Tuesday, May 29, 2012

Ketam Kulit Lembut

Lembut Bukan Sebarang Lembut

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae. Ketam dijumpai di semua lautan dunia, terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.

Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di antara kita yang tidak gemar memakan ketam. Kerana jika tersilap langkah, sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada tekak. Ada juga yang tergigit kulit ketam sehingga menyebabkan kecederaan pada gusi dan gigi.

Namun kini, anda boleh makan ketam bersama-sama kulitnya dengan Ketam Kulit Lembut. Nak telan pun boleh, itupun kalau mulut dan kerongkong anda cukup besar untuk menelannya. Ketam Kulit Lembut ini sangat unik kerana tidak mempunyai kulit yang keras malah boleh dimakan keseluruhan isinya tanpa membuang kulit. Lebih kurang macam udang lah dimana kita boleh makan sekali dengan kulit-kulitnya.



Macam mana kulit ketam jadi lembut? Ini adalah teknik baru dimana ianya agak asing di Malaysia. Tetapi di Thailand dan Vietnam, ia menjadi hidangan popular di restoran-restoran dan diternak secara tradisional. Kulit ketam ini menjadi lembut apabila ia mengalami proses bersalin kulit. Apabila ketam baru nak bersalin kulit, kulit nya tu lembut dan masa ni lah ketam ini diambil dan dimasak. Biasanya, untuk bagi ketam tu bersalin kulit secara paksa, kita potong kaki nya dan apabila kaki nya tu nak tumbuh balik, ketam akan bersalin kulit. Kebiasaannya ketam yang digunakan adalah jenis Ketam Nipah. Juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah Syclla Serrata

Gambar dibawah adalah contoh jenis masakan Ketam Kulit Lembut:

               Ketam Kulit Lembut Celup Tepung

Ketam Kulit Lembut 3 Rasa 

Ketam Kulit Lembut Sweet & Sour 

Ketam Kulit Lembut Masak Merah

Kini memakan ketam tidak lagi sukar, tidak perlu lagi untuk mengopek kulitnya untuk mendapatkan isinya. Anda bolehlah mendapatkannya di tempat-tempat yang menjual Ketam Kulit Lembut seperti di sekitar Terengganu


p/s: Ku sangkakan manusia je yang ada spesies lembut ni...rupa-rupanya ketam pun ada...tapi kulit ketam la...hehehe...


Sumber: Ketam4U

6 comments:

  1. haa...bru tgk da sedap...blum rase makan lgi tu...hehehe...

    ReplyDelete
  2. terengganu eh, nampaknya terdapat unsur-unsur propaganda di sini :)

    ReplyDelete
  3. ahahaha...tempat lain pun ada gak...pepandai r cari... :p

    ReplyDelete