Sunday, January 30, 2011

Cerita kedai kopi (part 2)

Pukul 9.00 pm

Pada malam ni, macam biasa saya dan kawan-kawan pergi ke kedai kopi untuk melepak dan membazirkan masa sambil berbual tentang topik semasa yang hangat. Tapi malam ni lain sikit. Kitorang dah ada satu topik yang nak dibincangkan. Satu topik yang mana saya dan seorang rakan, Zul telah dicabar kejantanan untuk mendengar nya dan kami sahut semalam. Tapi tak habis cerita. So malam ini kejantanan kami sekali lagi akan diuji oleh Amer, tuan empunya cerita. Malam ni lain sikit,sebab saya dah bawa dua orang backup yang juga telah merasa tercabar akan gertakan Amer. Nama dia Naem (bukan nama sebenar) dan Medan (juga bukan nama sebenar).

Bila masing-masing semua dah order air, Amer mulakan kata-katanya.

“Amacam, dah ready ke belum? Stretching semua dah buat?”. Kata Amer bagi meransang kitorang.

“Alah, ko tak payah nak wat gimik la Mer. Cerita je la.” Zul mencelah

“Tau, ko ni. Walaupun aku tau dah cerita ko ni takde nilai moral, tapi aku nak tengok, sejauh mana mengarutnya cerita tu.” Sampuk Medan yang excited.

“Belum dengar belum tau, ok tapi aku taknak ulang part (klik untuk ke part 1) semalam, korang pandai-pandai la.”

“Bereh!” Jawab kami serentak.

Semalam aku ada cakap aku resah kan? Sebab dia aku tak dengar khabar berita tentang Shafiq sejak dari masa aku amek result SPM dengan dia dulu. Aku taktau apa aku dah buat sampai dia jadi camtu sekali. Takkan lah sebab aku dapat 3A dia jeles kot. Tak mungkin. Aku call dia xdapat, mesej haram balas. Taktau la. Takkan lah dia pergi overseas tak bagitau aku kot. Hmm, bingung aku. Sejak dari tu lah aku sedih, murung dan segala macam penyakit jiwa lah aku dapat. Yelah, dia je satu-satunya member baik aku masa tu.
Aku taktau dah nak buat apa lepas dia mendiam camtu je. Aku bosan tau. Kalau ada dia boleh gak jalan-jalan Bandar ke apa ke. Takpun baru aku baru planning nak cari kerja sekali dengan dia. Tapi semuanya hancus. Terpaksa lah aku meneruskan baki cuti aku sebelum masuk ‘U’ dengan melepak atas katil sambil berangan sepanjang masa. Tapi ada jugakla keluar, dengan family la. Tak pun melepak sorang-sorang kat tepi tasik sambil usha-usha awek. Korang tau je la kan camne kalau usha sekumpulan awek yang cute-cute sorang-sorang.


“Tau-tau!” kami jawab serentak (bab awek memang diorang ni laju je)

Tau pun. Tak best woo! Ibarat main game PES gune Arsenal tak dapat score masa lawan M.U. Hah, camtu la rasanya kalau korang duk sorang-sorang ni. Tapi takpe, aku ni jiwa kental. Aku tabah menghadapi segala rintangan ni sampai lah aku masuk ‘U’.

Kehidupan aku kat ‘U’ dah berubah. Aku bukan aku masa sekolah menengah dulu. Aku dah pandai bersosial. Aku dah ada ramai kawan! (sambil senyum bangga) aku kan amek course law, mesti nak kena pandai bergaul, kalau tak camne nak dapat client bila dah jadi peguam nanti. Ye dok?

So nak dijadikan cerita, aku masuk ‘U’ tu duduk dorm hujung sekali kat hostel aku tu. Masa tu roommate  aku ada 3 orang termasuk aku. Nama diorang Mat (cam biase, bukan nama sebenar), Ali (sama gak) dengan Abu (ni pun sama cam Ali dengan Abu). Kitorang memang rapat r sejak hari pertama bertemu ibarat cam fall in love at first sight lah.

“Ceh, bermadah pujangga lak. Dah la dengan laki.” Naem bersuara setelah lama mendiamkan diri

“Lek la im, aku saja nak bagi korang feel. Hehe” Amer menjawab dan kemudiannya kembali bercerita.

Pada satu malam tu masa semua dah tidur. Aku still tak dapat nak lelap. Aku rasa xselasa, macam ada sesuatu baring kat sebelah betis aku. Aku bangun, aku tengok takde pape. Dah beberapa malam dah camtu. Tapi malam ni, aku terperasan sesuatu. Die port baik nye kat sebelah betis aku. Aku tengok je dia. Aku renung lama-lama. Pastu aku tepuk dahi sambil cakap, “Aduh, kenapalah ko port kat kaki aku ni! Takde tempat lain ke nak singgah!” aku cakap sambil aku usap-usap dia supaya dia blah. Aku puas da tolak, usap segala macam mende lagi aku buat, siap tolak dengan buku lagi, die still tak blah. Pastu aku pun dah fed up, aku cakap “Ok takpe, malam ni aku kasi ko can tido dengan aku. Aku nak tengok esok ko da blah!” dia diam je takde respons. Aku pun tido la.


Dekat dua minggu dah, dia tu tak blah-blah jugak. Aku bengang sangat, siap acu dengan pisau lagi suruh dia blah. Nasib baik lah pisau tu berguna gak. Dia blah aritu. Tapi tak lama. Seminggu pastu dia datang balik. Aku perasan masa satu malam tu la, sedar-sedar dia dah port baiknye kat kaki aku, tempat sama selalu dia duduk. Aku taktau dah nak cakap pe. Pastu aku buat keputusan, aku nak kawan dengan dia. Aku dah bosan nak halau-halau ni. First sekali aku tanya dia nama. Dia diam je. Dia ni memang diam je, tak pernah cakap. Tanya lah seratus kali pun, diam je. Last-last aku sendiri bagi dia nama, ‘Yeo’s’ nama diberi. Haha, pelik bukan, tapi tu la, nama ni pun kawan aku yang bagi ilham. Aritu masa aku main futsal, ada sorang kawan aku tu, nama dia Ude (korang dah tau kan ni bukan nama sebenar). Ude ni Tanya aku,

“Wei, Mer. Asal die tu ada kat ko? Da lama ke dia ada?”

Aku jawab, “Aah, dah dua minggu dah dia asyik follow aku, aku taktau dah nak wat camne.”

“Aku tengok da lama berkepit dengan dia, asal tengok ko main futsal je mesti aku nampak dia, masa pegi kelas tak nampak lak. Ko taknak ‘buang’ dia ke?”

Ish ko ni, malas aku nak buang dia. Tak tergamak aku. Biarlah, aku da kawan baik dengan dia sekarang ni, hehe.” Aku balas.

Hahaha, lantak ko ler. Aku cakap je, aku taknak ko merana. Tu je. Nama dia apa? Hehe.” Ude bertanya.

“Gelak-gelak, relaks r. bukan senang nak jadi cam aku ni. Hehe. Takde nama nya, malas aku nak tanya. Hehe.” Aku jawab.

“Hehe, takpe-takpe baik ko bagi nama kat dia ‘Yeo’s’. mesti gempak. Hahaha”

So camtu la dia dapat nama. Nama tu pun dia bagi sebab tengok aku masa tu pakai seluar jenama Yeo’s. nak dijadikan cerita kitorang pun berkawan baik lah. Pergi mana-mana semua sama, mandi pun sama. Siap tolong sabunkan dia lagi. Makan sama-sama. Pendek kata, tak pernah berpisah lah. Kitorang bahagia menempuh hari-hari mendatang dengan bahagia. Aku dah anggap dia sebahagian dari diri aku.


Tapi bahagia aku berkawan dengan Yeo’s telah dicemburui oleh member-member aku yang lain. Diorang selalu kutuk aku dengan Yeo’s. Caci Yeo’s, rendah-rendahkan dia. Aku taktau sebab pe. Aku sendiri pun tak fikir gitu. Aku sedih, walaupun diorang xkutuk sangat aku, tapi aku terasa. Yeo’s tu kawan aku, kawan baik aku yang sentiasa ada dengan aku masa susah dengan senang. Kawan- kawan aku pun kadang-kadang tak camtu. Masa aku tido, aku selalu usap-usap Yeo’s. belai-belai dia, dengan harapan supaya dia sentiasa ada disisi aku, walaupun kadang-kadang aku pun fed up ngan dia. Tapi aku tak kisah, aku tak sanggup nak ‘buang’ dia. Aku takut. Tapi kawan-kawan aku tak paham, tetap gak suruh aku halau Yeo’s, ‘buang’ Yeo’s. apakah salah Yeo’s. Dia cuma nak rapat dengan aku.

Tapi aku tak kisah semua tu. Aku tekad aku takkan ‘buang’ dia. Sejak tu aku ngan dia tabah menjalani cabaran dan dugaan sama-sama.

“Jap-jap, order air dulu la. Air aku da abes ni. Tak best dengar cerita ko kalau takde air.” Zul mencelah.

“wokey! Bang, order!” kata Amer. Bila da sampai air semua, Amir meneruskan ceritanya.

Nak dipendekkan cerita, satu hari tu. Masa tu tengah cuti sem. Aku bosan duk rumah tak buat apa. So aku pergi la kuantan nak berjalan-jalan dengan Yeo’s. Masa tu aku ajak sorang member aku, nama dia Ery (same jugak, bukan nama sebenar). Yela, kalau ajak Ery tu boleh gak pergi bergilir memandu, takde la letih sangat. Nak harapkan Yeo’s, dia mane ada lesen. Bukan setakat lessen, kereta pun tak pandai bawak.

Bila dah puas shopping-shopping, lepak tengok wayang pe semua. Kitorang pun balik la. Aku ingat lagi, masa tu dekat-dekat maghrib. Aku nak cepat balik, sebab malam tu ada game futsal. Mana boleh tinggal. So, aku pun pecut la kereta wira turbo aku tu. Laju gak ar, dalam 170 kmh. Masa tu aku drive. Tengah-tengah syok mencilok tiba-tiba tayar kerata aku meletup. Aku panik, aku tak dapat control dah kereta tu. Ery dah menjerit dah masa tu. Yeo’s cam bese la, diam je. Kereta dah melilau kiri kanan, then kereta aku tu pun menghimpit ke rail jalan, jauh gak la terseret tu. Aku da cuak, aku try handle kereta bagi ke tengah balik. Kereta memang ke tengah, tapi lost control. Lepas tu kereta aku tu pun memang tak dapat kawal, terus menghala ke bahu jalan belah kiri. Masa tu aku dah mengucap panjang dah. Segala benda aku fikir, kawan-kawan, hutang PTPTN tak bayar lagi, dosa bertambun. Aku tak bersedia lagi nak mati! Pastu, kereta aku tu pun terbabas kat sebatang pokok setelah beberapa kali berpusing.


Lepas je terbabas tu, aku bernasib baik. Aku selamat, luka kecil je kat bibir. Ery pulak takde pape, tapi mase tu aku dah terhempap dia, yela, kereta aku tu mengiring belah kanan tersandar kat pokok. Aku taknak cakap banyak masa dah masa tu, aku bangun aku nampak ada sorang laki cina ni, dia daripada jauh jerit kat aku kata ada api! Aku,dengan Ery apa lagi, kelam kabut r. Masing-masing rebut nak keluar. Pintu kanan takleh guna, so pintu kiri la harapan kitorang. Nasib baik lah tingkap belah kiri tu terbukak. Kalau tak alamat nya hangus la duduk dalam tu.

Lepas je keluar tu. Aku suruh Ery tu call siapa-siapa yang patut. Aku serabut, habisla kereta aku. Habis hancus, totally loss. Dalam otak aku asyik fikir ayat nak cakap ngan family aku nanti. Ah, serabut. Aku tengok Ery takde pape, dia siap borak lagi dengan cina tadi. Nasib baik kitorang takde pape. Aku masa tu xdaya nak diri je, so aku amek port tepi longkang. Aku duduk, aku termenung. Aku rasa kehilangan sesuatu. Aku check poket kiri kanan. Semua barang ada! Aku rasa something fishy telah berlaku, ia lebih dasyat dari accident ni. Aku tak sedap hati dah. Aku tengok kat kaki aku, ada banyak darah! Aku raba-raba kaki aku dari atas sampai bawah, tak sakit papa. Aku pelik, jangan-jangan, Yeo’s! ya Allah, aku tak perasan kan tentang dia. Aku termenung, aku tengok kereta pastu aku tengok kaki aku. Banyak darah. Aku angkat seluar. Yes! Aku jerit dalam hati. Yeo’s dah takde. Mungkin dia dah hilang masa terbabas tadi. Aku senyum dalam hati.

“Wei! Ko cakap ko kawan baik dia. Apsal tak pergi tengok dalam kereta, selamatkan dia.” Saya sedikit pelik.

“Entah ko ni, cakap kawan. Gila ko ni, accident tu!” Zul pun menyatakan rasa marah nya

“Hehehe, relaks r bro. Aku memang kawan dia. Tapi aku tak suka sangat ‘dia’ tu. Kawan aku pun geli tengok ‘dia’?” Amer menjawab.

“Geli dengan member sendiri? Ko ni, harap je kawan.” Medan juga tak puas hati

“Korang jangan salah sangka, yeo’s tu bukan manusia lah. ‘Dia’ tu KETUAT aku la. Tiba-tiba je dia ada kat kaki aku ni. Mula-mula memang aku rimas, aku siap cungkil dengan pisau lagi. Takde la kejap. Tak lame pastu makin besar. Member aku suh buang, tapi aku taknak. Sakit! So aku biar je la dan anggap dia sebagai ‘kawan’ aku. Sebab tu la diorang kutuk-kutuk aku. So camne, aku dah sound awal-awal dah. Hehehe.”

Saya dan rakan-rakan lain memandang satu sama lain, kitorang dah menyedari yang malam ni kitorang sudah ditipu hidup-hidup! Serentak kitorang memandang Amer. Muka masing-masing dah merah padam menahan marah. “AMER, MANA KO!”

Kelihatan Amer dengan selamba start keretanya, dan terus blah sambil melambai puas kepada kami.



TAMMAT



p.s: hahaha, padan muka korang.

6 comments:

  1. waaa..gile2 panjang haha :-p jenuh nak abeskan..tapi memang menarik la ceritenye :-D ha..bile nk post entry info2 terbaru hee :-p
    sori..just asking ahaha

    JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA

    ReplyDelete
  2. hehehe....tu cerita masa bosan je tu...memang da lari tajuk gile da...tunggu la esok,malam ni da letih da nak menaip ni...ok? see ya!

    ReplyDelete
  3. waaaa..panjang gila..ada bakat cuat cerpen nih..cayok2! btw, link part 1 tak ada ye awak? nak baca part 1 jugak

    ReplyDelete
  4. haha..macam kenal je semua watak dalam 2.. nice bro :)

    ReplyDelete
  5. ada part 1.. try scroll kt page sebelum ni

    ReplyDelete
  6. ahahaha............cte ni cam di0lah semula....kui3.....

    ReplyDelete