Friday, March 22, 2013

Kenapa Lalat Menggosokkan Kakinya?

Anda kenal kepada serangga yang bernama Lalat? Ia merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Ia makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya.



Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Ia adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.


Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dan sebagainya, lalat askar hitam pula hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur

Apabila anda melihat lalat, pasti anda pernah terlihat ia menggosokkan kakinya. Seolah-olah ia sedang berkata, "Nyam...nyam...lazatnya...". Ia seperti tidak sabar untuk menjamu selera bukan?





Sebenarnya, lalat berbuat begitu adalah kerana dikaki lalat terdapat satu alat yang dapat membuatnya melekat pada sesuatu benda dan untuk menghisap makanan. Tapi, sekiranya terdapat debu, habuk atau benda lain yang melekat dikakinya, alat itu tidak akan dapat berfungsi. Jadi untuk memastikan alat itu dapat berfungsi, lalat perlu membersihkan dan menghilangkan kotoran atau benda lain yang melekat disekitar kakinya dengan mengosokkannya seperti gambar di atas.

Jadi, jawapan kepada persoalan ini adalah kerana lalat sedang membersihkan dirinya. =)


kalau dunia ni terbalik, camni la plak yang jadi...hehehe...




P/S: Lalat pun pandai bersihkan diri sendiri, kita sebagai manusia kalo tak bersihkan diri jugak tak tau la nak cakap apa dah... =/




Sumber: KPI



No comments:

Post a Comment