“Sometimes
questions are complicated and the answers are simple.” Dr. Seuss
Cinta..
Apakah
itu cinta. Cinta yang dikejar,diidam,dibenci,dikagumi,dinikmati oleh manusia?
Adakah ianya hanya sebuah perkataan kosong? Ataupun adakah ianya mempunyai
makna tersendiri? Yang hanya orang yang tertentu mengetahuinya? Cinta berada
dimana? Dari manakah ia datang? ianya datang secara tiba tiba atau kita perlu
mencarinya? Adakah cinta itu sesuatu perkara yang boleh dibina atau direka?
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sejati? Wujudkah cinta itu sebenarnya
ataupun ianya hanya sekadar gurauan? Adakah ianya sekadar rekaan? Tak
keterlaluan, penipuan?
Keliru..
Mengapa
manusia begitu mengaggumi cinta? Apakah yang terdapat pada konsonan C.I.N.T.A sehingga
manusia sanggup melakukan apa sahaja? Mengangis kerananya, gembira kerananya,
berduka kerananya dan bersumpah kerananya.. adakah mereka tahu apakah maksud
dan erti cinta sebenarnya? Dari mana asal usul cinta ini sehingga ianya begitu
sinonim dengan manusia? Adakah dengan mengenali seseorang dari berlawan jantina
boleh mencetuskan cinta? Adakah cinta itu satu jenis rasa? Atau satu jenis
kegilaan?
Sekali
terjebak dengan cinta, bolehkah kita lari daripadanya? Mengapa dikatakan cinta
begitu kejam sedangkan pada masa yang sama ianya teramat manis? Apakah hebatnya
cinta sehingga banyak karya lagu, filem dan segala seni yang lain terilham dari
perkataan itu? Adakah ianya satu perbuatan magis? Jenayah yang tak terkira
disebabkan cinta tidak menghentikan manusia mencari dan mengaguminya, mengapa?
Mengapa?
Tidak
adil!
Mengapa
degupan jantungku seperti tidak seiringan ketika ku melihat mu? Mengapa diriku
berasa resah apabila berada bersama mu? Mengapa diriku perlu gelisah ketika
ketiadaan kamu? Kenapa personalitiku yang biasa berubah kepada kelam kabut
ketika berbicara denganmu? Mengapa aku menjadi seperti orang yang bodoh ketika
berhadapan mu? Kenapa ku teringat kan senyum mu, bau mu, gelagat mu, mengapa
perlu ingat kan kau sama sekali? Mengapa
diri ini perlu sentiasa merasai kehadiran mu sedangkan kehadiran mu didalam
hidupku cuma seketika? Mengapa aku rasa
suatu kuasa yang tidak terkawal hadir dari dalam perasaan ketika kamu dalam
keadaan bersedih? Mengapa timbul rasa sayu? Mengapa timbul rasa ingin memelihara
kamu dari bahaya dan masalah sedangkan kamu bukanlah sesiapa bagiku melainkan hanya
kenalan? Mengapa perasan ini perlu hadir ? mengapa perlu hadir berkali kali?
Mengapa perasaan ini hadir hanya untukmu? Mengapa?
Dimana
keadilan?
Aku
tidak mengingini perasaan ini.. ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepadaku
melainkan hanya duka. Mengapa perlu aku yang merasainya? Adakah perlu perasaan
ini didalam diri aku? Adakah orang lain merasai seperti apa yang aku rasakan
sekarang? Dapatkah mereka merasai penderitaan jiwa yang ku rasakan ini? Apakah
yang perlu aku lakukan untuk menghilangkan rasa yang bercampur baur ini?
Bagaimanakah caranya untuk aku membuang perasaan gila ini? Ianya sangat rumit!
Ianya membunuh aku! sedih, gembira, takut dan marah bersatu dalam satu
masa..tidakkah ia pelik?
Adakah
itu cinta?
Aku
telah mencarinya untuk seribu tahun dan aku mungkin perlu menunggunya untuk
seribu tahun lagi.
No comments:
Post a Comment