Sunday, September 4, 2011

Gambar-Gambar Keluarga Muammar Gaddafi Yang Paling RARE

Even dictator have families

Seperti yang kita maklum, Libya sekarang berada didalam keadaan bergolak akibat revolusi yang dilakukan oleh pemberontak yang juga mendapat bantuan dari NATO. Baru-baru ini, kerajaan juga hampir digulingkan dan kediaman-kediaman pemerintah Libya, Muammar Gaddafi juga telah ditawan oleh pihak pemberontak ini termasuk kediaman anak-anak beliau. Walaupun Gaddafi seorang diktator yang berkuasa segalanya di Libya suatu ketika dahulu, beliau juga mempunyai keluarga yang menjadi kesayangannya. Jadi mari kita lihat koleksi gambar-gambar Muammar Gaddafi dan keluarganya yang jarang dilihat. Enjoy!



Kedai Maya Pertama Di Dunia Telah Dibuka Di Korea Selatan

People are losing touch of reality and experiencing LIFE

Sebuah peruncit utama di Korea Selatan, Homeplus, yang dimiliki oleh Tesco telah membuka sebuah kedai maya yang pertama di dunia yang menjurus kepada pengguna telefon pintar di mana pembeli hanya perlu mengimbas kod bar produk yang dipaparkan di sebuah stesen keretapi bawah tanah Seoul. Setakat ini Homeplus menawarkan 500 jenis barangan termasuk makanan, elektronik, bekalan pejabat dan kelengkapan tandas.

Tujuh tiang dan enam pintu skrin platform telah ditampal dengan imej produk yang berskala 1:1. Contoh produk yang boleh di dapati adalah seperti susu, epal, beras atau beg sekolah yang masing-masing membawa kod bar kecil. Pembeli memuat turun aplikasi yang berkaitan dengan telefon pintar mereka dan membuat pembelian dengan mengambil gambar kod bar produk tersebut


.

Hadir Ke Majlis Perkahwinan Dengan Hanya Melalui iPad

Everything At Your Finger Tip!

Dulu aku ada wat entry pasal "Majlis Perkahwinan Yang Paling DUMBASS". Kali ni aku post pasal majlis perkahwinan yang memang RARE la pulak...ini first time aku jumpa ni...

Kedua pengantin, Jonathan Alberico dan  Jamie Wilborn kelihatan cantik pada majlis ini, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian orang ramai. Seorang pengapit lelaki berjalan sambil memegang sebuah iPad dimana di skrin nya terpapar muka seorang wanita, Renee Armstrong. Dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan ini kerana dia berada  1600 batu jauhnya. Terima kasih kepada teknologi zaman kini, dia mampu untuk hadir ke majlis ini. TQ Apple!!!


Pernah sewaktu raptai majlis perkahwinan ini, seorang pengapit lelaki yang memegang iPad tersebut secara tidak sengaja menjatuhkannya. Lalu menyebabkan skrin iPad itu pecah dan berkecai. Nasib baik pihak Apple bersetuju untuk menggantikan alat tersebut sebelum majlis yang sebenar bermula. Kalau tidak, mesti si Renee Armstrong tu sedih. LOL!!! ^0^



p/s: Makin maju teknologi, makin banyak mende pelik-pelik orang buat. Aku ingat status kat Facebook je boleh via iPad. Rupanya ke majlis perkahwinan pun boleh via iPad. Pasni pada yang malas nak bergerak tu boleh la pergi kemana-mana via iPad ke Android ke...Wakakakaka...LOL!!! ^0^

Sumber:odditycentral

Musee Dupuytren - Muzium Yang Menyimpan Spesimen Perubatan Yang Ganjil & Pelik

Creepy museum!

Musee Dupuytren ialah muzium yang menyimpan berbagai anatomi-anatomi pelik dan ganjil yang berlaku ke atas manusia. Muzium ini telah ditubuhkan sejak 1835 lagi yang mana dalam bidang perubatan terdapat banyak  penemuan  keganjilan yang berlaku terhadap anatomi dan organ manusia yang mana kesemuanya membawa permasalahan perubatan ketika itu. Bagi kes-kes terpencil, mereka akan menyimpan organ-organ yang tidak sempurna didalam bekas berisi alkohol untuk dikaji dan seterusnya disimpan dimuzium tersebut sebagai rujukan. 

Muzium ini dibuka oleh Mathieu Orfila sebagai Muzium Antomi Pathologi untuk fakulti perubatan di Universiti Paris. Sehingga kini, terdapat ribuan koleksi 'medical anomalies' disitu termasuk organ-organ pelik yang tidak berfungsi, anatomi lilin, buku-buku perubatan dan gambar-gambar. Muzium yang terletak Paris ini dibuka pada setiap hari dan ditutp pada hari minggu serta cuti umum. Yang penting, muzium ini mengandungi khazanah yang tidak ternilai untuk dijadikan rujukan dalam permasalahan perubatan masakini.