Petang yang indah.
Seperti hari indah yang lain,
petang ini masih tiada yang istimewa. Masih tidak terkeluar dari ulangan hari
yang lain. Taman tasik yang berada di pinngir bandar itu masih dipenuhi oleh
manusia manusia yang ingin menikmati keindahan alam, ada juga ingin berlari
lari anak mengelilingi tasik yang separa bulat itu, dan ada juga mahu memecut
laju. Tidak kurang juga manusia yang mahu meluangkan masa bersama keluarga,
kekasih dan kawan kawan, meratah permandangan tasik indah bekas tinggalan lombong
bijih timah. Dari kebanyakan ragam manusia manusia tersebut, terdapat lah aku
berdiri di di hadapan pintu masuk ke tasik tersebut, mengikuti sebilangan
gelagat manusia yang mahu memerhati kan gelagat manusia yang lain. Satu
serpihan gelagat yang kecil dikalangan gelagat ‘stereotype’ yang lain.
Berpakaian kasual , berbaju
T-shirt hitam yang terdapat tulisan yang menggunakan font ‘Avatar’ di bahagian
hadapan yang tertulis, “Believe” dan kosong dibahagian belakang. Berseluar
jeans biru lusuh yang menyapu jalan, berselipar hijau gelap dan tergantung
sebuah kamera digital di pangkal leher. Berambut kusut masai dan berbekalkan
muka yang sedikit masam, dengan sekali pandang, setiap manusia yang mempunyai
akal fikiran yang waras tentu dapat mengagak bahawa aku ke tasik itu bukan
untuk ber’jogging’. Mata mata mereka pastinya memandang tepat ke arah aku
kerana aku berpakaian lain dari mereka.
Tanpa memperdulikan mereka semua,
aku berdiri di belakang batang besi penghalang yang melengkung di pintu masuk
tersebut sambil tersenyum, walaupun tasik tersebut tidak mempunyai pagar yang
menutup seluruh kawasan , tetapi ditempat aku berdiri itulah laluan masuk utama
untuk tasik itu. Sambil menarik nafas yang panjang, aku menuruni anak tangga
yang terhidang di depan aku dengan langkahan yang tidak terlalu laju dan tidak
terlalu perlahan tetapi dengan langkahan yang yakin. Yakin akan perjalanan yang
panjang bakal dilalui sebentar lagi.
Harap
semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Yang sebenarnya, tujuan asal aku
ke tasik tersebut adalah untuk menyiapkan satu lagi assignment yang telah
diberikan oleh pensyarah berkenaan dengan kehidupan manusia. Jadi untuk
memudahkan kerja, aku pilih, ‘gelagat manusia ketika jogging’. Walaupun aku
tahu pemilihan tajuk yang aku buat mungkin tidak begitu akademik, tetapi itulah
cara yang paling mudah untuk aku menyiapkannya tambahan pula ‘deadline’ hanya
tinggal lagi 2 hari! Jadi, begitulah ceritanya bagaimana aku disini.
Di tasik yang telah berusia
hampir 80 tahun itu, telah diturap disekeliling tasik tersebut dengan tar
berkelebaran 2 meter, menyusuri keseluruhan tasik sebagai trek larian atau trek
pejalan kaki. Di sekeliling tasik tersebut juga terdapat puluhan kerusi batu
yang disusun dikiri dan kanan tasik tersebut. Semuanya disusun selang seli di
setiap 100 meter pertama dan 150 meter yang terakhir. Dan pada petang ini,
kesemuanya telah diduduki! Terdapat juga empat
buah pondok kecil disediakan oleh pihak berkuasa, sesuai untuk dijadikan
tempat bersantai bagi yang bekeluarga. 4 pondok tersusun didalam geometri yang
sama di 4 penjuru tasik tersebut walaupun tasik itu bukan bersegi empat.
Seperti tidak mahu ketinggalan sama seperti tasik tasik tipikal lain, di tasik itu juga dipasang mekanisme besi
yang digunakan oleh pelari untuk merenggangkan otot dan tak kurang juga
digunakan oleh manusia lain untuk dijadikan tempat bergambar dan kemudian
diuploadnya mereka mereka ini di facebook atau instagram atau mana-mana
lamanwebsosial yang lain. Sigh! Dan bagi mengvariasikan lagi tasik tersebut
supaya setiap peringkat umur hadir bagi memeriahkan tasik tersebut, disediakan
juga ‘playground’ lengkap dengan semua permainan kanak-kanak. Tasik ini adalah
laman sesuai untuk manusia melakukan berbagai aktiviti sebelum waktu malam
tiba. Dan sekarang, berdiri nya aku di tengah trek larian di titik permulaan
tasik tersebut sambil memandang kiri dan kanan dengan mata yang figuratif. seterusnya memulakan langkahan menuju kearah
kanan, ke arah puluhan manusia yang bersantai dikiri dan kanan trek. Perfect spot!
Untuk memerhatikan gelagat
manusia , observasi yang menyeluruh dan teliti amat diperlukan. Ini kerana
dengan observasi tajam, kita dapat mengenali dan mengetahui sebahagian (kalau
tidak keseluruhan) dari personaliti seseorang. Sebahagian besar manusia hanya melihat
apa yang mereka ingin lihat, mereka hampir tidak dapat melihat keseluruhan
perkara yang ada didepan mata mereka dan dengan sebab itu mereka sering
tertipu, tertipu dengan pandangan terhad mereka sendiri.
Tetapi semua itu memerlukan latihan dan perngetahuan
yang tinggi dan aku berusaha kearah itu. Jadi untuk mempertajamkan lagi skil
pemerhatian aku, petang ini merupakan waktu yang sesuai untuk menggunakan
sepasang mata dan seketul otak yang berharga ini. Atas sebab observasi ini lah aku mengambil
keputusan dalam masa yang singkat untuk melangkah ke kanan. Kerana kanan lebih
‘hidup’ dari kiri yang ‘pitam’. Kanan lebih ‘terang’ dari kiri yang ‘suram’.
Kanan lebih ‘bersuara’ dari kiri yang
‘pemalu’. Kerana kanan lebih ‘remaja’ dari kiri yang dipenuhi ‘keluarga’.
Ya, aku lebih selesa memerhatikan
gelagat remaja kerana mereka senang untuk didekati dan ada dimana mana dan
disetiap masa. Walaupun begitu, mereka sangat senang di’baca’. Tidak seperti
keluarga. Setiap ahlinya membawa emosi, perasaan dan rahsia yang berbeza baik
bagi anak lelaki dan perempuan, ibu dan semestinya bapa. Faktor ‘deadline’ yang semakin mencekik juga
membuatkan aku memilih ‘remaja’ pada
petang ini.
Aku teruskan langkahan sambil
mencampak jauh pandangan yang luas terhidang ke seratus meter kehadapan. Terdapat seribu cerita disebalik puluhan
muka. Aku tersenyum. Kerja petang ini
pasti jadi lebih mudah!
No comments:
Post a Comment