nuffnang ads

Friday, March 22, 2013

Kursus Di Universiti Yang Paling DUMBASS!!!

Entri ini adalah khas kepada budak-budak yang baru lepas SPM. Lepas ni mesti korang ada terpikir untuk sambung belajar bukan? Samada menyambung di IPTA, IPTS, Form 6 ataupun mana-mana institusi pengajian. Oh ya, sebelum itu, TAHNIAH kepada yang mendapat STRAIGHT A's!!! Harap dapat meneruskan kecemerlangan di masa akan-akan datang juga supaya dapat berbakti dan berjasa kepda negara, bangsa dan agama kelak. Yang dapat result suam-suam kuku pun jangan berputus asa OK? Perjalanan anda masih jauh serta perlu diteruskan dan insyaallah peluang itu akan ada. Masing-masing punya rezeki sendiri.


Kepada sesiapa yang dah isi borang UPU dan rasa kursus-kursus yang ditawarkan tidak menarik perhatian anda, anda boleh terus skrol ke bawah dan melihat kursus di universiti yang agak pelik ini. Mungkin anda berminat mungkin tidak. Sekiranya anda berminat, pandai-pandai la cari jalan sendiri ye? Hehehehe... Malas nak cakap lebih-lebih, selera masing-masing. Rambut sahaja sama hitam, tapi hati lain-lain. Apa-apa pun ENJOY!!! =)

Thursday, March 21, 2013

Teka-Teki Pembinaan Piramid

How???!! 



Telah lama para ilmuwan bingung dan hairan bagaimanakah cara sebuah piramid dibina. Ini kerana teknologi yang digunakan untuk mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini? Adakah mereka mendapatkan bantuan dari makhluk asing dari angkasa lepas ataupun mendapatkan bantuan daripada jin? Akhbar America Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid. 

Wednesday, March 20, 2013

Sungai Terjernih Di Dunia

Cry Me a River - Justin Timberlake

Sekiranya anda pernah melihat keadaan air di Sungai Klang, memang begitu jauh bezanya. Orang kata "Jauh Panggang Dari Api", "Ibarat Langit dan Bumi". Begitulah kata pujangga yang dapat aku ungkapkan. Sungai Verzasca itulah namanya. Sungai yang terletak di Switzerland ini cukup terkenal dengan keindahan dan kejernihan air sungainya. Ia mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Mangiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping. Jadi siapa yang agak-agak ada duit, bolehlah pergi ke sungai ini. Kalau tak, tengok je lah kat blog ni ye. Hehehehe... =P


Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Berwarna Hijau?

"Sometimes the Questions are Complicated and the Answers are Simple" - Dr. Seuss



Biasanya kita tengok kat hospital dan dalam TV, doktor bedah mesti pakai baju warna hijau kan...agaknya kenapa warna hijau? Kenapa tak warna ungu ke? Putih-putih melati ke? Merah-merah delima ke? Hmm....cuba anda fikirkan kenapa? Pasti ada sebabnya yang tidak kita ketahui.