Saturday, July 16, 2011

Bersih


Pada suatu petang yang mendamaikan, kelihatan empat orang sahabat sedang melepak di sebuah taman rekreasi yang terletak di Kuala Lumpur, Kotaraya Tipu Muslihat (KTM). Masing-masing mempunyai kerjaya yang besar dan boleh dibanggakan. Kamal, bekerja sebagai seorang arkitek. Nik, seorang peguam. Jimi, telah pun bergelar seorang sainstis dan Arifin merupakan seorang manager bank.

sekadar hiasan

Setiap dari mereka menceritakan pengalaman masing-masing semasa bertugas. Ada cerita yang seronok dan ada yang tidak seronok di dengar. Tiba-tiba, Kamal menukar topik, “Apa pendapat korang tentang isu Bersih yang baru je berlaku ni?”.

“Sebenarnya demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan" kata Nik sambil mengunyah gula-gula getah.

Kemudian Arifin berkata,”Memanglah nak tunjuk suara rakyat, nak pilihan raya bersih tapi huru hara jadi nye. Road block sane sini, menyusahkan orang tau tak?”.

Kamal kembali mencelah, " Alah kecoh...huru hara tu sebab polis, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu".

“Okay la...satu je aku nak tanye, dengan cara diaorang wat demo tu, tercapai tak hasrat diaorang nak pilihan raya bersih ni?”, Kata Jimi pula.

Duit Syiling US yang Paling RARE

"Small in size but BIG IN VALUE"

Barang lama ni memang tinggi nilai dia sebab keunikannya atau atas nilai sejarahnya...ni aku nak show kat korang 5 duit syiling US yang sangat bernilai dan RARE...



1943 Cooper Penny




Anggaran Nilai : $10,000 - $100,000+






1982 "No P" Dime




Anggaran Nilai : $100+ (ada yang kat ebay bernilai $3000)







Ritual Vegetarian Festival Di Phuket Yang Paling DAHSYAT (NSFW)

This is......i don't know what to say


Sebuah festival yang diberi nama Vegetarian Festival akan disambut pada setiap bulan September/Oktober oleh warga Thailand. Festival ini dimulakan sejak tahun 1825 lagi dan ianya mempunyai upacara suci bagi memberi kebaikan dan pembersihan jiwa ke atas yang mempercayai upacara keagamaan itu.

Ritual suci itu dilakukan di beberapa kuil  yang terpilih dengan berjalan di atas arang secara kaki ayam dan menembusi diri dengan menggunakan barangan seperti pisau, tombak, pedang dan sebagainya dan dilakukan oleh penganut yang setia yang digelar sebagai 'Song Ma'.

Selain itu, terdapat beberapa syarat keatas penganut yang menyambut festival tersebut yang perlu dipatuhi pada hari berlangsungnya festival:

1. Membersihkan diri ketika festival
2. Memakai pakaian putih
3. Orang yang bersedih dilarang menyertai festival
4. Perempuan yang sedang datang bulan dilarang untuk menghadiri festival
5. Perempuan mengandung dilarang melihat ritual
6. Dilarang melakukan seks
7. Dilarang minum minuman beralkohol
8. Dilarang makan daging
9. Bersedia dari segi mental dan fizikal
10. membersihkan barangan dapur dan untuk digunakan oleh orang yang tidak menyertai festival

Jadi, mari kita lihat bagaimana upacara suci ini dijalankan di Phuket, Thailand. Sesiapa yang berkenaan dengan syarat diatas, ikut korang lah nak tengok ke tak.