nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus

Cuaca pada petang itu tidaklah begitu baik. Sejak dari pagi, hujan turun dengan lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Segala aktiviti yang hassan rancang pada petang ini terpaksa dilupakannya. Dia hanya mampu duduk diatas kerusi batu di beranda rumah sambil melihat hujan yang turun. Dengan ditemani secawan teh panas yang baru dibuat sebentar tadi dan sebuah novel kegemarannya, Hassan bersandar pada dinding rumah dengan harapan hujan akan berhenti turun pada bila-bila masa.
 
Ketika tengah leka membaca novel kegemarannya, hassan terdengar satu suara yang mengganggu kelekaannya.


“hassan! kemari kau. Dimana kamu menghilang?!”

“saya disini abang. Abang mahu apa?”

“Kemari saja kau. Jangan nak berdalih!”

“err, baiklah abang.” 

Hassan bangkit dari kerusinya dan terpaksa meninggalkan novel yang baru dibacanya untuk pergi kearah abangya, hussin. Didalam hatinya, dia sudah tahu apakah yang akan diarahkan oleh abangnya,

“Ya abang, abang mahu apa?”

Hussin tidak terus menjawab pertanyaan adiknya. Hussin memandang adiknya dari atas kebawah. Kemudian dia berkata,

“kau pergi mana tadi? Puas aku memanggil kau. Mengapa tak menjawab?” Tengking hussin.

“Sssaya, saya baca novel tadi, tak perasaan yang abang panggil saya. Maaf.” Jawab hassan terketar-ketar.

“maaf saja kau tahu, perasaan aku kau tak tahu!” gertak hussin sambil menolak adiknya sehingga terjatuh.

Wrestling Trivia

Malam tadi masa lepak-lepak kat kedai kopi, tokey kedai tu pasang gusti WWE. Masa tu take pape nak buat, so tengok jela. Gimik diorang tak pernah bertukar sejak dulu walaupun aku dah lama tak tengok. Aksi dan teknik masih sama, tapi tempat, masa dan penggusti je dah tukar. Hebat camne pun diorang bergusti, bagi saya tu semua gimik dan lakonan semata. Totally bullshit. Tapi malam ni aku teruja nak tau pasal info-info menarik tentang gusti ni. So, ni lah hasil nya:
 
  • Hulk Hogan tidak pernah mengalahkan Jerry Lawler didalam perlawanan gusti.
  • Mr. Kennedy menamakan anjingnya, Austin bersempena penggusti kegemarannya, Stone Cold Steve Austin.
  • WrestleMania terawal diadakan pada Mac 14.
  • Chris Jericho menamakan anaknya bedasarkan watak Ash dari siri the Evil Dead.
  • Hulk Hogan mempunyai kejuaraan terbanyak di WrestleMania dari mana-mana penggusti didalam sejarah WWF/E.
  • Shelton Benjamin pernah melatih Brock Lesnar pada suatu masa di kolejnya.
  • Lagu yang digunakan Undertaker/Flair pada perlawanan WrestleMania-X8 telah digunakan untuk Rene Dupree.
  • Rey Mysterio adalah pelakon tambahan didalam Freddy vs Jason.
  • Rene Dupree adalah juara termuda didalam sejarah WWE. Dia memenangi kejuaraan World Tag Team pada umur 19 tahun. Kedua termuda pula adalah Kenny dari the Spirit Squad yang berumur 20 tahun ketika memenangi kejuaraan.
  • Jake The Snake Roberts tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sepanjang kariernya di WWF.
  • WWE Championship telah bertukar tangan 11 kali pada 1999, menjadikan pertukaran yang paling banyak dalam sejarah. Senarainya ialah:

  1. Mankind-The Rock
  2. The Rock-Mankind
  3. Mankind-The Rock
  4. The Rock-Stone Cold
  5. Stone Cold-Undertaker
  6. Undertaker-Stone Cold
  7. Stone Cold-Mankind
  8. Mankind-HHH
  9. HHH-Vince McMahon
  10. Vince McMahon-HHH
  11. HHH-Big Show

  • Intercontinental Championship telah bertukar tangan 12 kali pada 2001, menjadikannya pertukaran paling banyak dalam sejarah. Pertukaran tersebut berlaku hampir setiap bulan. Senarainya ialah:

  1. ChrisBenoit-ChrisJericho
  2. ChrisJericho-HHH
  3. HHH-Jeff Hardy
  4. Jeff Hardy-HHH
  5. HHH-Kane
  6. Kane-Albert
  7. Albert-Lance Storm
  8. Lance Storm-Edge
  9. Edge-Christian
  10. Christian-Edge
  11. Edge-Test
  12. Test-Edge
sumber: Angelfire

p.s: kehidupan penggusti diluar gelanggang tidaklah seganas mana, macam orang lain jugak.

Interesting Facts All Around The World (Part 6)

Eat This :



  • Lobster dapat hidup selama 100 tahun
  • Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land
  • Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis
  • Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan
  • Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara
  • Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari
  • Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.
  • Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .
  • Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W
  • Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata
  • Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan
  • 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah
  • Coca-Cola dulu berwarna hijau
  • Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit
  • Semua beruang kutub kidal
  • Kelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua
  • Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”
  • Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

Sunday, January 30, 2011

Tanpa cinta ,aku......


Nama saya hisyam. Saya adalah seorang lelaki normal. Saya bekerja sebagai pengarah disebuah syarikat besar di ibu Negara. Gaji yang saya terima agak lumayan. Saya mempunyai sebuah kereta mewah dan sebuah rumah banglo yang besar disebuah tanah mewah dipinggir ibu Negara. Dirumah saya semuanya dihiasi perabot-perabot yang mewah yang mana saya rasa ramai orang tidak mampu memilikinya. Saya mempunyai ramai kawan yang baik terhadap saya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tua mahupun muda, dan kawan saya terdiri dari pelbagai bangsa. Saya juga dianugerahkan oleh Allah tubuh badan yang sihat dan kuat, memiliki wajah yang agak tampan. Tidak keterlaluan juga saya ingin memberitahu yang saya sentiasa berkongsi harta saya dengan insan yang memerlukan dengan kata lain, saya banyak menderma. Pendek kata saya mempunyai segala-gala nya yang manusia didunia ini inginkan.


Saya gembira, saya bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada saya. Saya juga sentiasa menunaikan perintah Allah dan insyaallah, kalau ada masa, saya ingin menunaikan haji. Ini semua saya lakukan semata-mata ingin menunjukkan rasa syukur saya kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberikan. Saya telah menjalani kehidupan sebegini semenjak tamat ijazah sarjana muda di sebuah universiti terkemuka tempatan dengan kepujian. Saya gembira selama ini.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, diri saya ini seperti kosong. seperti tidak mempunyai apa-apa. Saya rasa seperti kehilangan sesuatu ibarat kepingan ‘jigsaw’ yang hilang. Perasaan ini datang secara tiba-tiba. Saya berani bersumpah, bahawa inilah kali pertama terjadi perkara sebegini terjadi terhadap diri saya. Sepanjang masa saya resah, gelisah yang sememang nya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehidupan saya semakin hari, semakin murung. Prestasi kerja saya juga semakin merosot kerana terlalu asyik berfikir, apakah sebenarnya yang terjadi kepada diri saya. Saya juga banyak menghabiskan masa dirumah dan sentiasa termenung. Saya hidup didalam kesunyian walau pun dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan.

Sudah berbagai-bagai cara telah saya lakukan bagi menghilangkan perasaan sebegini. Sudah bermacam-macam orang telah saya temui bagi menyelesaikan masalah saya, tetapi ia tetap mengecewakan. Saya juga telah mengambil cuti beberapa minggu untuk melancong bagi menghilangkan perasaan ini tetapi perasaan ini terus memburuku. Dan ia berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Suatu hari, ketika saya sedang memikirkan nasib saya diatas sofa mewah di ruang tamu rumah saya, saya ternampak sekeping dvd terselit dibawah karpet. Saya curiga, sebelum ini ia tiada. Maka saya pun mengambil dan membelek dvd tersebut. Setelah meramati beberapa lama, kemudian baru saya tersedar bahawa dvd itu sebenarnya sebahagian daripada dvd filem koleksi simpanan saya. Saya temenung, bagaimanakah ia boleh berada disitu sedangkan saya tidak pernah mengalihkannya daripada rak simpanan. Setelah lama merenung cover dvd tersebut. Saya rasa teruja untuk menontonnya kembali. Saya rasa mungkin dengan cara ini saya akan dapat melupakan seketika masalah yang menyelubungi hidup saya.

Setelah memasukkan dvd tersebut didalam dvd player, saya bersandar diatas sofa dan bersedia untuk menontonnya tanpa menyedari 2 jam berikutnya bakal merubah hidup saya.

Setelah tamat filem tersebut. Saya termenung. Saya temenung panjang, seketika kemudian saya menangis, saya menangis sepuas-puasnya. Saya bersyukur kepada Allah, kerana telah memberi petunjuk kepada saya akan penyelesaian segala masalah yang telah saya alami. Dengan linangan air mata, saya menyedari akan apa yang telah menyebabkan diri saya ini kosong, resah, gelisah dan segala kesukaran yang menyeliputi hidup saya selama ini. Melalui filem tersebut, saya telah menyedari bahawa dengan segala kekayaan dan keseronokan yang saya miliki selama ini tidak seiring dengan tuntutan jiwa saya. Tuntutan nafsu saya. Ianya satu perasaan yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai nikmat kepada seluruh manusia sejak sekian lama, dan saya tidak memilikinya. Dan perasaan cinta itu ialah perasaan CINTA!

Selama ini saya terlalu sibuk dengan kerja dan kehidupan saya sehinga telah melupakan perasaan tersebut. Saya seringkali menolak perasaan tersebut daripada memiliki hati saya. Sepertimana saya menolak dan menghancurkan perasan beberapa orang wanita yang ingin memiliki hati saya atas alasan sibuk bekerja. Walaupun saya tahu mereka benar-benar cintakan kan saya, inginkan jiwa saya untuk dikasihi dan bukan kerana harta yang saya miliki. Saya telah sakiti mereka, menghancurkan perasaan mereka. Ya Allah, mungkinkah ini balasan Mu terhadap ku yang telah berlaku kejam tehadap hamba mu yang ikhlas? Sesungguhnya aku telah menolak fitrah yang dikurnia kan oleh Mu terhadap semua makhluk yang bergelar manusia. Pada malam itu saya menangis sepuas-puasnya atas kebodohan ku yang hanya mengejar kekayaan dan kejayaan tanpa menyedari bahawa semua itu tidak akan bererti jika tidak diiringi dengan cinta yang sejati.

3 tahun berlalu….

Sekarang kehidupan saya semakin baik. Saya juga telah membuka sebuah restoran di KLCC dan mempunyai beberapa cawangan diseluruh Negara. Alhamdulillah, ini semua atas berkat usaha saya dan isteri saya. Ya, sekarang saya telah berkahwin dengan seorang insan yang sangat saya cintai, dan pernah saya hancurkan hatinya suatu ketika dahulu. Saya begitu bahagia hidup dengannya. Segala kekayaan yang saya miliki menjadi semakin bermakna apabila bersamanya. Saya juga telah mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel dan sedang menunggu kehadiran seorang lagi cahaya mata yang sedang dikandung oleh isteri saya. Dan saya tidak akan sekali-kali menyakiti perasaan nya.

Sekarang baru saya sedar, bahawa harta semata-mata tidak dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup tanpa kehadiran cinta sejati. Lebih tepat lagi cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta yang terlarang akan membuatkan kita semua semakin merana. Cinta juga tidak akan dapat dinikmati jika hanya kerana nafsu semata. Allah telah menjadikan kita berpasang–pasangan dan dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Dia telah menjadikan cinta sebagai satu nikmat kepada manusia untuk berkasih sayang dan bersyukur kepadaNya dengan syarat kita berada di landasan yang telah ditetapkannya. Ingat, jangan sesekali anda menolak cinta kerana ingin mengejar kekayaan dan membina nama semata kerana kelak anda pasti akan merana. Sekian.


p.s: Dapat ilham lepas tengok cerita ‘Eat Pray Love’