nuffnang ads

Monday, September 12, 2011

Pokok (Wishing Trees) Yang Diselaputi Ribuan Duit Syiling

Apabila pokok menjadi 'tuhan'

Terdapat lebih dari tujuh batang pokok telah dijumpai Gwynedd, UK yang telah diselaputi oleh ribuan duit syiling. Seorang pengurus estet, Meurig Jones telah menyiasat akan pokok-pokok unik tersebut kerana beliau merasa pelik akan kejadian tersebut. Setelah mengetahui perkara sebenar, ianya tidaklah sepelik mana kerana pada tahun 1700 an, penduduk ketika itu mempercayai bahawa dengan menukul duit syiling ke atas pokok tersebut, ianya akan menyembuhkan penyakit. Dan itu yang pelik! Kita dapat lihat ribuan duit syiling yang mewakili ribuan manusia yang mempercayai kepercayaan karut sebegitu. Walaupun begitu, mereka juga mempercayai jika seseorang yang miskin ingin mengambil duit syiling dari pokok-pokok tersebut, mereka pula akan mengalami kesakitan sebagai balasan kejahatan mereka. Dang!




Bentuk Radar Pada Tahun 1920 Yang Paling RARE

How to operate that things?!

1920's Radar




Rekabentuk Radar Masakini



Sumber: buzzfeed

Sunday, September 11, 2011

Rommerz Rabbit Competition - Sebuah Pertandingan Unik Khas Untuk Arnab

Khas untuk peminat arnab yang comel 

Lebih dari lapan puluh ekor arnab telah menyertai pertandingn melompat untuk arnab yang diadakan di Rommerz berdekatan dengan Fulda di Jerman pada 28 ogos lalu. Pertandingan ini telah lima kali diadakan dan mennyediakan 3 kategori iaitu Kategori ringan, berat dan melompat untuk mata setalah melepasi setiap halangan miniatur yang telah disediakan disepanjang laluan pertandingan. Pertandingan ini telah menjadi trend di eropah buat pemilik atau peminat arnab dan pertandingan untuk kejohanan Eropah bakal diadakan pada tahun depan di Switzerland memandangkan ianya mendapat sambutan menggalakkan. Bagi peminat-peminat arnab di Malaysia, bila pulak nak adakan pertandingan macam ni? Boleh kasi arnab korang sosial dan bertenaga sikit. 



Lukisan Diatas Deretan Pensil Yang Paling KREATIF

another creative art made from pencils 

Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melukis diatas kertas, well sememangnya kita melukis atas kertas kan. Ok, nonsense. Tapi pernahkah anda semua melukis di atas pensil? aku yakin memang takda, betul tak? Tapi tidak bagi seorang pelukis yang menggunakan nama pena sebagai Ghostpatrol. Beliau yang berasal dari Melbourne , Australia, telah menghasilkan sebuah siri lukisan yang telah dilukis diatas deretan pensil yang telah disusun rapat. Ianya sememangnya cool dan kreatif! Kalau nak enjoy lebih banyak lukisan sebegini, anda boleh lah ke SINI atau SINI.