Thursday, January 27, 2011

Rahsia Di Sebalik Gigitan Nyamuk




 
Apabila anda terluka, darah anda akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari anda atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya. Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya.


Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya. Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, anda tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini telah mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya anda tidak merasa sakit, dan memang anda tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap. Selepas nyamuk menggigit anda, anda akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini. anda mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Anda hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.

Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan anda, apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam. Ia tidak dapat menciptanya, bukan? Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi.


Sumber: Harun Yahya


p.s: tetap xsuka bila kena gigit nyamuk malam-malam

5 comments:

  1. oh, sangat2 menarik info ni..anda nak tahu tak? saya dah lama cari info tentang nyamuk ni, sejak tingkatan 4/5..pernah sy bertanyakan kepada seorang cikgu bio, tp dia xtau..hehe..alhamdulillah, akhirnya anda mendapatkan info ini utk kegunaan bersama..terima kasih! =D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga awk dpt manfaat..selalu2 la datang singgah sni :)

    ReplyDelete
  3. Allah itu Maha Besar..mencipta semuanya dgn sempurna..

    **akak oso tk suka nyamuk..bukan mlm ajer!!24 jam klu blh tk nk nyamuk gigit..huhu ^_^

    ReplyDelete
  4. hehehe...rasenye semua pun xsuka.tapi allah xmenciptakan stu benda tu sia2..Dia suruh kita brfikir ttg kehebatan ciptaan dia....subhanallah!

    ReplyDelete
  5. aku tak kisah pun kena gigt nyamuk
    tapi aku tak ske dia berlegar2 di tepi telinga
    hehe

    ReplyDelete