nuffnang ads
Sunday, December 25, 2011
Carta Pai Yang Paling Lucu
Tahukah anda apa itu carta pai? Kalau anda tidak tahu, memang kompom anda tak pernah belajar dan tak suka subjek matematik time kat sekolah dulu. LOL!! Carta pai merupakan satu bulatan yang bernilai 360°, yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Ianya boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Tapi carta pai yang ingin aku tunjukkan kat sini tidak memerlukan pengetahuan matematik yang tinggi. Cukuplah sekadar korang ada otak untuk berfikir....SO ENJOY!!!
Lanskap Menarik Diukir Di Atas Buku Yang Paling AWESOME!!
This is awesome!!
Buku-buku terpakai seringkali kita letakkan di dalam rak sebagai tujuan rujukan ataupun simpanan. Tetapi pernahkah anda semua terpikir untuk menghasilkan sesuatu yang menarik terhadap buku-buku tersebut? Bagi seorang pengukir yang mempunyai pengalaman mengukir selama 30 tahun, Guy Laramee, beliau telah mendapat idea untuk menghasilkan ukiran-ukiran menarik ke atas buku-buku terpakai. Sudah berbagai-bagai ukiran telah beliau hasilkan ke atas buku antaranya ukiran bangunan, pentas, gua, gunung-ganang dan berbagai lagi. "Saya telah mengukir lanskap. Dibawah adalah antara dari 'masterpieces' beliau. Enjoy!
Wednesday, December 21, 2011
Sebuah Restoran Arab Saudi Akan Menyaman Pelanggannya Jika Tidak Menghabiskan Makanan Mereka
Saya kelaparan!
Sumber: gulfnews
Tahukah anda, rakyat Malaysia bazirkan 930 tan makanan sehari. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Bayangkan jika kesemua 930 tan makanan yang kita bazirkan dalam masa sehari tersebut diberikan kepada negara-negara miskin, ianya pasti dapat membasmi masalah kebuluran yang melanda dinegara-negara tersebut. Pembaziran makanan ini adalah sesuatu perkara yang sering kita lupa kerana kita telah biasa mendapat kesenangan.
Disebabkan terlalu banyak berlaku pembaziran dimerata-rata dunia, sebuah restoran di Arab Saudi, telah mengenakan caj ekstra keatas setiap pelanggan yang memesan makanan berlebihan. Pemilik restoran Marmar, Fahad Al Anezi, berkata ianya sebagai langkah bagi mengelakkan pembaziran makanan dikalangan pelanggannya. Menurut Al Anezi lagi, setiap hari beliau melihat pelanggannya memesan makanan dengan banyak hanya untuk mengagumkan pelanggan-pelanggan lain. Beliau juga berkata idea untuk menyaman makanan lebihan yang tidak dapat dihabiskan oleh pelanggannya juga telah disokong oleh rakyat Arab Saudi.
Keputusan untuk mengenakan saman ini dibuat setelah membaca berita tentang ramai manusia mati akibat kebuluran di Somalia. Hasil yang dikutip dari saman tersebut akan didermakan kepada negara-negara yang mempunyai masalah kebuluran. Moral dari kisah ini adalah elakkan pembaziran kerana ianya salah satu dari amalan syaitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)







