nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

penduduk maya yang hidup 2,000 tahun dahulu mempunyai teknologi seperti NASA?





Tiga buah buku masyarakat Maya yang kita ada pada hari ini dikenali sebagai Maya Codices dan mengandungi maklumat penting berkaitan kehidupan dan pengetahuan astronomi mereka. Daripada ketiganya – Madrid Codex, Paris Codex dan Dresden Codex – yang terakhir merupakan buku penting yang menunjukkan pengetahuan astronomi mendalam mereka. Mereka juga memiliki sistem penulisan yang amat kompleks, yang hanya kurang daripada 30% telah ditafsir. Namun ini sudah mencukupi untuk membuktikan kemajuan sains yang mereka miliki.

Sebagai contoh, halaman 11 Dresden Codex mengandungi informasi tentang planet Venus. Penduduk Maya telah mengira tahun Venus yang mempunyai 583.92 hari, dan membundarkannya kepada 584 hari. Sebagai tambahan, mereka juga menghasilkan lukisan kitaran planet itu sejak ribuan tahun. Dua halaman lain pula mengandungi maklumat tentang planet Marikh, empat lagi berkenaan planet Jupiter dan satelitnya, dan lapan halaman tentang bulan, Merkuri dan Saturn, menjelaskan pengiraan sukar tentang orbit-orbit planet di sekeliling matahari, hubungan di antara mereka, dan kaitannya dengan bumi.

Ketepatan ilmu astronomi masyarakat Maya telah membolehkan mereka untuk menentukan bahawa satu hari perlu ditolak dari orbit Venus setiap 6,000 tahun. Bagaimanakah mereka mendapat maklumat sedemikian? Ini masih lagi diperdebat di kalangan ahli astronomi, ahli arkeologi dan ahli kaji sifat fizikal bintang dan planet. Hari ini, pengiraan kompleks sebegitu dibuat dengan bantuan teknologi komputer. Saintis-saintis mempelajari ruang angkasa dari di dalam balai cerap yang dilengkapi dengan segala macam perkakasan elekrik dan teknikal. Namun, masyarakat Maya telah mendapat ilmu mereka 2,000 tahun sebelum teknologi terkini dicipta. Ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang daripada primitif kepada keadaan lebih maju. Ramai penduduk masa lampau memiliki kemajuan peradaban seperti masyarakat hari ini, bahkan kadang-kala lebih baik. Kebanyakan komuniti hari ini belum lagi mencapai tahap yang dipunyai oleh masyarakat terdahulu.
 
 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

p.s: ada juga yang mengatakan bahawa penduduk maya menggunakan teknologi makhluk asing.wallahua’lam.


Bateri telah digunakan sejak 2000 tahun dahulu?!






Dalam tahun 1938, seorang ahli arkeologi Jerman, Wilhelm König menemui satu objek seakan pasu yang kini dikenali sebagai ‘Bateri Baghdad’. Tetapi bagaimana diketahui bahawa objek ini, lebih kurang 2,000 tahun dulu, telah digunakan sebagai bateri? Belanga tembikar yang diselaputi aspal dan bitumen ini mengandungi silinder tembaga. Bahagian bawah silinder ini dilapisi cakera tembaga. Penutup aspal memegang rod besi di tengahnya yang diunjurkan ke dalam silinder, tanpa ada sebarang tindakbalas.

Jika belanga ini diisi dengan elektrolit, hasilnya adalah satu bateri yang menghasilkan elektrik. Fenomena ini dikenali sebagai tindakbalas elektrokimia, dan tidak jauh bezanya dengan cara bateri hari ini berfungsi. Sewaktu ujikaji, antara 1.5 dan 2 volt elektrik dijana oleh beberapa binaan semula yang berdasarkan Bateri Baghdad.
Ini mewujudkan satu persoalan penting: Apakah kegunaan bateri 2,000 tahun dahulu? Oleh kerana bateri seperti itu wujud, maka jelas bahawa pasti terdapat alat dan perkakas yang menggunakannya. Ini sekali lagi membuktikan bahawa masyarakat yang hidup 2,000 tahun dahulu telah memiliki teknologi yang lebih maju – dan sebagai tambahan, taraf kehidupan – berbanding dengan apa yang dibayangkan sebelum ini.

  
petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)


p.s: Wondering? Wujudkah pusat snooker pada 2,000 tahun dulu? nah, nevermind

Kanta yang pertama didunia



Penemuan yang dibuat pada tahun 1850 oleh seorang ahli arkeologi, Sir John Layard, telah menimbulkan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang pertama kali menggunakan kanta? Semasa dalam siri penggalian di kawasan yang kini dikenali sebagai Iraq, Layard menemui sekeping lensa yang berusia 3,000 tahun. 

Serpihan itu yang kini dipamerkan di Muzium British membuktikan bahawa kanta pertama kali telah digunakan di zaman masyarakat Assyria. Berdasarkan pendapat Profesor Giovanni Pettinato dari Universiti Rom, kanta seperti batu Kristal itu adalah penemuan penting yang dapat menyingkap sejarah sains – juga mampu menjelaskan mengapa masyarakat Assyria purba mengetahui terlalu banyak tentang astronomi sehinggakan berjaya menemui planet Saturn dan lingkaran yang mengelilinginya. 

Sehingga tahap mana lensa ini dibangunkan? Jawapannya mungkin boleh diperdebatkan, tetapi amat jelas bahawa tidak semua komuniti purba hidup serba kekurangan, seperti yang didakwa oleh saintis evolusionis. Mereka memanfaatkan sains dan teknologi, membina tamadun gemilang dan menjalani gaya hidup yang maju. Hanya sedikit informasi tentang kehidupan seharian mereka yang ditinggalkan kepada kita hari ini, tetapi secara praktikalnya kita tahu bahawa tiada satu pun masyarakat dulu kala yang menempuhi evolusi.

Sumber: Harun yahya

p.s: Apa yang penting, penemuan ini adalah amat berguna didalam kehidupan seharian kita.

GUNUNG – GANANG BERGERAK SEPANJANG MASA?





Dalam sebaris ayat di dalam Al Qur’an, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.

“Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan” .(Surah an-Naml;88.)

Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.


Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.

Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.

Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;

Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.

Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.

Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an sejak lama dahulu.

 Sumber: Harun Yahya

p.s: agaknya,kalau kita boleh nampak gunung-gunung bergerak,apakah yang kita rasa?