Sekali imbas, anda pasti mengatakan tempat ini adalah Istana Versailles yang dibina oleh Louis The XIV di Perancis. Tetapi hakikatnya tempat ini adalah sebuah kilang pharmaceutical di Harbin, China. Penduduk Harbin sebenarnya pelik melihat pengurusan kilang tersebut kerana mereka sanggup mengabiskan duit semata-mata untuk mencantikkan bangunan itu dari membaiki kerosakan-kerosakan yang terdapat disitu contohnya seperti masalah kebocoran paip air dan lain-lain.
Pengarah syarikat tersebut cuba menutup pembelanjaan mereka dengan berkata gambar-gambar mewah syarikat itu sebenarnya bukanlah 'gambar syarikat' tersebut tetapi ianya adalah gambar sebuah muzium yang mana mempunyai tiga tingkat seperti bangunan syarikat tersebut. Setelah melihat kepada laman web muzium yang dimaksudkan, bangunan muzium itu sememangnya tidak mewah sebagaimana bangunan syarikat tersebut. Walaubagaimanapun, bangunan ini telah menunnjukkan kehebatan arkitek China dalam menghasilkan sesebuah rekaan yang menarik dan cantik walaupun ianya kelihatan seperti 'istana versailles kedua'. Ianya direka dengan begitu teliti didalam segenap penjuru bangunan tersebut dan seterusnya membangkitkan semangat eropah apabila melihat kepada gambar-gambar dibawah.
Sumber: shanghaiist via news.sina
biar betul kilang mcm ni???
ReplyDelete