Monday, December 24, 2012

The Deadliest Question

The fear of death follows from the fear of life. A man who lives fully is prepared to die at any time. - Mark Twain


Dia selalu ingin tahu apakah yang akan terjadi selepas dia mati. Adakah benar kehidupan selepas mati? Atau dunia hanya akan menjadi gelap gelita? Dia sama sekali tidak takut akan kematian. Ketakutan itu hanyalah cebisan kecil dari rasa ingin tahunya.

20 tahun lebih hidupnya dihabiskan dengan hanya tertanya-tanya. Pertanyaan dan tekaan yang hanya akan terjawab apabila kematian tiba. Pertanyaan yang sering berlegar disetiap ruang fikiran manusia yang sedar. Sedar akan dunia ini hanyalah sementara. Akan tetapi dia hanyalah tergolong dari golongan minoriti. Manusia zaman kini sememangnya telah terlupa. Hanyut dalam keseronokan sementara. Setiap kali dia melihat senyuman dan ketawa yang terukir dari bibir bibir mereka yang fana, dia akan tertanya tanya, “tidak kah mereka sedar bahawa setiap detik yang berlalu membawa mereka selangkah kepada kematian?” “tidakkah mereka tertanya Tanya apakah yang akan berlaku selepas itu?” pertanyaan itu masih tidak terjawab dan mungkin tidak akan terjawab.

Memikirkan hidup itu singkat, sesingkat setiap saat yang berlalu, membuatkan dia tidak sempat untuk tersenyum ataupun ketawa. Tidak sempat untuk berkawan atau bersosial malah tidak sempat untuk melakukan apa apa. Dia sudah pun lupa bilakah masanya datang pertanyaan ini. Bilakah dia mula berfikir secara berat akannya. tapi apa yang pasti, semenjak dari tibanya saat itu, sekolah itu hanya satu pembaziran masa, duit hanyalah tipu daya dunia, kehidupan bersosial hanyalah sia sia, dunia ini seakan tiada makna! Apakah fungsi hidup manusia yang singkat ini? Kenapa wujudnya manusia? Kenapa wujudnya waktu itu ? Kenapa dia sendiri perlu wujud?!

Thursday, December 20, 2012

Just Another Night.....


"The only thing necessary for the triumph of evil is for the good men to do nothing" - Edmund Burke

Angin sejuk menghembus belakang badannya..hembusan dingin malam yang masuk melalui tingkap separuh terbuka itu sangat menyamankan dan pada masa yang sama menegakkan bulu romanya..Beliau tersenyum puas..bilik yang terasa hangat itu kembali menyegarkan. Bau bauan yang ghairah sudah semakin pudar dibilas kesejukan..peluh yang sedari tadi mengalir di dahi dan di belakang badannya sudah mengalir habis sehingga ke peha.. tangan halus yang hangat masih memeluk erat tubuh tegap si lelaki..bilik yang gelap gelita itu secara perlahan lahan diterangi oleh cahaya neon dari luar  menampakkan secara samar ruang yang sempit itu.. bilik yang sekian lama berdebu kini telah dinodai kesejukannya..kehangatan kembali menjengah..

Sambil membelai rambut lurus gadis comel yang baru seminggu dikenalinya itu, otaknya ligat berpusing..entah apa yang difikirkannya..keseronokan sementara atau masalah dunia, dia sendiri buntu,berkali kali..ditatapnya sepasang mata yang kelihatan berkilau di dalam bilik gelap tersebut, senyuman masih belum luput dibibirnya..dua pasang mata kini sedang bertatapan antara satu sama lain..dua pasang tangan, kiri dan kanan, merangkul  badan masing-masing..dada bertemu dada, kaki bersilang diantara kaki..beeratan didalam kelam dan dingin malam yang baru menjengah..

Monday, December 17, 2012

Mysterious Quest


“Sometimes questions are complicated and the answers are simple.” Dr. Seuss

Cinta..

Apakah itu cinta. Cinta yang dikejar,diidam,dibenci,dikagumi,dinikmati oleh manusia? Adakah ianya hanya sebuah perkataan kosong? Ataupun adakah ianya mempunyai makna tersendiri? Yang hanya orang yang tertentu mengetahuinya? Cinta berada dimana? Dari manakah ia datang? ianya datang secara tiba tiba atau kita perlu mencarinya? Adakah cinta itu sesuatu perkara yang boleh dibina atau direka? Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sejati? Wujudkah cinta itu sebenarnya ataupun ianya hanya sekadar gurauan? Adakah ianya sekadar rekaan? Tak keterlaluan, penipuan?

Keliru..

Mengapa manusia begitu mengaggumi cinta? Apakah yang terdapat pada konsonan C.I.N.T.A sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja? Mengangis kerananya, gembira kerananya, berduka kerananya dan bersumpah kerananya.. adakah mereka tahu apakah maksud dan erti cinta sebenarnya? Dari mana asal usul cinta ini sehingga ianya begitu sinonim dengan manusia? Adakah dengan mengenali seseorang dari berlawan jantina boleh mencetuskan cinta? Adakah cinta itu satu jenis rasa? Atau satu jenis kegilaan?

Sunday, December 16, 2012

Kosong


Petang yang indah.

Seperti hari indah yang lain, petang ini masih tiada yang istimewa. Masih tidak terkeluar dari ulangan hari yang lain. Taman tasik yang berada di pinngir bandar itu masih dipenuhi oleh manusia manusia yang ingin menikmati keindahan alam, ada juga ingin berlari lari anak mengelilingi tasik yang separa bulat itu, dan ada juga mahu memecut laju. Tidak kurang juga manusia yang mahu meluangkan masa bersama keluarga, kekasih dan kawan kawan, meratah permandangan tasik indah bekas tinggalan lombong bijih timah. Dari kebanyakan ragam manusia manusia tersebut, terdapat lah aku berdiri di di hadapan pintu masuk ke tasik tersebut, mengikuti sebilangan gelagat manusia yang mahu memerhati kan gelagat manusia yang lain. Satu serpihan gelagat yang kecil dikalangan gelagat ‘stereotype’ yang lain.

Berpakaian kasual , berbaju T-shirt hitam yang terdapat tulisan yang menggunakan font ‘Avatar’ di bahagian hadapan yang tertulis, “Believe” dan kosong dibahagian belakang. Berseluar jeans biru lusuh yang menyapu jalan, berselipar hijau gelap dan tergantung sebuah kamera digital di pangkal leher. Berambut kusut masai dan berbekalkan muka yang sedikit masam, dengan sekali pandang, setiap manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tentu dapat mengagak bahawa aku ke tasik itu bukan untuk ber’jogging’. Mata mata mereka pastinya memandang tepat ke arah aku kerana aku berpakaian lain dari mereka.

Tanpa memperdulikan mereka semua, aku berdiri di belakang batang besi penghalang yang melengkung di pintu masuk tersebut sambil tersenyum, walaupun tasik tersebut tidak mempunyai pagar yang menutup seluruh kawasan , tetapi ditempat aku berdiri itulah laluan masuk utama untuk tasik itu. Sambil menarik nafas yang panjang, aku menuruni anak tangga yang terhidang di depan aku dengan langkahan yang tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan tetapi dengan langkahan yang yakin. Yakin akan perjalanan yang panjang bakal dilalui sebentar lagi.

Harap semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Yang sebenarnya, tujuan asal aku ke tasik tersebut adalah untuk menyiapkan satu lagi assignment yang telah diberikan oleh pensyarah berkenaan dengan kehidupan manusia. Jadi untuk memudahkan kerja, aku pilih, ‘gelagat manusia ketika jogging’. Walaupun aku tahu pemilihan tajuk yang aku buat mungkin tidak begitu akademik, tetapi itulah cara yang paling mudah untuk aku menyiapkannya tambahan pula ‘deadline’ hanya tinggal lagi 2 hari! Jadi, begitulah ceritanya bagaimana aku disini.

Di tasik yang telah berusia hampir 80 tahun itu, telah diturap disekeliling tasik tersebut dengan tar berkelebaran 2 meter, menyusuri keseluruhan tasik sebagai trek larian atau trek pejalan kaki. Di sekeliling tasik tersebut juga terdapat puluhan kerusi batu yang disusun dikiri dan kanan tasik tersebut. Semuanya disusun selang seli di setiap 100 meter pertama dan 150 meter yang terakhir. Dan pada petang ini, kesemuanya telah diduduki! Terdapat juga empat  buah pondok kecil disediakan oleh pihak berkuasa, sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bagi yang bekeluarga. 4 pondok tersusun didalam geometri yang sama di 4 penjuru tasik tersebut walaupun tasik itu bukan bersegi empat. Seperti tidak mahu ketinggalan sama seperti tasik tasik tipikal lain,  di tasik itu juga dipasang mekanisme besi yang digunakan oleh pelari untuk merenggangkan otot dan tak kurang juga digunakan oleh manusia lain untuk dijadikan tempat bergambar dan kemudian diuploadnya mereka mereka ini di facebook atau instagram atau mana-mana lamanwebsosial yang lain. Sigh! Dan bagi mengvariasikan lagi tasik tersebut supaya setiap peringkat umur hadir bagi memeriahkan tasik tersebut, disediakan juga ‘playground’ lengkap dengan semua permainan kanak-kanak. Tasik ini adalah laman sesuai untuk manusia melakukan berbagai aktiviti sebelum waktu malam tiba. Dan sekarang, berdiri nya aku di tengah trek larian di titik permulaan tasik tersebut sambil memandang kiri dan kanan dengan mata yang figuratif.  seterusnya memulakan langkahan menuju kearah kanan, ke arah puluhan manusia yang bersantai dikiri dan kanan trek. Perfect spot!

Untuk memerhatikan gelagat manusia , observasi yang menyeluruh dan teliti amat diperlukan. Ini kerana dengan observasi tajam, kita dapat mengenali dan mengetahui sebahagian (kalau tidak keseluruhan) dari personaliti seseorang. Sebahagian besar manusia hanya melihat apa yang mereka ingin lihat, mereka hampir tidak dapat melihat keseluruhan perkara yang ada didepan mata mereka dan dengan sebab itu mereka sering tertipu, tertipu dengan pandangan terhad mereka sendiri.
  
Tetapi semua itu memerlukan latihan dan perngetahuan yang tinggi dan aku berusaha kearah itu. Jadi untuk mempertajamkan lagi skil pemerhatian aku, petang ini merupakan waktu yang sesuai untuk menggunakan sepasang mata dan seketul otak yang berharga ini.  Atas sebab observasi ini lah aku mengambil keputusan dalam masa yang singkat untuk melangkah ke kanan. Kerana kanan lebih ‘hidup’ dari kiri yang ‘pitam’. Kanan lebih ‘terang’ dari kiri yang ‘suram’. Kanan  lebih ‘bersuara’ dari kiri yang ‘pemalu’. Kerana kanan lebih ‘remaja’ dari kiri yang dipenuhi ‘keluarga’.

Ya, aku lebih selesa memerhatikan gelagat remaja kerana mereka senang untuk didekati dan ada dimana mana dan disetiap masa. Walaupun begitu, mereka sangat senang di’baca’. Tidak seperti keluarga. Setiap ahlinya membawa emosi, perasaan dan rahsia yang berbeza baik bagi anak lelaki dan perempuan, ibu dan semestinya bapa.  Faktor ‘deadline’ yang semakin mencekik juga membuatkan aku  memilih ‘remaja’ pada petang ini.

Aku teruskan langkahan sambil mencampak jauh pandangan yang luas terhidang ke seratus meter kehadapan. Terdapat seribu cerita disebalik puluhan muka. Aku tersenyum. Kerja petang ini pasti jadi lebih mudah!


Sunday, December 2, 2012

Neraca Zalim


1. Tompok tompok hitam dan tompok tompok putih. Seringkali aku terfikir, bilakah akan ada tompok tompok berwarna warni dalam hitam putih hidup aku?Aku yakin tuhan itu maha adil!


2. Timbangan ditangan aku sentiasa memberati kiri. kanan seakan akan luasnya lautan biru. Tangan kecil aku hampir tak mampu untuk melayan kanan ,sentiasa dibayangi  kiri yang sering menjadi tumpuan.  Aku berjanji akan habiskan seluruh hidup aku untuk mengimbangi pertimbangan itu!


3. Kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang. Disebut seiringan walaupun jauh berbeza. Jangan khuatir wahai sahabat, setiap penciptaan diciptakan ber'pasangan'..Kadangkala didepan, kadangkala dibelakang. Yang pasti, setiap manusia akan merasai setiap 'pasangan' itu!

Saturday, December 1, 2012

Those shadows!


Seorang budak lelaki berpakaian selekeh duduk diatas kerusi batu, dibawah pohon redang ditepi sungai sambil memeluk pehanya dan merehatkan dagu ke tempurung lututnya. Rambutnya sederhana panjang, tidak terurus, merenung jauh kearah sungai yang deras mengalir.

Di kiri dan kanannya terdapat berbagai ragam manusia. Ada yang sedang bergelak ketawa bersama rakan, ada pasangan kekasih yang berjalan sambil berpimpingan tangan menyusuri sungai yang keruh, ada juga yang bersantai bersama keluarga dan ada juga yang sedang membaca buku.

Semua itu dihiraukan begitu sahaja. Hanya dia sahaja yang berada disitu.Petang yang indah dihiasi dengan kicauan burung berterbangan ibarat hari mendung yang suram baginya.

Terdapat seribu satu perasaan tergambar melalui matanya. Semua kehidupan berlalu pergi disekelilingnya, tetapi dia masih disitu.

Keseorangan dihimpit keriuhan. Masalah lalu datang menjengah, mehidupan sosial hanya tinggal kenangan, kenangan pahit untuk dihadam. Entah apa dinikmati dan entah apa yang dihadapi, hanya dia dan tuhannya sahaja yang tahu. Dia terus kaku begitu, sampai bila bila.

Dialah bayangan yang menghantui fikiran, dialah bayangan semua orang!

Bingung!


Manusia lalu lalang melintasi aku, aku duduk tak berganjak menyaksikan mereka berlalu. Entah apa yang berada difikiran ku pada masa itu. Memandang kesemuanya tanpa perasaan.

15 minit berlalu, perasaan yang kosong itu mula diganggu oleh seorang gadis bertudung litup. Baru sebentar melintasi, terus aku menoleh ke arahnya. Aku tenung dalam-dalam susuk tubuh yang ramping itu. Entah apa yang istimewa akan gadis tersebut. Berkulit cerah dan gebu, Bertudung litup berwarna merah, berbaju blaus labuh hingga ke buku lali, berkasut tumit tinggi dan memeluk erat tas tangan berjenama. Jalannya lagak seperti wanita bekerjaya. Bagi orang lain, mungkin itulah ‘stereotype’ wanita moden, tetapi entah bagaimana beliaulah yang menangkap khayal aku sedangkan beratus wanita lain juga melintasi permandangan aku.

Mungkin terbayangkan dialah gadisku atau mungkin mengenangkan satu lagi realiti yang menyedihkan? Bergaul perasaan di akal fikiran. Aku terus menggeleng kepala, memusnahkan angan harian. 

Hidup perlu diteruskan kembali!