nuffnang ads

Tuesday, December 27, 2011

Apakah Persamaan Foo Fighters & Aktiviti Gunung Berapi?

FOO FIGHTERS, U ROCK!!!




Foo Fighters, salah satu band faveret aku. Bila sebut Foo Fighters korang mesti kenal dengan Dave Grohl kan. Tipu lah kalau korang kata tak kenal dengan dia ni. Dia pernah menganggotai sebuah kumpulan Lagenda Grunge, Nirvana sebagai drummer. Itu dulu lah sebelum mendiang Kurt Cobain bunuh diri. Sekarang dia adalah frontman untuk kumpulan Foo Fighters



Baru-baru ni, pada 13 Disember 2011 satu gegaran telah dikesan oleh Stetsen Pemantauan Seismologi Herne Bay dan Eden Park, New Zealand. Gegaran itu dijangka disebabkan oleh aktiviti gunung berapi. Setelah dikaji rupa-rupanya ianya adalah disebabkan oleh sebuah kumpulan rock iaitu Foo Fighters yang sedang mengadakan konsert di situ.

Because He Is A Muslim (Komik)








Monday, December 26, 2011

Mahkota Yang Mengurai










Rambutnya, panjang mengurai, seringkali menutup matanya belah kanan. Lurus, sedikit berwarna perang dan tidak hitam kelam , seakan membaluti kepalanya yang bulat pabila ditiup sepoi angin petang. Rambutnya, pabila berselisih, keharumannya meresap dikalbu, menggamit perasaan yang resah gelisah di hatiku. Rambutnya, tersidai sehingga ke bahu, seakan menjadi perisai kepada dirinya yang halus seperti kapas atau baldu. Rambutnya sentiasa menjadi bahan rintihan dihatiku...








Roller Suit Yang Paling AWESOME!!

Keep rollin' rollin' rollin' rollin' - Limp Bizkit





Kalau dulu time kita kecik-kecik, kite tengok budak-budak main rollerblade je. Itu pn pakai kat kaki je. Tapi sekarang ROLLER SUIT...satu badan pakai tau!! Hebat tak hebatnya lah orang zaman sekarang....So, keep on rolling baby!!!


Jean-Yves Blondeau A.K.A. ROLLERMAN adalah seorang designer yang berasal dari Perancis telah mencipta sebuat suit yang mempuyai 31 roda. Ya, inilah dia pencipta Roller Suit (juga dikenali sebagai Wheel Suit atau Buggy Rollin). Roda-roda pada suit ini diletakkan pada sendi-sendi utama, torso dan belakang badan. Jadi anda boleh anda boleh bergerak dalam pelbagai posisi pada kelajuan sehingga 70 mph (116 km/h) semasa menuruni bukit. Ia juga boleh digunakan diatas apa jua permukaan. 


Pada awalnya, dia mencipta suit ini sebagai projek graduasinya di industrial design school École nationale supérieure des arts appliqués et des métiers d'art atau lebih dikenali sebagai The Olivier de Serres yang terletak di Paris.

Dua daripada suitnya boleh di lihat dalam sebuah filem lakonan Jim Carrey, Yes Man (2008) iaitu di saat kredit filem tersebut. Dia juga membuat kemunculan di sebuah iklan untuk Megapass, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di Korea Selatan. Selain itu, dia juga menyertai dalam Stan Lee's Superhuman TV program

Watak Kartun Membesar Yang Paling COOL

Pernah tak korang tengok kartun seperti Spongebob, Hey Arnold! dan Monster inc? Pernah tak korang bayangkan sekiranya watak-watak kartun tersebut membesar? Bagaimana agaknya rupa mereka kan? So seat back and ENJOY!!!


                                               

 Monster inc - Boo & Mike



Dexter's Laboratory - Dexter

Sunday, December 25, 2011

The Barber & The Client (Komik)








Carta Pai Yang Paling Lucu

Tahukah anda apa itu carta pai? Kalau anda tidak tahu, memang kompom anda tak pernah belajar dan tak suka subjek matematik time kat sekolah dulu. LOL!! Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360°, yang dibahagikan kepada beberapa sektor  mengikut nilai yang diwakilinya. Ianya boleh  menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Tapi carta pai yang ingin aku tunjukkan kat sini tidak memerlukan pengetahuan matematik yang tinggi. Cukuplah sekadar korang ada otak untuk berfikir....SO ENJOY!!!






Lanskap Menarik Diukir Di Atas Buku Yang Paling AWESOME!!

This is awesome!!


Buku-buku terpakai seringkali kita letakkan di dalam rak sebagai tujuan rujukan ataupun simpanan. Tetapi pernahkah anda semua terpikir untuk menghasilkan sesuatu yang menarik terhadap buku-buku tersebut? Bagi seorang pengukir yang mempunyai pengalaman mengukir selama 30 tahun, Guy Laramee, beliau telah mendapat idea untuk menghasilkan ukiran-ukiran menarik ke atas buku-buku terpakai. Sudah berbagai-bagai ukiran telah beliau hasilkan ke atas buku antaranya ukiran bangunan, pentas, gua, gunung-ganang dan berbagai lagi. "Saya telah mengukir lanskap. Dibawah adalah antara dari 'masterpieces' beliau. Enjoy!



Wednesday, December 21, 2011

Sebuah Restoran Arab Saudi Akan Menyaman Pelanggannya Jika Tidak Menghabiskan Makanan Mereka

Saya kelaparan!

Tahukah anda, rakyat Malaysia bazirkan 930 tan makanan sehari. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Bayangkan jika kesemua 930 tan makanan yang kita bazirkan dalam masa sehari tersebut diberikan kepada negara-negara miskin, ianya pasti dapat membasmi masalah kebuluran yang melanda dinegara-negara tersebut.  Pembaziran makanan ini adalah sesuatu perkara yang sering kita lupa kerana kita telah biasa mendapat kesenangan.


Disebabkan terlalu banyak berlaku pembaziran dimerata-rata dunia, sebuah restoran di Arab Saudi, telah mengenakan caj ekstra keatas setiap pelanggan yang memesan makanan berlebihan. Pemilik restoran Marmar, Fahad Al Anezi, berkata ianya sebagai langkah bagi mengelakkan pembaziran makanan dikalangan pelanggannya. Menurut Al Anezi lagi, setiap hari beliau melihat pelanggannya memesan makanan dengan banyak hanya untuk mengagumkan pelanggan-pelanggan lain. Beliau juga berkata idea untuk menyaman makanan lebihan yang tidak dapat dihabiskan oleh pelanggannya juga telah disokong oleh rakyat Arab Saudi.



Keputusan untuk mengenakan saman ini dibuat setelah membaca berita tentang ramai manusia mati akibat kebuluran di Somalia. Hasil yang dikutip dari saman tersebut akan didermakan kepada negara-negara yang mempunyai masalah kebuluran. Moral dari kisah ini adalah elakkan pembaziran kerana ianya salah satu dari amalan syaitan.

Sumber: gulfnews

Kereta Rekaan Paul 'Hot Rod' Stander Yang Paling BADASS

This is the real deal!!

Manusia zaman sekarang banyak melakukan  perkara gila dalam mengubahsuai kereta mereka. Tetapi kebanyakannya tidak segila Paul Stender, 44, yang telah mengimpal sebuah peluru berpandu diatas bumbung kereta beliau.

Beliau yang berasal dari Indianapolis, Amerika Syarikat, telah mengubah kereta Chevrolet 1967 miliknya bersama isterinya Therese, 29, kepada kereta yang berkuasa jet dengan hanya meletakkan hanya sebuah peluru berpandu. Beliau yang meminta pertolongan rakannya dari Indy Boys Inc. Sebuah syarikat yang mana diketahui pakar dalam mengubahsuai kereta biasa kepada kereta terpantas dan terpelik untuk mengubah keretanya. 



Hasilnya, kereta itu boleh memecut sehingga 300 B/jam!  Sebelum ini, kereta tersebut hanya boleh mencapai 100 B/jam. Bukan itu sahaja, peluru berpandu jenis Jet-Impala 67 yang dilekatkan dibumbung kereta itu juga boleh meninggalkan api sehingga 30 kaki ke belakang dan juga meninggalkan gumpalan asap tebal ke udara apabila ia dihidupkan.

Beliau mendapat idea untuk mengubahsuai keretanya itu berdasarkan kisah dongeng yang mana seorang petani telah mengimpal sebuah peluru berpandu keatas keretanya dan kemudian memecut sehingga terbabas menghentam sebuah gunung. Menurut Stander, Jet-Impala ini diciptakan hanya untuk suka-suka, sebagai jenaka didalam sukan permotoran. “kami telah memberi tahu penonton bahawa kami telah menjumpai sebuah enjin pada hari sebelumnya dan membuatnya kelihatan seperti sebuah misil yang terlekat diatas kereta dengan menggunakan tali. Ianya kelihatan seperti ingin meletup!” katanya. Beliau juga berpakaian seperti seorang petani pada hari perlancaran kereta tersebut sebagai lambang kepada kisah dongeng tersebut.



“Duduk didalam kereta dengan peluru berpandu berada betul-betul diatas kepala anda dengan kepulan asap tebal dan api yang menyala, ia sememangnya menakutkan.” Katanya lagi.



Sumber: jalopnik

Puak Asli Memotong Jari Bagi Melambangkan Kesedihan

What the????



Seringkali kita mendengar ritual-ritual pelik yang diamalkan oleh kaum-kaum asli dari seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, bagi kaum asli Dani dari kepulaun Papua, Indonesia, cara untuk mereka meratapi sesebuah kematian adalah dengan memotong sebahagian dari jari-jari mereka.

Bagi ahli puak tersebut, jika terdapat kematian, mereka akan memotong sebahagian dari jari-jari mereka sebagai jalan untuk menunjukkan kesedihan mereka terhadap si mati yang telah pergi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan melumurkan lumpur dan abu-abu ke muka mereka bagi melambangkan kesedihan dan kesakitan yang mereka hadapi.



Kebanyakan yang terlibat dalam ritual pelik ini adalah perempuan ini kerana kesedihan dan kesakitan dari pemergian ahli keluarga mereka lebih dirasai oleh golongan wanita. Mereka percaya, dengan memotong jari-jari mereka, semangat jahat yang menghantui roh si mati akan pergi.



Sebelum upacara memotong dijalankan, jari-jari mereka akan di ikat dengan menggunakan tali selama 30 minit supaya jari-jari yang telah dipotong senang untuk dikeringkan sebelum dibakar dan ditanam ditempat yang suci.



Bagi mereka juga, kesakitan yang dialami dari pemotongan jari mereka melambangkan derita dan kesakitan akibat kehilangan orang yang tersayang. Kebiasaannya, hanya kaum keluarga terdekat yang menjalankan ritual ini. Walaubagaimanapun, ritual ini telah diharamkan oleh kerajaan Indonesia pada beberapa tahun yang lalu.
  

Sumber: odditycentral

Thursday, November 10, 2011

Supermokh Lagenda Bola Sepak Negara


SALUTE TO THE LEGEND!!!




Tanggal  11 Julai 1991, kini genaplah 20 tahun pemergian Lagenda Bola Sepak negara kita , Allahyarham Mokhtar Dahari yang juga dikenali dengan gelaran Supermokh. Beliau banyak mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan bolasepak di rantau Asia khususnya dan peringkat dunia amnya dengan kelincahan dan kepantasannya sebagai seorang penyerang yang amat berbisa dan digeruni oleh barisan pertahanan lawan.



Poster Repost

Same Same but Different


Semua poster ni adalah dari Movie yang berlainan tapi dia punya posing lebih kurang sama je kan?? Tak caye ce tengok la gambar-gambar kat bawah ni....ENJOY!!!



Thursday, October 13, 2011

Manual Beginner Untuk Mutant (Komik)

You Think You Are Different??

Anda mempunyai masalah?? Anda rasa diri anda berbeza?? Jadi manual ini adalah jawapan kepada masalah anda!!! Ini adalah manual untuk mereka yang telah termutasi....Jadi sesiapa yang rasa mereka telah terkena radiasi dan mempunyai ciri-ciri yang unik atau super power sila baca manual ini....Sekian selamat membaca...LOL!!! =DD


3 Tough Questions (Komik)




Dialog-Dialog Pokemon Yang Paling Lucu

LOL!!! :DD

Korang sume pernah tengok anime Pokemon atau main game Pokemon tak? Aku memang pernah la time kecik-kecik dulu. Sanggup pergi CC ni sebab nak main game Pokemon. Ahahaha....Kalau korang pernah, mesti korang tau sebahagian dari dialog-dialog ni.....Enjoy!!! 






Pokemon Versi Super Realistik Yang Paling AWESOME

Bagaimanakah agaknya rupa pokemon jika di dunia sebenar? Kalau nak tengok jom lihat gambar-gambar di bawah!! ENJOY!!!



CUBONE:


GASTLY:


HAUNTER:

Sunday, October 9, 2011

LIFE:Then & Now (Komik)

"Dulu lain, sekarang lain..." - Tan Sri SM Salim

Dulu time kecik-kecik hidup senang je kan...tak banyak masalah nak pikir macam waktu dah besar ni... Tapi kan satu benda aku pelik, waktu kecik-kecik dulu sibuk tak sabar nak jadi besar...bile dah besar baru tau betape best nye time kecik-kecik dulu...ahahaha...ni aku ade nak share komik sikit dengan korang pasal apa yang aku cakap tadi. Ianya dicipta oleh Kevin Corrigan dan Caldwell Tanner. ENJOY!!

Tuesday, October 4, 2011

Mesin Senaman Yang Paling RARE!!

Hey, what's that?!

Senaman itu penting untuk kesihatan. Kalau kita tengok sekarang macam-macam jenis mesin senaman yang ada. Setiapnya mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Tapi korang pernah fikir tak macam mana rupa mesin senaman ratusan tahun dahulu? LET'S CHECK IT OUT!!







Thursday, September 29, 2011

Jubah Mandi Yang Paling KREATIF!!

You look GREAT!! even in the TOILET....



JUBAH MANDI BATMAN



JUBAH MANDI BABY JERUNG



JUBAH MANDI STAR WARS

Tuesday, September 27, 2011

Video Tentang Kebaikan Rasulullah Yang Paling AWESOME!

A MUST WATCH VIDEO!!

Tiada manusia yang semulia Nabi Muhammad SAW. Itu adalah kesimpulan dari video yang meremangkan bulu roma ini. Cakap banyak tak guna, korang tengok jelah video yang meremangkan bulu roma ini. Peace and blessings be upon him.!




Sumber: Youtube via inkofscholars

Game Lumba Lari Yang Paling DUMBASS!!

Run Baby Run!!!


QWOP memang antara game yang paling susah dimana kita perlu mengawal seorang atlet pelumba lari berlari di atas trek dengan mengawal anggota badannya. Hanya kekunci Q,W,O dan P sahaja yang diperlukan untuk mengawal pergerakkan atlet tersebut. Ianya dicipta oleh indipendet game developer Bennet Foddy pada tahun 2008.


Monday, September 26, 2011

Game Tersusah Di Dunia Yang Paling COOL!!

We Dare You To Finish It!!!

Game ni diberi nama The Worlds Hardest Game. Ianya merupakan game jenis flash media yang direka oleh MTV's Addicting Games. Walaupun ianya tidak tersenarai dalam World Guiness Record tapi korang semua boleh cuba main game ni dan kemudian korang boleh nilai sendiri senang atau susahnya game ni.

Game ni boleh dimainkan dalam 3 mode iaitu, easiest, hard dan impossible. Ianya ada 30 level semuanya dan anda boleh mati sebanyak mana yang anda mahu. Jadi pasti ramai yang fikir game ni senang. Tapi belum cuba belum tahu kan? Aku dah try dah. Boleh tahan la susahnya. Ahahahaha!!!! (Padahal aku lepas 5 level je...setakat ni la...mane nanti aku cube boleh pegi lagi jaoh kan?? hehehe...)

Cara nak main game ni simple je. Petak kecil yang berwarna merah itu adalah anda dan anda perlu bergerak dari petak hijau ke petak hijau yang satu lagi. Elakkan dari terlanggar bulat kecil yang berwarna biru dan anda perlu mengambil bulat kecil yang berwarna kuning. Grafik game ni dalam bentuk 2D. Lihat gambar-gambar dibawah: