Wednesday, March 20, 2013

Sungai Terjernih Di Dunia

Cry Me a River - Justin Timberlake

Sekiranya anda pernah melihat keadaan air di Sungai Klang, memang begitu jauh bezanya. Orang kata "Jauh Panggang Dari Api", "Ibarat Langit dan Bumi". Begitulah kata pujangga yang dapat aku ungkapkan. Sungai Verzasca itulah namanya. Sungai yang terletak di Switzerland ini cukup terkenal dengan keindahan dan kejernihan air sungainya. Ia mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Mangiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping. Jadi siapa yang agak-agak ada duit, bolehlah pergi ke sungai ini. Kalau tak, tengok je lah kat blog ni ye. Hehehehe... =P











Subhanallah!! Sungguh indah alam ciptaan Allah SWT, kita manusia sebagai khalifah di muka bumi ini perlu menjaga keindahan dan keamanan alam ini. Kebanyakan keindahan alam di muka bumi ini rosak angkara tangan manusia itu sendiri.




ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.
 - surah al-Rum ayat 41-


P/S: Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga keindahan alam sekitar kita. Sayangi Bumi Kita.




Sumber: mb

No comments:

Post a Comment