Pernah tak anda terfikir bahawa anda boleh melihat arnab apabila bulan mengambang? Untuk melihatnya anda perlu memandang ke arah bulan dan pusing kepala anda ke kanan dan gunakan daya imaginasi anda.
Bagaimana arnab boleh berada di bulan? Baca kisah selanjutnya untuk mengetahui cerita disebalik mitos ini...
Pada suatu ketika di zaman dahulu kala, di dalam sebuah hutan terdapat tiga ekor haiwan yang berkawan baik walaupun tiga sahabat ini dari jenis haiwan yang berbeza. Tiga sahabat baik ini ialah seekor Kera, seekor Musang dan seekor Arnab. Kemana-mana sahaja mereka akan selalu bersama, bermain bersama, cari makan bersama dan berehat pun bersama.
Tanpa disedari, tindak-tanduk tiga sahabat ini telah menarik perhatian seorang Dewa Kayangan. Dewa Kayangan tersebut begitu asyik melihat pergaulan dan persahabatan si Kera, si Musang dan juga si Arnab tadi. Hinggakan pada satu hari timbul di dalam fikirannya untuk menguji ketiga-tiga haiwan itu untuk mngetahui yang mana satu di antara tiga sahabat itu mempunyai hati yang paling suci dan bersih dalam bersahabat.
Dewa Kayangan itu pun telah turun ke bumi (ke hutan di mana adanya ketiga-tiga sahabat itu) dan menyamarkan sebagai seorang Musafir miskin yang sangat daif dan dalam kebuluran. Musafir itu pun pergi bertemu dengan ketiga-tiga sahabat itu dan meminta pertolongan dari mereka untuk mencarikannya makanan atas alasan yang dia sudah tidak makan selama beberapa hari. Ketiga sahabat baik itu telah berbincang dan akhirnya bersetuju untuk mencarikan makanan buat si Musafir tadi.
Maka si Kera, si Musang dan si Arnab bergegaslah berlari untuk mendapatkan makanan bagi Musafir itu. Setelah beberapa lama, si Musang pun kembali dan membawakan beberapa biji telur ayam yang telah "diambilnya" dari kampung yang berdekatan. Di dalam hati Musafir itu terasa amat gembira dengan usaha si Musang. Tidak lama selepas itu, pulanglah si Kera dengan beberapa biji buah-buahan hutan yang telah dipetiknya untuk santapan Musafir itu. Sekali lagi di dalam hatinya tersirat perasaan gembira dan bangga di atas rancangannya itu.
Walaupun begitu, si Kera dan si Musang masih ternanti-nanti kepulangan sahabat mereka iaitu si Arnab. Hari semakin gelap tapi si Arnab tidak juga pulang-pulang. Rupa-rupanya si Arnab menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan untuk Musafir itu walaupun dia telah mencuba sedaya upaya mencari makanan. Si Arnab dalam keadaan yang amat sedih terpaksa juga pulang. Setibanya si Arnab ketempat itu, dia telah ditegur oleh kawan-kawannya. "Arnab, kenapa engkau lambat sampai dan mana makanan untuk manusia ini?" tanya si Musang. Si Arnab dengan nada suara yang sedih telah menjawab, "Puas aku cari makanan sehingga aku sendiri kelaparan dan kepenatan". Si Arnab pun terus menoleh kearah Musafir dan berkata, "Begini sajalah, aku telah sedaya upaya untuk mendapatkan engkau makanan, tapi tidak berhasil dan aku merasa amat kesal dengan apa yang telah terjadi. Oleh yang demikian, sekiranya engkau masih juga lapar, aku dengan rela hati mengorbankan diri ku untuk menjadi santapan mu wahai Musafir. Engkau makanlah aku supaya engkau dapat hidup dan meneruskan perjalanan mu."
Mendengarkan penjelasan dari si Arnab yang penuh penyesalan dan ikhlas itu, Musafir terus bangun dan mendedahkan dirinya yang sebenar. Ketiga-tiga sahabat itu terkejut kerana mereka mengenali siapa yang berdiri dihadapan mereka itu. Dewa Kayangan itu pun berkata, "Aku tahu kamu kenal kepada ku dan aku merasa kagum dengan kerajinan dan semangat kamu untuk menolong orang yang dalam kesusahan. Kamu semua memang baik." Dalam masa yang sama si Arnab semakin sedih setelah mengetahui bahawa orang yang sepatutnya mereka tolong bukanlah manusia biasa tetapi Dewa Kayangan.
Dewa Kayangan itu telah memandang ke arah si Arnab dan berkata, "Wahai Arnab, kawan-kawan mu telah berjaya membawakan makanan untuk ku, tapi engkau telah memberikan aku sesuatu yang lebih berharga dari itu semua dan aku amat berbangga dengan engkau kerana mempunyai hati yang suci sehingga sanggup mengorbankan dirimu demi orang lain." Dewa Kayangan itu tersenyum melihat si Arnab dan berkata lagi, "Wahai Arnab, janganlah engkau memberi terlalu banyak sehingga boleh membahayakan diri mu." Dewa Kayangan pun menoleh ke arah si Kera dan si Musang tadi dan berkata, "Terimakasih kerana menjadi haiwan dan kawan yang baik, sekarang aku amat bimbang akan keselamatan kawan mu si Arnab. Maka dengan itu aku akan membawa Arnab untuk tinggal bersamaku di bulan. Dan jika kamu berdua rindukan Arnab, kamu pandanglah ke arah bulan mengambang dan kamu akan dapat melihatnya."
Selepas saja Dewa Kayangan itu berkata demikian, dengan serta merta Dewa Kayangan itu hilang dari pandangan dan membawa Arnab bersama-samanya. Jadi itulah kisahnya bagaimana anda dapat melihat Arnab apabila bulan mengambang.
Di China, mereka percaya melihat Arnab dan Jed apabila melihat bulan penuh. Ianya sering digambarkan bahawa Arnab itu adalah teman kepada Dewa Bulan, Chang'e. Arnab tersebut membuat herba dan penawar kehidupan untuknya dengan menggunakan batu lesung. Manakala bagi versi Korea dan Jepun pula, mereka percaya Arnab itu membuat ketupat (rice cake) untuk Dewa Bulan dengan menggunankan batu lesung juga.
Kepercayaan orang Asia Timur hampir sama dan aku rasa anda pasti pernah melihat mitos ini di dalam komik atau anime Dragon Ball karya Akira Toriyama. You know you have grown up when you already know this!!
Monster Carrot dan kuncu-kuncunya telah di tewaskan dan di hantarkan oleh Goku ke bulan...LOL!! =D
Sumber: rocknrollbunnies
tapi saya nampak rupa manusia dalam kedudukan duduk (solat) di bulan.
ReplyDeleteyup...setiap org punyai pandangan trsendiri...brgantung kepada imiginasi masing2...ade org len ckp kt aku dia nmpk naga...hehehe...
ReplyDelete