Seminggu telah berlalu. Kesihatan hussin semakin tenat. Luka sudah semakin sembuh, tetapi hussin mengalami kerosakan hati akibat dipukul dengan objek keras berkali-kali ke dada nya. Akhirnya dia telah dimasukkan ke dalam hospital.
Sekadar Hiasan |
Sejak hari pertama hussin mengalami kesakitan sehinggalah dia dimasukkan ke hospital, adiknya hassan sentiasa berada disisinya. Makan, minum hussin, semuanya disediakan olehnya. Hassan tidak pernah bosan menjaga abangnya. Walaupun ketika menjaganya, abangnya sering mengarah hassan macam-macam, malah masih lagi mencaci adiknya itu. Hassan sedih, walaupun dalam keadaan tenat sebegitu, abangnya masih lagi dengan perangai lama. Hassan sangat-sangat berharap semoga abangnya berubah.
Hussin tidak begini sebelum kematian ibu bapanya. Hussin adalah seorang abang yang penyayang. Sentiasa mengambil berat tentang adiknya. Mereka sentiasa bersama dalam setiap perkara yang mereka buat. hassan juga sentiasa menyokong dan sentiasa menaikkan semangat adiknya itu. Tetapi semua itu berubah selepas kematian kedua ibu bapanya. Hassan merindui saat-saat indah seperti dulu.
Setelah hampir dua minggu berada di wad kecemasan, keadaan hussin semakin tenat. Doktor telah mengatakan bahawa peluang untuk hidup adalah tipis melainkan terdapat penderma hati untuknya. Hassan terkedu, dia bingung. Bagaimanakah caranya untuk menyelamatkan abangnya. Sejak dari itu, hassan sentiasa menangis mengenangkan nasib abangnya. Beliau juga telah memaafkan segala kesalahan abangnya. Dia tidak sanggup melihat abangnya dalam begitu.
Akhirnya, hassan telah membuat keputusan untuk mendermakan hatinya kepada hussin. Dengan harapan supaya abangnya berubah, dan menjadi penyanyang seperti dahulu dan dia tidak akan menyesal dengan keputusannya itu. Dia tekad!
Seminggu selepas pembedahan...
Keadaan hussin semakin baik. Dia akhirnya dapat bangun setelah berbulan-bulan terlantar. Walaupun begitu, dia tidak begitu sihat untuk keluar dari hospital. Ketika sedang dia duduk diatas katilnya memandang ke arah tingkap, telah datang seorang doktor ke arah nya. Doktor tersebut membuat sedikit pemeriksaan ke atasnya dan berkata,
“hussin, dalam masa seminggu lagi, kamu sudah boleh keluar dari hospital. Tahniah. Tetapi ada satu perkara yang saya ingin beritahu kepada kamu.”
“Apa dia doktor?” tanya hussin pelik.
“begini, kamu hanya dapat diselamatkan melalui pembedahan hanya setelah kami mendapat penderma hati. Kami telah menunggu selama dua minggu sebelum mendapat seorang penderma dan penderma itu adalah adik kamu.”
“apa? Adik saya? Saya tak percaya, dia bencikan saya. Tak mungkin dialah yang menjadi penderma saya!” kata hussin tidak percaya.
“ya, betul. Kalau anda masih tidak percaya, saya boleh menunjukkan surat kebenaran pembedahan yang ditandatangani oleh nya.” Doktor tersebut cuba menyakinkan hussin.
Hussin terdiam, dia masih lagi tidak percaya yang adiknya telah berkorban untuknya. Dia terlalu jahat buat adiknya, hassan.
“satu lagi perkara saya hendak khabarkan kepada awak. Harap awak tabah.” Kata doktor tersebut.
“Err, apa dia doktor?” kata hussin sedikit cemas.
“hmm, ketika kami melakukan pemindahan hati kepada awak, adik awak telah selamat pulang ke rahmatullah. Sesungguhnya pengorbanan adik kamu adalah sangat besar. Saya amat kagum dengan nya.” Kata doktor sambil memegang bahu hussin.
“Apa?! Doktor jangan main-main. Saya tak percaya!” kata hussin.
“ya, betul. Saya tidak berbohong. Satu lagi, sebelum masuk ke bilik pembedahan, dia ada berikan saya sepucuk surat untuk diserahkan kepada kamu.” Kelihatan doktor tersebut menyeluk poketnya dan mengeluarkan sepucuk surat kemudiannya di serahkan kepada hussin.
Hussin mengambilnya dengan lemah. Sepucuk surat berwarna hijau cerah dihiasi dengan bedak wangi dibuka dengan perlahan. Seketika kemudian dia membacanya.
“untuk abangku yang tercinta,
Saat abang membaca surat saya ini, kemungkinan saya telah selamat pulang ke rahmatullah. Doktor telah memberitahu saya akan peratusan untuk saya selamat adalah rendah, tetapi saya tidak kisah dengan semua itu. Apa yang penting saya mahu lihat abang sembuh. Saya tidak sanggup melihat abang menderita lagi.
Abangku,
Jikalau saya meninggal ketika pembedahan ini, saya nak abang tahu bahawa saya amat menyanyangimu. Abang adalah satu-satunya ahli keluarga yang saya miliki. Abang juga telah banyak berkorban terhadap saya. Saya tidak tahu bagaimana saya ingin membalas jasa mu melainkan dengan melakukan pembedahan ini. Saya ingat lagi sewaktu arwah ibu masih ada, waktu itu kita masih bersekolah. Arwah ayah tidak mampu memberi kita wang belanja ke sekolah, saya menangis kerana lapar. Pada ketika itu, abang telah memujuk ku supaya jangan bersedih, dan menyerahkan wang mu kepadaku. Abang kata” jangan menangis wahai adikku, ambil lah wang ini untuk membeli makanan supaya kamu tidak lapar.” Saya amat gembira, walaupun saya tahu ketika itu abang juga tidak mempunyai wang. Tapi abang telah berkorban untukku. Abang hanya tersenyum melihat saya gembira.
Abangku,
Saya masih ingat lagi semasa kita masih kecil, saya telah dibuli oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah. Ketika itu saya masih lagi tadika dan abang pula sekolah rendah. Abang telah selamatkan ku. Abang telah berkata kepada mereka, “kalau kamu semua mahu membulinya, langkah mayatku dahulu.” Abang berani mepertahankanku walaupun mereka lebih besar dari abang. Oleh kerana itu, abang telah dipukul oleh mereka. . Saya tidak mampu menolong abang. Saya telah selamat tetapi abang tercedera. Abang hanya tersenyum sambil berkata “abang tidak apa-apa, yang penting kamu selamat.
Abangku,
Abang telah berubah ketika ibu dan ayah meninggal. Abang telah menjadi seorang panas baran dan sentiasa memarahiku. Abang juga sentiasa berfoya-foya dengan kawanmu. Abang tak pernah pedulikan tentang saya. Saya seringkali juga dipukul oleh abang, dibuat seperti hamba. Tetapi, saya nak abang tahu, saya tidak pernah membenci mu, walau sekalipun. Saya tidak pernah menyalahkan mu kerana saya tahu, abang mungkin tertekan kerana pemergian ibu dan ayah. Saya juga sering mendoakan abang semoga abang berubah, berubah menjadi seperti dahulu.
Abangku,
Saya harap agar pembedahan ini akan menyembuhkan mu, dan saya berdoa agar abang sihat sentiasa. Saya harap abang juga akan berubah. Saya juga mahu abang tahu, yang saya sudah memaafkan segala kesalahanmu terhadap ku. Saya sangat sayangkan abang!
Yang benar,
Adikmu”
Sekadar Hiasan |
Hussin tidak dapat menahan sebak. Hussin menangis teresak-esak setelah membaca surat arwah adiknya. Dia selama ini tidak pernah menyedari betapa mendalamnya kasih adiknya terhadap beliau. Sekarang semuanya telah berlalu. Nasi sudah menjadi bubur. Segala penyesalan tidak berguna lagi. Hassan hanya mampu menangis dan menangis.
p.s: sayangi la adik-beradik kamu selagi mereka masih ada.
huwaaa....
ReplyDeletesye syg abg2 sye....
okay tahniah kerana telah berjaya menjatuhkan air mata saya. huwaaaaa. :'(
ReplyDeletep/s: well done! :)
:D
ReplyDeletetragis :)
ReplyDeleteboleh tahan. =)
ReplyDeletenice. .
ReplyDeletehuhu. .