Thursday, December 20, 2012

Just Another Night.....


"The only thing necessary for the triumph of evil is for the good men to do nothing" - Edmund Burke

Angin sejuk menghembus belakang badannya..hembusan dingin malam yang masuk melalui tingkap separuh terbuka itu sangat menyamankan dan pada masa yang sama menegakkan bulu romanya..Beliau tersenyum puas..bilik yang terasa hangat itu kembali menyegarkan. Bau bauan yang ghairah sudah semakin pudar dibilas kesejukan..peluh yang sedari tadi mengalir di dahi dan di belakang badannya sudah mengalir habis sehingga ke peha.. tangan halus yang hangat masih memeluk erat tubuh tegap si lelaki..bilik yang gelap gelita itu secara perlahan lahan diterangi oleh cahaya neon dari luar  menampakkan secara samar ruang yang sempit itu.. bilik yang sekian lama berdebu kini telah dinodai kesejukannya..kehangatan kembali menjengah..

Sambil membelai rambut lurus gadis comel yang baru seminggu dikenalinya itu, otaknya ligat berpusing..entah apa yang difikirkannya..keseronokan sementara atau masalah dunia, dia sendiri buntu,berkali kali..ditatapnya sepasang mata yang kelihatan berkilau di dalam bilik gelap tersebut, senyuman masih belum luput dibibirnya..dua pasang mata kini sedang bertatapan antara satu sama lain..dua pasang tangan, kiri dan kanan, merangkul  badan masing-masing..dada bertemu dada, kaki bersilang diantara kaki..beeratan didalam kelam dan dingin malam yang baru menjengah..

15 minit disangkakan seperti selamanya, penat dan puas bercampur aduk..pertarungan yang membangkitkan aroma ghairah ke serata pelusuk bilik kini sudah tamat..

Jam didinding menunjukkan waktu sudah pun melangkaui pukul 3 pagi tetapi mereka masih berpelukan segar..mengeluh puas sang lelaki kemudian menolak tangan halus itu dari belakang badannya..terduduk lelaki itu dibirai katil tanpa Seurat benang sambil diperhatikan sang gadis leka.. kelihatan alur belakang badan lelaki itu seperti diukir. Diusap perlahan oleh gadis itu dengan tangan halusnya ibarat memuji indahnya ciptaan tuhan..si lelaki tidak mengendahkan perbuatan si gadis seterusnya mencucuh sebatang rokok..satu perbuatan wajib yang dilakukannya selepas bersenggama. Disedutnya dalam dalam tanda kepuasan dan kemenangan yang dikecapi kemudian dihembus laju kearah tingkap yang terbuka..

Jauh pandangan si lelaki ke luar tingkap. Bising sekali suara kecil didalam hatinya. Ingin saja dia mencampakkan gadis kotor itu keluar tingkap.Nyah kau dari sini! Semua yang aku mahukan dari kau telah ku kecapi, kini kau hanya hampas yang tawar..tiada lagi manis yang boleh ditagih. Ah, berbaloi juga usaha ku selama ini. Cinta yang kau harapkan hanya lah khayalan, khayalan yang terletak dikemaluan ku..bersedialah kamu untuk menangis, wahai gadis.

Rokok yang masih tinggal separuh itu dijentik keluar , pantas kerana si gadis sudah menariknya kembali ke pembaringan, isyarat untuk pertarungan baru..

Kini si lelaki bertatapan mata dengan gadis itu, tersenyum..Kemenangan yang berkali kali digapai, kemenangan malam ini sudah menjadi sejarah. Kemenangan baru pasti akan diburu lagi. Bersenjatakan kata kata manis, harapan dan janji, kemenangan itu hampir pasti. Padan muka si lelaki jujur, kamu akan sentiasa terkebelakang. Naifnya sang gadis.

Bilik yang dingin itu hangat kembali..

No comments:

Post a Comment