Sekadar hiasan |
Pagi tadi aku ada tengok MHI, diorang ada bincang pasal hak-hak kita bila ditahan polis. Topik ini sangat menarik kerana kita semua berkemungkinan akan ditahan polis samada sebagai pesalah, orang yang dituduh (okt) ataupun sebagai saksi. Kita mesti pikir, “watpe aku nak tau semua ni, aku bukannya jahat.” Tapi kita mesti ingat, sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Takut-takut ada gak polis yang salah guna kuasa atau nak cari duit lebih ke, sekurang-kurangnya kita tahu jugak hak kita supaya tak tertipu. Macam ada sorang kawan aku ni, dia ditahan walaupun dia tak bersalah pape, dah kena duk penjara sehari tak pasal-pasal. So, dibawah ni adalah serba ringkas tentang hak-hak kita apabila ditahan polis:
- Kita boleh bertanyakan pangkat/no anggota jika mereka tak pakai uniform. Minta pengenalan mereka. (mana tau kot-kot diorang pakai pagoda je tahan kita, dapat gak tau dia tu kaki kencing ke tak). Kalau diorang keluarkan kad:
*kalau boleh catatkan (mana tau nak gi ajak ngeteh ke, takpun buat ‘cable’, sekarang ni kan zaman ‘cable’. Senang sikit)
Ketika kita ditahan, polis hanya boleh tanya kita NAMA, NO K/P dan ALAMAT. Jika tidak ada waran atau sebab, blah terus.
Bagaimana Nak tahu macam mana kita ditahan?
- · dari segi percakapan (you are under arrest!),
- · perbuatan (polis datang je, terus gari)
- · pertanyaan (aku kene tahan ke? Aah! Wadafak!)
*Jangan lupa tanya alasan/sebab kenapa ditahan.
2. Boleh membuat panggilan kepada ahli keluarga atau peguam. (takut terlepas cakap sesuatu sebagai bukti). Kita juga boleh tanya nak pergi balai mana. Jangan balai bomba sudah.
3. Mempunyai hak berdiam diri (akur,pasrah, redha jika kita ditangkap atas sebab yang musabab jika tidak mahu polis menggunakan kekerasan kerana mereka mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan)
Sekadar hiasan |
Hak kita dalam lokap:
· Dibenarkan serah barang pribadi;
· Mendapatkan makanan sewajarnya;
· Mendapatkan rawatan perubatan sekiranya sakit;
· Berpeluang untuk menunaikan kewajiban agama;
· Satu set pakaian dan kebenaran mandi .
( Kita hanya boleh ditahan 24 jam. Jika tidak mempunyai bukti munasabah, kita boleh dibebaskan. Atau polis boleh mengemukakan ke majistret untuk tahanan lanjutan. Jika terdapat kekerasan, tahanan boleh mengadu kepada majistret.)
Had polis memeriksa badan:
Kalau polis nak lakukan pemeriksaan, jangan sesekali benarkan polis masuk dalam poket. (kita sendiri keluarkan satu-persatu barang dari poket dan keluarkan poket supaya membuktikan ianya kosong, kalau ada dadah ke, ape ke lam poket tu pandai-pandai la korang).
Ketika serbuan:
- Mempunyai sebab kenapa melakukan serbuan (cthnya: ada kes salah guna dadah atau operasi bersepadu)
- Perlu diiringi sekurang-sekurangnya seorang polis berpangkat inspektor ke atas. (kalau setakat lans koperal or polis2 cikai je, baik korang tak payah layan)
- Mempunyai hak untuk melakukan pemeriksaan atau air kencing (kalau rasa dah lama tahan kencing tu. Ni lah masanya. Jangan lupe mntak baldi, nanti melimpah pulak. Kalau rasa nak berak tu, jangan segan)
Tips supaya tak cuak:
- Anggap je la polis tu sebagai kawan korang.
- Menghormati tanggungjawab polis.
p.s: Tak pernah lagi merasa duduk dalam lokap. Best x?
tapi bila kena tahan semua hak hilang..
ReplyDeletepolis keluarkan ayat "balai cerita"
habis la kita..hehe
hahhaa...dialog dalam movie tuh....
ReplyDeletecakap fux u la je senang
ReplyDeletejgn la cakap fux u sian anek penat2 wat blog yeos kt situ amir..
ReplyDeletename koi shapik ilham hahahhaha
wakakakaka....keliwon lalu aok org ni....aahhaha..
ReplyDeletetaniganega??
ReplyDeleteouh..mcm tu ke?
ReplyDeletenice...
ReplyDeleteini aku sedut kat orang lain...
http://theriderwithoutmask.blogspot.com/2011/02/10-perkara-yang-anda-perlu-tahu.html