Sunday, September 4, 2011

Musee Dupuytren - Muzium Yang Menyimpan Spesimen Perubatan Yang Ganjil & Pelik

Creepy museum!

Musee Dupuytren ialah muzium yang menyimpan berbagai anatomi-anatomi pelik dan ganjil yang berlaku ke atas manusia. Muzium ini telah ditubuhkan sejak 1835 lagi yang mana dalam bidang perubatan terdapat banyak  penemuan  keganjilan yang berlaku terhadap anatomi dan organ manusia yang mana kesemuanya membawa permasalahan perubatan ketika itu. Bagi kes-kes terpencil, mereka akan menyimpan organ-organ yang tidak sempurna didalam bekas berisi alkohol untuk dikaji dan seterusnya disimpan dimuzium tersebut sebagai rujukan. 

Muzium ini dibuka oleh Mathieu Orfila sebagai Muzium Antomi Pathologi untuk fakulti perubatan di Universiti Paris. Sehingga kini, terdapat ribuan koleksi 'medical anomalies' disitu termasuk organ-organ pelik yang tidak berfungsi, anatomi lilin, buku-buku perubatan dan gambar-gambar. Muzium yang terletak Paris ini dibuka pada setiap hari dan ditutp pada hari minggu serta cuti umum. Yang penting, muzium ini mengandungi khazanah yang tidak ternilai untuk dijadikan rujukan dalam permasalahan perubatan masakini.













Sumber: Joanna Ebensteinartofbleeding via wikipedia

No comments:

Post a Comment