Thursday, January 27, 2011

Interesting Facts All Around The World (Part 2)

Now,open up your mind :
  • · Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari „Zoning Improvement Plan‟.

    • · Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
    • · Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% nya kita bercakap pada diri sendiri)
    • · Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus
    • · Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

    • · Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter
    • · Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
    • · Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.
    • · Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

    • · Tanda ‟save‟ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
    • · Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

    • · Unta punya 3 kelopak mata.
    • · Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru
    • · Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal
    • · Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik

    Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Pengitaran Di Atmosfera





    Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;

    “Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran”. Surat at-Tariq;11.

    Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.

    Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.


    Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.


    Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.


    Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.


    Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.

    Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.


    Sumber: Harun Yahya


    p.s: selama ni belajar kat sekolah xtau pun semua ni dah di sebut dalam Al-Qur’an. Hmmm

    Rahsia Di Sebalik Gigitan Nyamuk




     
    Apabila anda terluka, darah anda akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari anda atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya. Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya.


    Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya. Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, anda tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini telah mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya anda tidak merasa sakit, dan memang anda tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap. Selepas nyamuk menggigit anda, anda akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini. anda mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Anda hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.

    Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan anda, apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam. Ia tidak dapat menciptanya, bukan? Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi.


    Sumber: Harun Yahya


    p.s: tetap xsuka bila kena gigit nyamuk malam-malam

    Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Perisai Istimewa Bumi


    Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;

    “Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” (Surah al-Anbiya; 32)

    Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

    Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

    Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

    Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

    Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

    Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;

    Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

    Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

    Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.


    Sumber: Harun Yahya


    P.s: Terima kasih teknologi hari ini kerana membongkar kehebatan Allah S.W.T untuk kita lebih 
    beriman.

    Interesting Facts All Around The World (Part 1)


    • Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)


    • Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
    • Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
    • Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
    • Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
    • Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.
    • 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
    • Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

    • Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana
    • Titik diatas huruf i disebut „title‟
    • Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

    • Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
    • Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4
    • Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm
    • Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari
    • Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari