggayatkan
Tapak permainan yang cool ini direka oleh JDS Architects dan telah berada dibeberapa apartmen di Copenhagen. Kawasan ini sememang tempat yang cool untuk sekeluarga chill pada waktu petang atau pada waktu-waktu lain. Terdapat gelongsor, kawasan lapang dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, ianya terletak di atas bumbung yang mana tidak bersesuaian untuk mereka-mereka yang gayat.
Animasi Infografik - Video Tentang Badak Sumbu Yang Paling COOL
This is nice!!
Sumber: coolinfographics
Video yang menarik ini telah dihasilkan oleh Earth-touch. Ianya adalah kesinambungan dari infografik bertajuk sama yang mereka hasilkan terlebih dahulu. Terdapat info-info menarik tentang badak telah diketengahkan bagi meningkatkan kesedaran akan kesengsaraan badak di Afrika. Apapun banyak fakta yang boleh kita dapat dari animasi infografik ini. Enjoy!
Sumber: coolinfographics
Monday, August 22, 2011
Setiap Generasi Perlukan Revolusi Baru (Infographic)
Viva La Revolution!
Mari kita tengok infografik yang menarik ini. Ianya menceritakan setiap ciptaan yang membawa impak besar pada hidup manusia. Pada akhir infografik ini, kita boleh lihat, setiap zaman pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu rekaan baru yang memberi impak besar terhadap kita semua. Well, sekurang-kurangnya aku dapat melalui beberapa revolusi yang telah dinyatakan. Enjoy!
Video Random Oleh Tyler Cullen Yang Paling COOL
Style gila video ini!
Sumber: thisiscolossal
Ya, aku tahu ini adalah slowpoke stuff, tapi aku tak kira. Nak post jugak. Video yang cool ini dihasilkan oleh Tyler Cullen, beliau yang telah bertanya kepada random peoples di New York yang sedang memakai Headphone, apakah lagu yang sedang mereka dengar. Perjalanan, strangers dan kompilasi lagu yang membuatkan video ini menarik. Video ini sangat cool sehingga ramai yang telah berinspirasi darinya untuk membuat video yang lebih kurang sebegini, tetapi versi berlainan. Tak paham maksud aku? Korang tengok je video ni. Enjoy!
Sumber: thisiscolossal
Poster Diperbuat Dari Pecahan Barangan Elektronik Yang Paling KREATIF
poster yang sangat kreatif
Seorang pengarah kesenian, Murilo Melo telah menghasilkan siri poster yang kreatif untuk Companthia Athletica Gyms di Brazil dengan menggunakan pecahan barangan-barangan elektronik seperti televisyen, video game dan komputer. Beliau telah membuat bentuk manusia sedang melakukan senaman ataupun sedang bersukan dengan menggunakan pecahan barangan tersebut. Projek ini mengambil masa selama 4 bulan sebelum siap. Walaupun begitu hasilnya amatlah menakjubkan. Enjoy!
Sunday, August 21, 2011
Skulptur Pelik Oleh Choi Xoo Ang Yang Paling KREATIF
freak creatures you got there
Hasil rekaan pelik oleh Choi Xoo Ang ini sememangnya penuh makna tersirat. Beliau yang berasal dari Korea Selatan telah menggunakan tanah liat polimer untuk menghasilkan skulptur sebegini. Terdapat banyak versi telah dihasilkan olehnya termasuklah arca figura manusia yang tidak boleh bercakap, mendengar atau melihat dan banyak lagi. Anda boleh lihat hasil kreativitinya dengan lebih banyak di SINI dan SINI. Enjoy!
Lukisan Geometri Oleh Jim Denevan Di Pantai California Yang Paling AWESOME
art seeing from the sky
Seorang artis seni pasir yang berpengkalan di Amerika, Jim Denevan, telah menghasilkan rangkaian seni geometri yang gergasi di Pantai California. Beliau yang menggunakan hanya batang-batang kayu dan pencakar, telah mengambil masa berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesebuah lukisan geometri ini di pantai California. Hasil seni yang dilakukannya ini, lebih menarik jika dilihat dari kawasan tinggi kerana ia kebiasaannya berskala besar dan mencecah berkilometer lebar! Walaubagaimanapun, hasil yang hebat ini tidak mampu bertahan lama kerana ia akan terhakis oleh angin dan ombak yang memukul. Apapun, ianya sememangnya amat menakjubkan. Enjoy!
Video Muzik Pecah Mental Dari Jepun Yang Paling DUMBASS
my eyes, orrghhh, my eyes!!
Kalau korang dapat tengok video ini sampai habis tanpa sebarang reaksi, aku respek!
Sumber: youtube via smapfun
Saturday, August 20, 2011
Lukisan Super Realistik Musuh-Musuh Mario Yang Paling AWESOME
i wasted my childhood times to save your princess
Mario adalah sebuah game yang terkenal ketika tahun 90-an dan akhir tahun 80-an. Aku pasti kebanyakan dari kita yang pernah rage kepada musuh-musuh yang terdapat didalam game tersebut kerana membunuh mario kita. Ya, ianya sememangnya sebuah game yang menyeronokkan dan telah membawa impak yang besar kepada industri game pada ketika itu. Oleh sebab itu, seorang artis, Mike Puncekar, telah menghasilkan sebuah siri lukisan yang realistik terhadap watak antagonis yang terdapat didalam game tersebut. Melihat lukisan itu sahaja, sudah pasti membangkitkan semula keghairahan kita terhadap game tersebut. Enjoy!
Fotografi 'Long Exposure' Keretapi Berkelajuan Tinggi Yang Paling AWESOME
This is Awesome!!
Fotografi yang awesome ini telah dirakam oleh Appuru Pai, seorang jurugambar dari Tokyo dengan mengunnakan teknik 'Long Exposure' terhadap aliran keretapi transit berkelajuan tinggi, Yurikmome, yang bergerak melalui Shimbashi dan Toyosu. Fotografi selanjutnya di SINI. Enjoy!
Subscribe to:
Posts (Atom)