Wednesday, December 21, 2011

Sebuah Restoran Arab Saudi Akan Menyaman Pelanggannya Jika Tidak Menghabiskan Makanan Mereka

Saya kelaparan!

Tahukah anda, rakyat Malaysia bazirkan 930 tan makanan sehari. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar. Bayangkan jika kesemua 930 tan makanan yang kita bazirkan dalam masa sehari tersebut diberikan kepada negara-negara miskin, ianya pasti dapat membasmi masalah kebuluran yang melanda dinegara-negara tersebut.  Pembaziran makanan ini adalah sesuatu perkara yang sering kita lupa kerana kita telah biasa mendapat kesenangan.


Disebabkan terlalu banyak berlaku pembaziran dimerata-rata dunia, sebuah restoran di Arab Saudi, telah mengenakan caj ekstra keatas setiap pelanggan yang memesan makanan berlebihan. Pemilik restoran Marmar, Fahad Al Anezi, berkata ianya sebagai langkah bagi mengelakkan pembaziran makanan dikalangan pelanggannya. Menurut Al Anezi lagi, setiap hari beliau melihat pelanggannya memesan makanan dengan banyak hanya untuk mengagumkan pelanggan-pelanggan lain. Beliau juga berkata idea untuk menyaman makanan lebihan yang tidak dapat dihabiskan oleh pelanggannya juga telah disokong oleh rakyat Arab Saudi.



Keputusan untuk mengenakan saman ini dibuat setelah membaca berita tentang ramai manusia mati akibat kebuluran di Somalia. Hasil yang dikutip dari saman tersebut akan didermakan kepada negara-negara yang mempunyai masalah kebuluran. Moral dari kisah ini adalah elakkan pembaziran kerana ianya salah satu dari amalan syaitan.

Sumber: gulfnews

No comments:

Post a Comment