Saturday, July 16, 2011

Bersih


Pada suatu petang yang mendamaikan, kelihatan empat orang sahabat sedang melepak di sebuah taman rekreasi yang terletak di Kuala Lumpur, Kotaraya Tipu Muslihat (KTM). Masing-masing mempunyai kerjaya yang besar dan boleh dibanggakan. Kamal, bekerja sebagai seorang arkitek. Nik, seorang peguam. Jimi, telah pun bergelar seorang sainstis dan Arifin merupakan seorang manager bank.

sekadar hiasan

Setiap dari mereka menceritakan pengalaman masing-masing semasa bertugas. Ada cerita yang seronok dan ada yang tidak seronok di dengar. Tiba-tiba, Kamal menukar topik, “Apa pendapat korang tentang isu Bersih yang baru je berlaku ni?”.

“Sebenarnya demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan" kata Nik sambil mengunyah gula-gula getah.

Kemudian Arifin berkata,”Memanglah nak tunjuk suara rakyat, nak pilihan raya bersih tapi huru hara jadi nye. Road block sane sini, menyusahkan orang tau tak?”.

Kamal kembali mencelah, " Alah kecoh...huru hara tu sebab polis, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu".

“Okay la...satu je aku nak tanye, dengan cara diaorang wat demo tu, tercapai tak hasrat diaorang nak pilihan raya bersih ni?”, Kata Jimi pula.




Sekadar hiasan

Kesemuanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Kemudian, mereka terus membincangkan isu bersih ini. Mereka semua bercerita seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Dalam terus rancak berbual. Jimi dan Arifin, masing-masing menyalakan sebatang rokok. Puh kanan, puh kiri. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut mereka. Ah, Nikmat!! katanya. Harga RM10 sekarang. Kerajaan dah letak amaran, tapi masih ramai lagi yang membelinya. Nik memberi isyarat kepada Jimi untuk kongsi separuh rokok itu. Katanya rokok nya tertinggal di rumah.

Perbualan masih diteruskan, masih topik yang sama. Kamal membuka air tin minuman seratus tambah yang di belinya tadi di kedai 24 jam ‘Seben Eleben’ lalu terus meneguknya. Haus, tekak kering katanya. Kemudian, mereka kembali meneruskan topik hangat itu. Selang seli kedengaran gelak tawa mereka. Entah apa yang cukup mengelikan hati mereka. Dah bermacam-macam jenis gelak yang keluar. Gelak umpama santa claus ade. Gelak tak ikhlas ada. Gelak tanpa suara pun ada. Ada bakat untuk mereka join Raja Lawak ni.

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba seorang awek cun yang sedang berjogging lalu di depan mereka. Mereka semua senyap seketika sambil mata tak berkelip memandang awek tu. Mana tak nye, pakaiannya yang ketat itu menampakkan setiap lekuk-lekuk di tubuhnya. Pergh!! cukup mengancam!! Kiri, kanan, atas, bawah. Mereka berempat serentak bersiul, “PEWITT!!!”. Namun awek itu terus berlalu tanpa mempedulikan mereka. “Astaghfirullahalazim” mereka semua bersuara. Kemudian mereka tertawa sesama sendiri.




Sekadar hiasan

Awek demi awek melintas dihadapan meraka, kadang-kadang yang separuh-separuh pun ada juga. Itu pun nak di Pewitt nya oleh mereka berempat. Kamal kemudia melihat ke arah jam tangannya, “Alamak dah pukul 4.15 dah ni! Aku pegi dulu la, bini aku mesti dah lama tunggu ni. Masak aku”. Jimi berkata, “Okay bro, malam ni lepak”. Kemudian seorang demi seorang beransur pulang.

       Tak lama kemudian kelihatan seorang pakcik tua iaitu seorang cleaner di taman rekreasi ini sedang menyapu sampah berhampiran dengan tempat mereka berempat melepak tadi. Kemudian pakcik tersebut berkata, “Apalah diaorang ni? Sibuk berbincang tentang isu Bersih, tapi kebersihan alam sekitar tak di jaganya. Pembalut gula-gula getah, puntung rokok, tin minuman buang merata-rata. Padahal tong sampah sebelah tu je pun.” Pakcik itu membersihkan kawasan yang telah di kotori oleh mereka berempat. Tiba-tiba pakcik itu bersuara lagi,”Aisey....sial la! Sape pulak la yang buang gula-gula getah dekat sini ni?! Dah melekat kat kasut aku. Siot betol la!! Kalau macam ni la perangai masyarakat kita, sampai bila-bila pun negara kita takkan BERSIH!!!”.

"Kalau macam ni la perangai masyarakat kita, sampai bila-bila pun negara kita takkan BERSIH!!!"

2 comments:

  1. sume post yg mcm cerpen ni sume cam tahpape. bnyk entry copy paste lak tu.

    ReplyDelete
  2. uishhh!? ade lalat r kt sini...
    owh...kat atas ni rupenye...wakakakaka... =P

    ReplyDelete